10

105 7 0
                                    

Jari-jemarinya masih ligat menari-nari di atas papan kekunci itu walaupun jam telah menunjukkan pukul 8:07 malam. Walaupun hari ini Tuan Khalid tiadalah menyusahkan dia sangat tapi entah kenapa hari ini jugalah hari paling sibuk sepanjang dia bekerja disitu. Semuanya perlu disiapkan sebelum esok. Untung sahaja dia belum bersuami.

Damia sudah memberitahu security guard yang bekerja malam itu bahawa dia akan balik agak lewat kerana kerjanya belum selesai. Sewaktu jam kerja lelaki itu tidak benarkan dia terlalu kuat bekerja kerana tangannya yang melecur itu. Dia agak bingung dengan tindakan lelaki itu tapi dia tak mampu melawan.

" I really need coffee now. " Matanya terasa berat. Terlalu berat sehinggakan dia melihat kelibat Tuan Khalid berjalan ke arahnya.

" Wow, I really need caffeine now. "

Tak mungkin lelaki itu berada dipejabat mereka selewat ini. Lagipun lelaki itu tidak tahu pun dia masih dipejabat tika dan saat ini. Kalau lelaki itu tahu, pasti dimarahinya berbakul-bakul. Damia mula melangkah ke arah pantri tetapi dia terhenti apabila lengannya ditahan.

Ah sudah ! Tadi dia lihat bayangan, sekarang ada sesuatu yang menahannya. Tolonglah, tiada sesiapa pun memberinya amaran tentang pejabat ini berhantu atau apa pun. Dah lagi dia jenis yang penakut, kalau dia berani sudah dia pusing dan lempang hantu dibelakangnya itu.

" Don't be ghost, don't be ghost, please don't be ghost, please don't be ghost. Ya Allah, I'm begging you. I'll be good to everyone ya Allah. Please please please. " Dia berbisik kecil. Dengan mata yang tertutup, perlahan-lahan Damia memusingkan badannya ke arah belakang sambil mulutkan masih terkumat-kamit membaca segala surah yang dia tahu.

Dia masih tidak berani untuk membuka matanya walaupun dia tahu dia berada betul-betul dihadapan 'mahluk' itu. " Anything but ghost, please not ghost. " Dia masih berbisik sambil berdoa dalam hatinya yang dihadapannya itu bukanlah hantu.

" Are you done praying ? "

Selepas mendengar suara itu, dia memberanikan diri untuk membuka sebelah matanya dan ternyata mahluk dihadapannya itu lebih menakutkan Damia. Hantu boleh buat dia terkencing tetapi yang dihadapannya itu mampu membuatkan dia terkenang serangan jantung. " Tu–Tuan Khalid, buat apa dekat sini malam-malam ? "

Pegangan lelaki itu pada lengannya masih tidak dilepaskan membuatkan dia semakin berpeluh. " I should ask you that question. What are you doing here, AT THIS TIME ? " Dia hanya mampu menundukkan kepalanya apabila dia mula rasakan lelaki itu akan memarahinya. Berdesing telinga. Kalau begini hari-hari, boleh pekak telinganya diusia muda.

" I..I'm just..I just– " Dia menggigit bibir bawahnya apabila otaknya tidak dapat memproses apa-apa alasan untuk diberikan. Entah apa yang buat dia gugup, sama ada kemarahan lelaki itu ataupun dada lelaki itu yang begitu terdedah. " Stop trying to give me excuses. Why do you have to lie to me all the time ?! " Dapat dia dengar keluhan lelaki tua itu.

Adakah dia mengecewakan lelaki itu ? Dia pun tak tahu. Adakah dia bersalah ? Langsung dia tak pasti. Adakah bekerja selepas waktu bekerja ialah satu kesalahan ? Never heard about that. " I cuma nak siapkan kerja I. Lagipun Tuan Khalid nak paper work tu esok and I tak semp– "

" Stop talking, take your bag and we're leaving. " Pegangan itu dilepaskan hanya untuk dia mengambil beg tangannya selepas itu lengannya kembali dipegang lalu dia dibawa atau lebih tepat DISERET ke arah lif. Dengan tidak relanya dia diperlakukan sebegitu. Kalau tak rela kenapa hatinya sedang menari-nari ? Hehe

Hening suasana di dalam lif itu membuatkan dia kekok, tiada diantara mereka yang mahu bersuara terlebih dahulu. Kenapa lelaki itu perlu marah hanya kerana Damia kerja lebih masa ? Bukan dia minta gaji lebih pun. Salah ke dia buat kerja dipejabat itu ? Bukan dia buat kerja dekat kelab malam pun.

" Jangan kerja malam-malam ALONE. I risau. " Nampaknya persoalan dalam fikirannya terjawab.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now