4

94 7 0
                                    

" MAAAAAMMMAAAAAAAAAAA !!!!! "

Puan Sri Zainab yang sedang menghirup teh sambil memandang pemandangan petang itu tersentak mendengar jeritan anak gadisnya itu. " Waalaikumusa– Mia, what's wrong with your suit ?! " Membulat matanya melihat kesan kotoran dibaju anaknya itu. Dia tahu harga baju itu sangat mahal dan anaknya itu membelinya sendiri menggunakan duit simpanan yang dikumpul.

" Tulah ma, tadi ada mamat tak guna tu langgar Mia masa Mia tengah bawa dulang coffee. Memang sahlah coffee tu jatuh dekat baju Mia. " Damia melabuhkan punggungnya dikerusi di sebelah mamanya itu sambil mengeluh berat. Masih rasa sakit dihatinya dek mengenangkan nasibnya hari ini.

" Wait– Mia buat coffee ? Sejak bila Mia pandai buat semua tu ? " Wanita dihadapannya itu memberinya pandangan pelik membuatkan dia semakin marah. " No, we're at the cafe tadi and Mia orderlah coffee untuk client. Everything just happen too fast. " Dibuka blazer pinknya itu lalu disangkutkan pada kerusi yang sedang dia duduk sekarang.

" Papa suruh kerja dengan dia, sibuk nak kerja dengan Tuan Khalid tu. Papa dah offer pangkat CEO untuk Mia, Mia juga yang tolak. Now, no turn back. " Kata-kata wanita itu membuatkan dia mencebik.

Dia mula menyesal dengan keputusannya dahulu. Kalau dia terima tawaran papanya, pasti dia tak lalu semua ini sekarang. Pangkatnya akan sama dengan Tuan Khalid tu. " Whateverlah. " Damia mengangkat beg tangannya itu lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya semula.

" Mak Jah panaskan makanan please, Mia nak makan~" Puan Sri Zainab hanya menggeleng kecil mendengar arahan anak gadisnya itu. Manja sungguh suara Damia bila bercakap dengan orang gajinya itu. Mana tidak, wanita itu sentiasa ada sepanjang Damia membesar. " Nab, nab ? Awak dekat mana ? " Suara pujaan hatinya yang memanggil-manggil namanya itu membuatkan dia tersenyum lebar.

" Nab dekat taman, bang. Mehlah sini. "

Dia memandang ke arah sliding door rumahnya itu sambil menantikan suaminya. " Buat apa duduk sini sorang-sorang sayang ? " Senyumannya bertambah lebar melihat kelibat suaminya itu. Entah kenapa hatinya selalu merindui suaminya ketika lelaki itu pergi bekerja. Macam pengantin baru pun ada mereka tu.

" Saja ambil angin petang, bang. Abang duduk sekali dengan saya, meh. " Tanpa berfikir panjang lelaki itu melabuhkan punggung di atas kerusi disebelah isterinya itu. " Abang sebenarnya ada jemput kawan abang datang makan-makan malam ni. Nak kenalkan dengan Mia. " Lembut bicara lelaki itu.

Terangkat kening wanita itu mendengar bicara suaminya. " Kawan abang ? Berapa umur dia tu ? Takkanlah nak bagi Mia suami yang umur macam abang ni. " Suaminya itu sudah mencecah umur 55 tahun, takkan dia nak biar anak gadisnya itu berkahwin dengan orang tua. Bukan dia menolak jika jodoh anaknya itu berusia tapi selagi boleh elak, dia mahu yang terbaik untuk anaknya.

" Bukan sebaya abang, dia 35 tahun. Takdalah tua mana. Boleh eh sayang ? Nanti suruh Mia siap cantik-cantik. Abang naik dulu eh ? Love you. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now