56

55 1 0
                                    

" Damia Aleeya ? " Pintu bilik hotel mereka ditolak perlahan sambil matanya mencari-cari kelibat isterinya. Risau pula bila dia tidak dapat sebarang panggilan ataupun sebarang mesej dari Sang Isteri. Selalunya kalau mereka berpisah sekejap pun isterinya itu sudah mencarinya seperti orang kurang waras.

 Selalunya kalau mereka berpisah sekejap pun isterinya itu sudah mencarinya seperti orang kurang waras

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ye, baby ? "

Blazer yang sedari tadi membaluti badannya dibuka lalu diletakkan di atas kerusi yang sedia ada di dalam bilik itu. Mata gadis itu masih fokus pada skrin telefon membuatkan dia rasa sakit hati. Fokuslah pada dirinya yang cukup kacak dan seksi ini.

Entah kenapa gadis itu seperti tidak memperdulikannya. " Sayang.. " Tiada jawapan dari isterinya itu membuatkan dia semakin sakit hati. Apa yang penting sangat dalam telefon gadis itu sehingga dirinya diabaikan sebegini. " Baby, you tak nak baring sebelah I ke ? You tak penat ke ? Meh sini. " Berkali-kali ditepuk tempat kosong disebelahnya itu.

" I tak nak. "

Jari jemari yang sedari tadi menari-nari di atas skrin telefon itu terhenti. " You kenapa ni ? I ada buat apa-apa ke dekat you ? " Damia mendudukkan dirinya di atas katil itu sambil mencebikkan bibirnya. Jarang sekali lelaki itu menolak ajakannya untuk berbaring-baring bersama. Kenapa tiba-tiba dia ditolak ?

" You angkat beg you semua lepastu you keluar dari sini. " Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dia terngangga. Dah kenapa pula suaminya itu sampai jadi macam ni ? Apa salah yang dia lakukan ? Kena halau keluar pula. Dia bayar lebih untuk tinggal bersama tetapi lelaki itu tanpa bersalah menghalaunya keluar.

" You... "

Muka tenang lelaki itu membuatkan dia semakin kecewa dengan tindakan lelaki itu. Selama ni dia boleh terima apa yang lelaki itu buat padanya tetapi kali ini memang dia tak boleh terima. Kenapa masa dia nak bercuti lelaki itu perlu hancurkan kegembiraannya ?

" You tunggu apa lagi ? Pack your bag and out now. " Dia tak mampu melakukan apa-apa lagi tetapi lelaki itu sudah membentaknya menyuruh dia keluar. Luluh benar hatinya. Teringat saat-saat dia ditengking sewaktu dia masih bekerja untuk lelaki itu. " Damia Aleeya, keluar sekarang. I dah tempah bilik vvip untuk kita. " Eik ? Sejak bila pula lelaki itu menempah bilik baru.

" Kenapa pula ? Bilik ni nak buat macam mana ? " Perlahan-lahan lelaki itu mendekati dirinya yang masih duduk di atas katil itu. " I kalau boleh nak beli hotel ni untuk you. I tak nak isteri I duduk dekat bilik yang biasa-biasa. Got it ? "

Lelaki itu betul manjakan sangat dirinya ini. Dahsyat benar orang tua ini. " Bilik ni biar Ikmal dengan yang lain duduk. " Dia mahu melawan kerana dia bayar lebih untuk bilik itu tetapi dia hanya mampu berdiam diri kerena lelaki itu lebih berkuasa.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now