38

66 4 0
                                    

" Eh Abang Faris buat apa dekat sini awal-awal pagi ni ? "

Abang Faris itu pemandu Tuan Khalid dan lelaki itu memang pendiam. Jarang buka mulut kecuali untuk hal yang penting. Pelik juga bila dia lihat lelaki itu berada di hadapan pintu rumahnya pada awal pagi. Entah apa tujuan lelaki itu ada disitu. " Tuan Khalid suruh abang bawa Damia pergi tempat kerja. Jom. "

Dia hanya mengikut lelaki itu tanpa membantah. Orang dah offer nak bawa kita, kita ikut jelah. Jangan tolak rezeki yang datang, tak elok. " Tapi kenapa tiba-tiba je ? Mana pak cik ? " Sepatutnya sugar daddynya itu juga perlu berada di dalam kereta itu tetapi tiada. Hanya ada Abang Faris dan dirinya sahaja. Kan lebih seronok jika ada lelaki itu disitu, boleh dia bermanja-manja.

" Tuan dekat office, dia masuk awal hari ni. Katanya banyak kerja. " Kalau macam tu, baiklah.

Bila duduk ditempat duduk kereta yang cukup mahal itu buatkan dia mahu melelapkan mata. Yelah selalunya drive sendiri, kali ini ada orang yang menjadi pemandunya memang mengantuklah jadinya. Lagipun jarak dari rumahnya ke tempat kerja bukan dekat. Lagi-lagi semalam dia tidak dapat tidur lena dek terkenangkan dia dilamar oleh Tuan Khalid.

" Abang, Damia tidur sekejaplah. Nanti dah sampai kejut tau. " Dapat lihat lelaki itu mengangguk kecil. Ni jelah masanya untuk tidur dengan selesanya. Dipejabat dia kena bekerja, dirumah pun dia tidur lambat untuk siapkan kerjanya.

" Tuan, Cik Damia tengah tidur pula. "

Dia menjenguk ke tempat duduk penumpang dan dapat lihat gadis itu sedang tidur dengan lena. Tidur pun wanita itu nampak cantik. " Takpa, awak boleh keluar dulu. Biar saya teman dia. " Khalid berjalan ke arah pintu tempat duduk penumpang lalu duduk disebelah gadis itu sambil cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi.

Kepala gadis itu disandarkan dibahunya membiarkan Damia tidur dengan lebih selesa. " Aku baru nak buat surprise untuk kau, boleh pula kau tidur. " Dibetulkan rambut gadis itu yang mungkin boleh mengganggu tidur gadis itu. Sempurnanya gadis itu dimatanya membuatkan dia tak sabar mahu menjadikan gadis itu miliknya. Tidak mahu dia lepaskan gadis itu pada lelaki lain selain dirinya.

" Tidurlah dulu, kau buka mata nanti akan ada surprise terbesar untuk kau. Kumpul tenaga untuk terkejut dulu. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now