23

91 5 3
                                    

" Wow. " Yes, just one word. Wow. Ni bukan rumah tapi ni istana. Rumah agam yang berdiri megah itu hanya untuk lelaki itu duduk seorang sahaja ? Wow. Memang sungguh dia kagum dengan segala yang ada dirumah itu. " Damia Aleeya. " Kepalanya dipalingkan ke arah suara yang memanggil nama penuhnya itu. Kalau bukan si sugar daddy, siapa lagi ?

" Hah, you nak apa ? Kenapa I kena datang sini ? "

Dia masih kagum dengan hiasan dalaman rumah itu. Sungguh cantik. Siapapun interior designer untuk rumah itu, dia akan upah orang itu untuk menghias rumah yang akan dia beli 30 tahun lagi selepas dia cukup duit. Dia tak faham macam mana seseorang boleh jadi begitu kreatif sebegitu rupa. " You tak penat ke berdiri ? I penatlah, duduk meh. "

Damia melabuhkan punggungnya di atas sofa putih yang panjang itu lalu menepuk-nepuk ruang kosong disebelah kanannya itu. Entah lelaki itu telah dipukau oleh dia ataupun apa, tetapi Tuan Khalid terus duduk disebelahnya tanpa banyak bersuara. Lelaki itu memandang gadis kecil yang masih mampu tersenyum itu.

" You dari mana ? " Dingin suaranya.

" Shopping. Bukan ke abang Ikmal dah bagitahu you ? " Terangkat kening Khalid mendengar kata-kata gadis kecil itu. " Abang ? " Spontan badannya berpusing menghadap gadis itu sambil menantikan jawapan yang akan keluar dari mulut gadis itu.

" Yelah abang, diakan lagi tua dari I. " Dia mengangguk kecil sambil menantikan jawapan selanjutnya tetapi nampaknya itu akhir daripada bicaranya. " But you called me pakcik. " Muka blur gadis itu membuatkan dia semakin frust. Takkan tak faham apa yang dia maksudkan ? Aduh takkan dia perlu perjelasankan segalanya.

" Forget about that. You keluar dengan siapa ? " Gadis itu seperti nak tak nak je mendengar soalannya kerana sibuk membantu Puan Maznah, orang gaji rumahnya meletakkan teko dan cawan-cawan di atas meja itu.

" Damia Aleeya, I'm asking you right now. "

Jelingan yang diberikan oleh gadis itu membuatkan dia terdiam. " Sabarlah, orang tengah tolong nak isikan airlah. Tak menyabar betullah pakcik sorang ni. " Adakah dia baru sahaja dimarahi oleh gadis itu ? Wah ini benda baru. Tak pernah ada manusia pun yang berani memperlakukan dia sebegitu rupa. Gadis kecil itu benar-benar berani melanggar batasnya.

" Takpa Cik Damia, biar kak Maz je yang isi. Cik Damia berbual je dengan Tuan Khalid. Kak M– " Tiba-tiba sahaja gadis itu meletakkan jari telunjuk pada bibir Puan Maznah membuatkan wanita itu terdiam. Gadis itu menggeleng kecil sebelum memulai bicara. " Syussshhhhh. Kak Maz eh ? Tak payah bercik sangat, panggil Damia je. Kita kena tolong each other bukan mengarah je. "

Memang jelaslah gadis itu sedang menyindirnya. Memang bila berdepan dengan gadis kecil itu tekanan darahnya akan naik. Pening nak melayan kerenah gadis yang sorang ni. " Kak Maz duduklah minum sekali, bosanlah duduk dengan pak cik ni je. "

Puan Maznah jelas kelihatan takut padanya. Takkanlah dia nak menghalau wanita itu pula, Damia sudah mengajaknya duduk bersama. Dia hanya mengangguk tanda dia membenarkan wanita itu menyertai mereka. " Abang Ikmal, panggil semua orang meh minum dekat sini. Damia ambilkan cawan sekejap. "

Terkedik-kedik gadis itu berlari ke arah dapurnya dan kembali semula sambil membawa cawan untuk pekerjanya. Betul bahaya budak ni, semua pekerjanya datang duduk diruang tamunya itu selepas diarahkan oleh Damia. Aura gadis itu sentiasa berjaya memikat hati orang disekelilingnya.

" Tuan, kami duduk ye. " Khalid hanya mampu mengeluh sambil mengangguk kecil. Baru dia mahu berbincang tentang sesuatu dengan Damia tetapi kalau dah ramai-ramai macam ni, nak bincang apanya.

" You tanya I apa tadi ? "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now