14

83 6 0
                                    

You can do it, Damia ! Yes you can !

Baru sahaja dia memberi semangat pada dirinya sendiri sebelum melangkah masuk ke dalam tempat kerjanya itu atau lebih tepat bakal suaminya itu. Tak sampai sejam pun berlalu, dirinya sudah kembali lemah. Baru saja dia makan tengah hari tadi, hilang langsung tenaganya.

" Come on, Damia. Tuan Khalid pergi meeting dengan client tu sekejap je. " Mana tak lemahnya, lelaki itu keluar begitu sahaja tanpa memberitahu dirinya. Dia ni pembantu peribadi lelaki itu kot ! Bukankah sepatutnya Damia melekat 24 jam dengan lelaki itu ? Dia ditinggal sendirian. Dia rasa dia boleh buat music video sedih sekarang.

" Pak cik hot tu tinggalkan Damia macam tu je...tak call ke whatsapp ke wechat ke. Sampai hati dia HUAAAAAAAAA. " Damia meletakkan kepala di atas meja. Sungguh dia tak semangat untuk berbuat apa-apa. Dia ingatkan lelaki itu sayangkannya tapi kalau dah kena tinggal macam ni, sayang bendanya ! Tahu tak rasa makan gaji buta ? Ya itu yang dia rasa sekarang.

" I better work at papa's companylah kalau macam ni. Jadi P.A tapi tak macam P.A pun. Dahlah Damia nak type surat berhenti kerja. "

Dengan hati yang tekad, Damia menghadap komputer sambil menaip surat berhenti kerja yang tak pernah dia terfikir untuk buat. Dia bertekad untuk bekerja disitu walaupun dia diuji macam mana pun tapi hatinya terluka ditinggal begitu. Terluka dan menangis tapi kuterima semua keputusan yang telah kau buat~

Lagu tak ingin usai dari Keisya, penyanyi dari Indonesia itu bermain-main didalam fikirannya. " Damia, meeti– "

Belum sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya, satu suara garau menyapa telinga mereka. " That meeting was an urgent meeting, Damia. I tak nak kacau your lunch hours so I decided to go alone. " Wek, tak nak dengar. Dia memekakkan telinganya daripada mendengar alasan yang diberikan oleh manusia yang berdiri tepat dihadapannya.

" Damia, are you listening to me ? I'm talking to you ni tau. " Wanita itu masih dengan selambanya menaip entah apa dikomputernya itu. Betullah anak perempuan abang Syam ni menguji kesabarannya. Kalau boleh dia lakukan apa saja pada wanita itu, sudah dia buat. Muka bersaja wanita itu membuatnya geram.

Punyalah dia suruh Haziq selaku pemandu peribadinya supaya memandu selaju mungkin untuk pulang ke pejabatnya selepas menerima pesanan daripada Kak Sarah yang pembantu peribadinya itu menangis kerana ditinggalkan. Punyalah dia risau akan wanita itu tetapi dia langsung tidak dihiraukan sekarang.

" Damia Aleeya ! " Meninggi suaranya apabila gadis itu masih tak memperdulikannya.

" Uhm..Tuan Khalid, saya rasa bette– " Dia mengarahkan Kak Sarah untuk beredar dari situ hanya dengan menggunakan isyarat mata. Sudah berbelas tahun wanita itu bekerja dengannya, jadi wanita itu tahu apa maksud segala isyarat matanya. Dia perlu masa berdua dengan gadis itu untuk memujuknya.

" Hey budak kecil, you better listen to me right now or I'll kiss you. " Bisiknya perlahan. Walaupun wanita dihadapannya itu masih mengabaikannya, dia dapat lihat perubahan warna pipi gadis itu. Merona pipi gadis itu membuatkan dia mahu mengucup sejuta kali pipi itu. Geram.

Khalid focus ! Dah tua-tua pun gatal. Be professional please.

Tiba-tiba sahaja gadis itu bangun lalu meninggalkannya tanpa sebarang bicara membuatkan dia mengeluh kecil. Susah betul nak memuaskan hati anak gadis ini. Tak sampai beberapa minit, gadis itu kembali dihadapannya.

" I quit. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now