7

93 7 0
                                    

" Air ? " Botol air mineral yang dihulurkan itu dipandang lalu tangannya mencapai botol itu tanpa menatap wajah wanita itu. " Thanks. " Wanita itu hanya mengangguk kecil lalu tersenyum. Cuaca yang panas itu membuatkan dia kehausan.

Kalau tak sebab mereka sedang buat projek perumahan baru, takdanya dia nak keluar dari pejabatnya. Panas yang amat ! Boleh hilang semua air dalam badannya kerana banyak mengeluarkan peluh. " Hot huh ? " Dia memandang ke arah Damia selepas wanita itu berkata begitu.

" Per– "

Kata-katanya terhenti saat dia melihat wanita itu sedang mengikat rambut panjangnya itu sehingga menampakkan leher putih yang sedari tadi ditutup oleh rambutnya itu. Khalid segera melarikan pandangannya ke tempat lain sambil menelan air liurnya sendiri.

Dugaan, dugaan. Dahlah cuaca panas, wanita disebelahnya itu pun 'panas'. Fuh. Kalau boleh mahu saja dibawa pulang pembantunya itu. " Pak ci– I mean Tuan Khalid.. " Mendengar panggilan wanita itu membuatkan dia memusingkan kepalanya.

" Wha– "

Tangan wanita itu yang sibuk mengelap peluhnya menggunakan tisu membuatkan Khalid terkelu. Dapat dia bau minyak wangi yang dikenakan oleh wanita itu. Sungguh menggoda keimanannya. " Lain kali, I bawa payung. Takdalah berpeluh macam ni. " Dia tak dapat menahan dirinya untuk tak memandang leher putih wanita dihadapannya itu. Mahu saja dia meninggalkan love bite disitu.

Khalid, fokus !

" Dah dahlah tu. " Dia menepis lembut tangan wanita itu. Kalau makin lama dipandang leher wanita itu, makin dia tak boleh menahan nafsunya. Dia berjalan ke arah pekerja-pekerjanya yang sedang sibuk berbincang bagi menghilangkan fikiran jahat itu dari otaknya.

" Kau tengok P.A Tuan Khalid tu. Pehh leher putih gebu, muka pun buat aku geram je. Kalau bini aku tu, dah lama aku terkam. " Ucap salah satu lelaki disitu.

Langkahnya terus terhenti apabila terdengar kata-kata salah seorang pekerjanya itu. Darahnya terus naik ke kepala, kalau dia tak dapat menahan dirinya memang sudah ditumbuk lelaki itu. Khalid segera berjalan ke arah Damia dan membatalkan niatnya untuk berbincang dengan pekerja yang lain.

" Follow me now. " Dia terus menarik tangan kiri Damia yang sedang sibuk melakukan sesuatu kerja. " Tu– " Dia tak peduli orang pandang ke apa, dia sangat marah sekarang ni. Dia mahu saja mengangkat wanita itu jika dia semakin bergelut. " Tuan Khalid sakitlah. Lepaslah ! "

Wanita itu cuba melepaskan pegangan tangan itu tetapi tidak berjaya. " Pakcik ! " Tangan kecil yang sedari tadi dia genggam akhirnya dilepaskan apabila mereka hanya berdua. " What's wrong with you ?! " Wanita itu jelas cuba menyembunyikan tangan yang sedari tadi dia genggam itu. Dia tidak peduli soal itu sekarang, dia lebih peduli apa yang dikatakan oleh pekerjanya tadi.

" Don't you ever dare to tie your hair again ! Kalau I nampak you ikat rambut you macam ni lagi, I pecat you ! " Memuncung bibir wanita itu mendengar omelannya.

" Kenapa sorok tangan tu ? Dari semalam I nampak you sorokkan dia. " Dapat dia lihat kegelisahan wanita itu mendengar soalannya. Ditarik sendiri tangan yang sedari tadi disembunyikan itu membuatkan wanita itu mengerang sakit. Membulat matanya melihat tangan yang ada kesan melecur itu.

Khalid menggigit perlahan bibir bawahnya. Rasa bersalah menghantui dirinya bila melihat keadaan wanita itu. Kuat juga dia menarik tangan wanita itu tadi sedangkan tangan itu sedang sakit. " Ni sebab kopi semalam tu ke ? " Soalnya. Damia hanya mengangguk kecil menjawab soalannya itu.

" I'm sorry, I tak jaga you baik-baik. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now