46

68 2 0
                                    

" Haish~ susahlah jadi single ni, hari-hari nak kena menghadap dua orang yang sweet-sweet memanjang tak kira tempat. " Damia hanya menjelirkan lidah pada Ikmal yang masih setia berdiri dibelakangnya itu. Suka hatilah nak bersweet ke apa ke, bukan kacau sesiapa pun. Dia bermanja dengan suaminya sendiri.

" Tapikan, baru je lepas kahwin dah kena tinggal. "

Damia pura-pura mengesat air matanya membuatkan Ikmal menjelingnya. Sengaja meminta simpati dari lelaki itu. " Tak payah nak mengada sangat. Damia tak nampak ke bukan main laju Tuan pergi tadi, maknanya dia nak balik awal untuk Damia. Tunggu jelah. " Memang langsung hilang suaminya itu kerana katanya kalau sampai cepat boleh selesaikan mesyuarat itu segera.

Hm apa-apa jelah. " Bosanlah duduk rumah. Nak keluarlah. " Ikmal dengan segeranya mendail suatu nombor yang dia sangat pasti adalah nombor pemandu yang ditetapkan oleh Khalid untuknya. Tanpa berfikir panjang, dia langsung menghalang tindakan itu membuatkan lelaki itu berkerut. " Eh, tak payahlah. Damia duduk rumah je. Kalau keluar dengan korang ni, baik duduk rumah je. Takda privacy. "

Baru je nak keluar ke mall untuk mencuci matanya melihat jejaka-jekaka kacak disitu. Kalau keluar dengan semua pengawal peribadinya, memang setiap kali mahu mencuci mata pasti pandangannya akan dihalang. Ceh. Terpaling mengikut arahanlah tu, nak kautim pun tak boleh. Sudah dia cuba memberi rasuah pada mereka pun tetap tak jalan.

" Kak Maz, boleh tak buatkan Damia kek coklat. Dah lama tak makan kek. " Dia membuat muka comelnya bagi memujuk wanita itu. Sudah pastilah caranya itu berjaya. Siapa sahaja yang tak cair dengan wajahnya itu. Pakcik sekeras batu tu pun cair dengan dia apatah lagi orang lain yang berhati lembut. " Damia tak buka lagi ke hadiah-hadiah wedding korang ? "

Damia hanya menggeleng kecil. Malas benar mahu membuka segala hadiah tu, bukan sikit, banyak. Nanti saja dia menyuruh suaminya untuk membantunya membuka segala hadiah yang mereka dapat itu. " Nanti buka hadiah yang Kak Maz, Hani dengan Sarah bagi tu dulu. Special untuk Damia, hehe. " Dia mengecilkan matanya, memandang curiga wanita itu.

Pasti ada je yang dirancang oleh tiga orang wanita itu. Sungguh dia hidu sesuatu yang tidak baik. Bukan dia tak tahu akal bijak mereka itu, sangat licik. " Abang Ikmal, tolong bawa naik semua hadiah kahwin Damia tu dekat tingkat tiga. " Tanpa membuang masa lagi, dia berlari naik ke tingkat tiga dengan senang hatinya. Macam dia tak pernah pula naik ke tingkat itu.

Walaupun kawasan itu kawasan larangan, Damia tetap masuk kawasan itu sesuka hatinya. Cuma tulah, selepas kejadian dia jumpa sugar daddynya bersama perempuan kaki lidi tu, dia tak berani lagi jejak kaki ke situ tapi jangan risau, lelaki itu sudah menjelaskan segala yang terjadi padanya. " Abang-abang letak je hadiah-hadiah tu dekat lantai tu. Thank you, muah muah. "

Tersenggih kecil lelaki-lelaki itu selepas mendapat flying kissnya. Personanya masih berfungsi untuk mana-mana lelaki. " Kalau Tuan Khalid tahu Damia bagi flying kiss dekat kitaorang ni, mahu kena pecat. " Bukan boleh dihalang sifat cemburu sugar daddynya itu, dia sendiri pun tahu. Seperti orang gila jika lelaki itu sedang cemburu.

" Dah-dah turunlah, Damia nak spend time alone. "

Damia duduk di atas sofa ruang tamu tingkat tiga itu selepas menjumpai hadiah yang diberikan oleh tiga wanita itu. Entah apalah yang ada dalam bungkusan itu. Punyalah tak sabar dia mahu melihat kandungan bungkusan itu, dia hanya mengoyakkan bungkusan itu dengan kasar. Dia bukan boleh melawan rasa ingin tahunya itu.

" What.. " Perlahan-lahan dia mengeluarkan barang dalam kotak itu.

" The..." Tinggi barang itu diangkat sehinggakan dia boleh nampak jelas barang itu.

" Hell.." Membulat matanya melihat barang yang dipegang itu.

Baju tidur yang seksi berserta jarang itu membuatkan dia terngangga. Segera dia memasukkan kembali baju itu ke dalam kotaknya sambil menahan malunya. Selalunya dia melihat baju-baju seperti itu dimall dan dia tak pernah berniat nak membelinya. Semasa zaman liarnya dahulu memang selalu dia bayangkan jika dia kahwin dia akan memakai pakaian itu hari-hari tapi sekarang dia yang jadi malu.

" KAK MAZ, KENAPA BELI BENDA MACAM NI ?!!! "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now