20

92 5 1
                                    

I'm your barbie girl, in the barbie wor–

Telefon yang berbunyi itu dicapai segera apabila melihat nama orang yang dia nantikan diskrin telefon. Dibenarkan dulu suaranya sebelum menjawab panggilan telefon itu. " Hello, Damia. " Walaupun itu hanya panggilan telefon tetapi dia dapat terbayang senyuman lelaki itu. Entah kenapa dia pun tak tahu.

" Hello, Adam. Sorry tau about last night, tak dapat teman you dinner. Boslah tiba-tiba suruh I overtime. Later, I buy you a drink okay ? Coffee ke apa. " Timbul juga rasa kesal dalam dirinya apabila dia terpaksa membatalkan temu janjinya bersama lelaki sekacak itu. Bukan senang dapat lelaki handsome sekarang ni. Sudah dia dapat peluang bersama tapi dihalang oleh lelaki tua berhati busuk itu.

" Eh it's okaylah. Dah you pun busy, Tuan Khalid tu pun memang cerewet. Nak buat macam manakan ? Okaylah Cik cutie, I kena sambung kerja. Muah. " Lelaki itu punya muah tu terasa sampai ke pipinya. Real betul feeling tu. Dahsyat jejaka baru ni.

" Wah bukan main sekarang dengan jejaka baru sampai dia punya sugar daddy pun dilupakan. " Kak Sarah yang tiba-tiba datang itu membuatkan dia tersenggih kecil. Tertangkap sewaktu sedang menggedik pula. " Menggatal dengan sugar daddy tu bukan dia layan Damia pun, baik Damia layan Adam ni. Fuh~ " Godaannya tidak dilayan jika bersama Tuan Khalid tapi diterima baik oleh Adam.

" Better you be careful, Tuan Khalid tu kalau dia jealous bahaya. Dia akan jadi macam budak-budak. " Damia mula fokus pada kerjanya semula sambil otaknya mencerna segala yang diperkatakan oleh Kak Sarah. " Kalau dia jealouslah, masalahnya dia bukan jealous pu– "

" DAMIA ! "

Ruang kerja yang tadinya dipenuhi dengan suara pekerja-pekerja lain kini dipenuhi dengan suara jeritan Tuan Khalid. " Face it, Damia. Singa dah bangun tu. " Dia memandang ke arah semua pekerja disitu dan masing-masing memberinya sama ada gelengan kecil ataupun muka simpati.

" Apa je aku buat ? Memang sekarang sudah tiada sebarang kesalahan dalam kerja yang aku buat kot. " Damia mengomel kecil sambil berjalan ke arah ruang kerja Tuan Khalid. Mana taknya, dia takda salah apa-apa tiba-tiba lelaki itu mahu memarahinya. Baru saja dia rasa bahagia dicium dari jauh oleh Adam, kini dia perlu rasa menderita lagi.

" Yes Tuan Khalid ? "

Lelaki itu memandangnya tajam sambil jari-jemarinya diketuk diatas mejanya. " You buat apa ? " Soalan lelaki itu benar-benar meninggalkan seribu satu persoalan dalam fikirannya. Adakah dia terlalu lembab untuk menjawab soalan itu ataupun bosnya itu yang terlalu bodoh kerana bertanya soalan itu ?

" Buat kerj– " Hentakan tangan lelaki itu membuatkan kedua-dua bahunya terangkat kerana terlampau terkejut. Hampir dia kena serangan jantung. " Don't you ever lie to me. You bukan main mesra dengan budak tak matang tu, tu you kata kerja ?! " Terkedu dia mendengar kata-kata lelaki itu. Budak tak matang yang dimaksudkan itu Adam ke ?

Seriously, what's wrong with this pak cik ? Orang tua memang macam ni ke apa ? Ke hanya lelaki itu sahaja yang buat perangai sebegitu rupa. " I'm working ! " Panas hatinya apabila dituduh tak bekerja dan hanya menggatal dengan bakal teman lelakinya itu. Padahal tak sampai 5 minit pun dia menjawab panggilan lelaki itu.

Dia professional kot. Kerja, kerja. Menggatal, menggatal. Dalam menggatal, kerjanya tetap siap. Dia mampu multitasking. " Memang kerja, kerjakan jantan tu. " Terngangga mulutnya mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki itu. Sungguh dia tak sangka begitu kejam kata-kata yang dilontarkan oleh lelaki itu.

" Kalau I kerjakan jantan tu pun, is not your business. Janji kerja I siap, everything is fine. You kenapa nak marah I suka lelaki tu pula ! " Khalid terhenti seketika selepas mendengar kata-kata gadis dihadapannya itu. Dia tidak dapat menafikan kata-kata Damia. Bukan gadis itu ada lakukan sebarang kesalahan dalam kerjanya malah gadis itu sempurna. Jadi kenapa dia nak marah ?

" You bawah jagaan I, selagi tu you are MY business. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now