15

90 7 3
                                    

" What ?! No ! " Meninggi suaranya.

Surat yang dihulurkan itu dikoyakkan kepada entah berapa cebisan pun dia tak tahu, yang dia tahu dia tolak permohonan berhenti kerja gadis itu. " Kalau you nak cuti berapa lama pun, I luluskan but if you wanna quit, big no for you, budak kecil. " Cebisan kertas itu dibuang ke dalam tong sampah kecil dimeja gadis itu.

Sakit kepalanya melayan kerenah Damia itu. Gadis dihadapannya itu mengecilkan mata serta memucungkan bibirnya menandakan gadis itu sedang merajuk ataupun marah padanya. " I nak berhenti juga, I nak kerja dengan papa ! I nak bagitahu yang you buli I dekat sini. " Bebal gadis itu.

Khalid hanya mampu menarik nafas lalu menghembusnya kembali. Betul mengada gadis itu. Kalau hari-hari macam ni mahu masuk hospital setiap hari. Tekanan darahnya asyik naik kerana gadis kecil dihadapannya itu. Tapi entah kenapa dia tak boleh nak membuang gadis itu dari hidupnya.

" Damia, meeting tu betul-betul urgent. I bukan tak nak inform dekat you but time tukan lunch hours you. " Punyalah gigih dia mahu memujuk gadis itu, sampai dia sanggup melutut dihadapan gadis yang sedang duduk dikerusi empuk itu. Dia turunkan egonya hanya untuk gadis keras kepala itu.

" Hey, look at me– "

Kerana kedegilan gadis itu, dia terpaksa menolak lembut pipi gadis itu supaya memandang ke arahnya. Punyalah dia segak-segak hari ini tapi dia terpaksa berlutut untuk gadis itu. Dia tak mampu melawan keinginan hatinya yang tidak mahu kehilangan gadis itu dari hidupnya.

" Muka I ni nampak macam I nak abaikan you ke ? Buat apa I bayar gaji P.A tapi I abaikan P.A I, am I right ? Now, put a big smile on your face and work. "

Dia berdiri selepas sekian lama melutut. Rasa seperti berada di gim, nasib dia sering olahraga jadi melutut sebegitu tiada hal untuknya. Dah umur 35 tahun pun kena buat semua tu hanya untuk memujuk hati si gadis muda itu. Kalau tak dipujuk, berlarutan pula amarah gadis itu.

" I bayar setiap orang yang ada dekat pejabat ni untuk tengok I je ke ? " Dia sedar yang sedari tadi kelakuan mereka diperhatikan oleh setiap orang yang berada disitu dan dia tahu dia tak patut lakukan itu bagi menjaga hubungan pekerja dan majikan. Tapi apa boleh buat, hati dan perasaan gadis kecil itu lebih penting.

" Smile.. " Dia mengusap lembut kepala gadis itu sebelum masuk ke dalam ruang kerjanya. Betul gila dah kau ni, Khalid.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now