24

86 4 3
                                    

" I tanya you keluar dengan siapa ? "

Damia berfikir sejenak sambil mulutnya masih sibuk mengunyah kuih yang dibuat oleh Puan Maznah itu. " Dengan Hani. Ouh you tak kenal Hani eh ? Hani tu kawan baik I dari sekolah menengah. " Lelaki itu jelas tak puas hati dengan jawapan yang diberikan olehnya membuatkan dia berkerut. Dia menghirup sedikit air didalam cawannya itu.

Apa lagi yang hendak dijawab ? Susah betul mahu puaskan hati lelaki itu. Dia hanya menggeleng kecil. " Ni apa ? Gambar ni Ikmal email dekat I. " Gambar ditelefon lelaki itu dilihat sehingga matanya hampir terkeluar. Dia menjeling ke arah Ikmal yang menjadi orang yang menangkap gambar Ryan yang menyapa mereka direstaurant tadi. Ikmal hanya mengabaikan jelingan itu sambil menahan senyumannya.

" Eh jap, you kata abang Ikmal email dekat you ? You takda whatsapp ke ? Instagram ke ? Okay at least telegram ? No ? How did you communicate with people ? " Dia sengaja membahaskan perkara yang tak penting bagi mengubah topik itu. Gilalah. Kalau lelaki itu tahu, Ryan tu siapa memang boleh bergegar rumah ni. Dia berkemungkinan akan dikurung dalam rumah itu.

" I don't need those apps, I just need you to answer my question. " Alah sugar daddynya itu. Ingatkan dah lupa dah. Damia menyandarkan dirinya pada sofa sambil memandang ke arah Tuan Khalid. Sengaja dia tatap lama wajah itu sambil otaknya ligat memikirkan alasan yang perlu dia beri.

" Takdalah, dia tu datang dekat I lepastu dia kata muka I macam Selena Gomez. Tu yang dia datang nak selfie tapi I kata I just orang biasa and dia minta maaf sebab ganggu I. Well, susah kot kalau jadi cantik ni. " Kata-kata Damia berjaya membuat dia tertawa kecil.

Sungguh gadis itu kuat perasan. Dia tak mampu menahan tawanya bila ada bersama gadis itu. Memang dia rasa sakit kepala mendengar omelan gadis itu tapi jika gadis itu berdiam diri dia rasa sunyi. " Dah tak marah eh ? Tadi bukan main marah. " Bahunya ditolak lembut oleh gadis itu membuatkan dia memandang ke arah pekerja-pekerjanya yang sedang tersenggih-senggih melihat kelakuan gadis itu padanya.

" Tapikan dari haritu I nak tanya, kenapa you pasang bodyguard you dekat I ? Untuk apa ? Ada orang nak bunuh I ke ? "

Khalid memandang gadis kecil disebelahnya itu. Lama dia hanyut dalam mata coklat gadis itu sehingga Puan Maznah berdeham mematikan lamunannya. Hilang fokusnya jika berada dekat dengan Damia. Sungguh gadis itu cabaran terbesarnya. " Kalau ada orang nak bunuh you, I yang akan jadi bodyguard you. "

Semakin lebar senggihan para pekerjanya mendengarkan ayat memikatnya itu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa perangainya jadi segatal itu bila bersama dengan gadis itu. Dia benar-benar telah dipukau. " Janji eh ? "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now