39

68 4 0
                                    

" Ya Allah puasnya. " Damia menggeliat kecil sebelum menggosok-gosok matanya. Lama betul dia rasa dia tidur di kereta ini. Perjalanan 15 minit terasa seperti berjam-jam. Aik ? Mana pula pergi Abang Faris ni ? Takkan dia ditinggalkan. Berkerut dahinya melihat tempat pemandu yang kosong itu. Dah kenapa dia rasa tempat duduk ni lebih lembut dari tadi.

" Dah bangun ? "

Suara garau yang menyapa telinganya itu membuatkan dia mengundurkan dirinya. Sejak bila pula pakcik ni ada disini. Aduh malunya. Adakah dia berdengkur ? Ada tak air liur menitis ? Aduhhh. Patut lembut semacam tempat tidurnya, rupanya dia bersandar pada bahu lelaki itu. Aduhhh. " Kenapa you ada dekat sini ? Mana Abang Far- "

Belum apa-apa, lelaki itu terlebih dahulu menariknya keluar dari kereta itu. Asyik kena seret saja dia ni sejak bekerja bersama lelaki itu. " Kita dekat mana ? " Dia jadi ragu-ragu nak masuk ke tempat itu dengan wajah baru bangunnya itu. Restoran yang jelas restoran mewah itu membuatkan dia rasa tak layak berada disitu.

Bukan kerana dia tak yakin tapi kerana dia baru bangun tidur. " Don't worry, you tetap nampak cantik even dengan muka tu. Jom. " Tangannya masih dipegang erat lalu lelaki itu membawanya masuk ke dalam restaurant itu. What. Is. This. Mulutnya terngangga sebaik sahaja dia masuk ke dalam restoran itu.

" Surprise !!! "

Restoran itu tiada satu manusia pun kecuali ahli-ahli group WhatsApp 'Bakal Isteri pakcik' yang sedang memegang kad yang masing-masing bertulis 'Will you marry me'. Dan terdapat satu meja yang dihias cantik sambil sekeliling meja itu terdapat belon-belon yang tergantung elok. Lidahnya benar-benar kelu saat itu.

" Sebelum kita makan.. " Lelaki itu tiba-tiba memegang tangannya sambil tersenyum lebar.

" First time I jumpa you, I tak pernah terbayang yang I akan ada perasaan untuk you. But after that I sendiri tak boleh kawal perasaan I untuk you. I tak nak lelaki lain sentuh you, I tak nak lelaki lain tengok you, I tak nak lelaki lain bersama you. Mula-mula I nafikan semua perasaan tu tapi sekarang I tak rasa I patut nafikannya lagi. Damia Aleeya... "

Lelaki itu melutut dihadapannya membuatkan dia hampir menitiskan air matanya. Ucapan lelaki itu sudah cukup membuatkan dia terima lamaran lelaki itu. Berkaca-kaca matanya saat itu. " Will you marry me ? " Kotak kecil yang berisi cincin itu ditunjukkan padanya sambil lelaki itu mengukir senyuman yang paling lebar.

" Of course. " Tanpa menunggu lama, dia menerima lamaran lelaki itu. Dia turut melutut dihadapan lelaki itu lalu dipeluk erat badan lelaki itu. " I know you can be romantic. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now