44

79 4 0
                                    

Khalid berjalan ke arah katil selepas selesai membersihkan dirinya. Rasa segar badannya selepas satu hari mereka sibuk dengan majlis yang cukup meletihkan tetapi dia tidak terlalu pedulikan penatnya kerana hari bahagianya itu hanya berlaku sekali seumur hidupnya. Dengan hanya tuala yang melilit pinggangnya, dia cuba mengejutkan si isteri yang kelihatan sudah hanyut dalam alam mimpi dengan masih berpakaian gaun pengantin.

" You, bangun. Mandi dulu, solat. You, takkan nak tidur pakai macam tu. " Diselak perlahan rambut yang menutup wajah gadis itu.

Sungguh wajah itu membuatkan nafsunya melonjak-lonjak. " You dah habis mandi ke ? " Gadis itu bertanya sambil masih dalam keadaan mamai. Dia hanya mampu mengangguk kecil sambil cuba mengawal nafsunya itu. Pipi putih yang memerah itu, bibir merah jambu yang tak pernah dia bosan melihatnya. Rasanya dia boleh tahan ke ?

Cup!

Khalid mengucup sekilas bibir itu membuatkan gadis itu membulatkan matanya. Dia tak mampu menahan dirinya lagi, gadis itu terlalu mengoda. Perlahan-lahan jari gadis itu menyentuh bibirnya sendiri yang dikucup secara tiba-tiba. " You.." Wajah gadis itu terlihat begitu merah membuatkan dia risau.

" Kenapa you ni ? I kiss sikit je. " Bukannya dia beri gadis itu french kiss ataupun pada. Hanya kucupan kecil.

" Tuala you tercabut. " Selepas gadis itu mengeluarkan kenyataannya, dia memandang ke bawah melihat apa yang sedang berlaku. Aduh, Khalid. Tulah gatal sangat nak cium anak orang masa kau tengah bertuala. Patut rasa sejuk semacam rupanya dia sedang benar-benar tidak berpakaian.

Segera dia membetulkan kembali tualanya sebelum dia semakin malu. Tiba-tiba otaknya mendapat idea jahat membuatkan dia tersenggih kecil. " Alah, apa salahnya tuala I tercabut pun. Kitakan dah halal. " Dia menghapus jarak antara mereka membuatkan isterinya itu semakin gelisah.

Laju tangan gadis itu memukul-mukul lengannya membuatkan dia tertawa besar. Terlalu comel isterinya itu padahal sebelum ini gadis itu yang suka sangat mengoda dirinya." You jangan nak macam-macamlah. Kita dekat hotel bukannya dekat rumah. " Memang mereka duduk dihotel untuk sehari kerana majlis mereka diadakan dihotel itu aka hotelnya sendiri.

" Why not, sayang ? You dah nampak segalanya pun tadi. " Suka betul dia menyakat isterinya itu. Dia suka melihat wajah mulus gadis itu memerah kerana terlalu comel. Ya, dia obses dengan si gadis. Sekarang Damia sudah jadi miliknya membuatkan dia sedikit kurang risau soal lelaki lain akan merampas gadis itu darinya.

Dia mengucup lembut dahi gadis itu sebelum mengusap lembut kepala gadis itu. " Dahlah pergi mandi. You pun penat, lepas ni boleh sambung tidur. Kalau you nak buat benda lain pun boleh. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now