22

77 5 1
                                    

" Babe sorry lambat. " Hani yang sedang menghirup kopi itu dipandang dengan wajah comel. Dia tahu pasti rakannya itu faham keadaannya sekarang. Dia memang akan menceritakan segala yang terjadi pada rakannya itu. " Sugar daddy you tu buat hal lagi ke ? " Dia hanya mengangguk kecil sambil bibirnya dimuncungkan.

" Pak cik tua tu lagi susah dari anak-anak ikan you sebelum ni, babe. Selalu diaorang ikut telunjuk you tapi yang ni power dia menguasai you. "

Anak-anak ikannya itu sekali dia bagi ayat terus cair. Sugar daddynya itu pula usik sikit pun tak terkesan, dia pula yang bergetar satu badan. Tidak tahulah lelaki itu betul-betul tak terkesan ataupun lelaki itu hanya pura-pura. " You rasa sugar daddy you tu still ada..you know– ada nafsu dengan perempuan ? "

Segera dia melancarkan serangan pada rakannya itu selepas menanyakan soalan yang mengarut itu. Cukup tanya sama ada lelaki itu masih ada nafsu ataupun tidak. Perlukah mempersoalkan nafsu lelaki itu pada wanita ? " Auch, auch. Okay sorry. I tanya sebab yelah umur dia dah nak 40 lepastu tak kahwin lagi. Mana tahu nafsu dia dah takda or dia gay ke. "

Pertanyaan Hani itu membuatkan dia teringat kembali kejadian dahinya dicium oleh lelaki itu. Dia tak menggoda lelaki itu pun tetapi dia tiba-tiba sahaja dicium. Itu tak cukupkah untuk membuktikan yang lelaki itu masih cukup bernafsu pada perempuan ? Belum dia bahas lagi tentang lelaki itu sering curi-curi pandang bibirnya.

" I am 100% he's still that uhm..you know that. He's straight for sure. " Tiba-tiba wajahnya merona memikirkan soal itu.

" How can you be so sure about that, huh ? " Hani melebarkan senyumannya apabila melihat rakannya itu mulai gelisah. Mesti ada sesuatu yang terjadi sehingga wanita itu berani berkata begitu. " I..uhm I'll show you yah I'll show you. I akan buktikan yang nafsu dia masih ada. I akan goda dia sampai dia ajak I kahwin. "

Tulah orang kata, kerana mulut badan binasa. Mulut kau ni Damia, memang main lepas je. Macam manalah kau nak buat sugar daddy kau tu ajak kau kahwin. Lelaki itu pun tidak menunjukkan sebarang minat pada dirinya. " I like your spirit. Go get your sugar daddy, girl. " Ditepuk-tepuk bahunya perlahan.

" Hey, long time no see. "

Kehadiran seseorang semasa perbualan mereka sedang berlangsung membuatkan, senyuman Damia pudar. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. " Hey, Ryan. Buat apa dekat sini ? Where's your girlfriend or maybe wife now ? " Lelaki itu hanya mengangkat bahunya sambil tersenyum kecil.

" Broke up, dia pergi dengan lelaki lain. Biasalah tu. " Ye, biasalah tu. Macam kifarah pulakan ? Lelaki itu tinggalkan dia masa dia setia dan lelaki itu ditinggalkan masa lelaki itu setia. " Can I sit with you guys ? " Belum sempat pun lelaki itu melabuhkan punggungnya di kerusi disebelah Damia, Ikmal datang kepada mereka dengan wajah seriusnya.

" Cik Damia.. " Tercunggap-cunggap lelaki itu membuatkan dia risau.

" ..Tuan Khalid suruh saya bawa ke rumah dia. Sekarang. " Oh boy.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now