52

59 4 0
                                    

" Tuan, kenapa Tuan monyok je ? " Pertanyaan dari pengawal peribadinya itu membuatkan dia berhenti merenung ke suatu arah. Khalid hanya mampu menghela nafas berat kerana tidak mahu menerima kenyataan yang kelat itu. " Nothing, maybe I'm just tired. " Bukan, dia bukan penat. Dia cemburu !

Dahlah dia kena naik flight ekonomi, biasanya dia naik first class atau naik jet peribadinya sendiri. Kena pula lihat pemandangan yang dia tak mahu lihat. Siapa je mahu lihat isteri sendiri duduk disebelah lelaki lain ?! Dia dah pesan pada pengawal peribadinya supaya dia dapat duduk disebelah isterinya tetapi lelaki itu beritahu yang tiket isterinya telah ditempah terlebih dahulu oleh rakan-rakan gadis itu supaya mereka semua dapat duduk bersama.

Yang Damia tu pun satu, gadis itu tahu dia tak boleh tahan cemburunya tetapi tetap duduk bersama lelaki. Tukarlah tempat ! Terbakar matanya melihat lelaki itu menyentuh-nyentuh tangan isterinya. Bukan lelaki itu tidak tahu Damia sudah berkahwin. Memerah wajahnya menahan amarahnya, kalau ikutkan hati mahu saja dia memaki semua orang disitu.

" Tuan nak pergi mana ? "

Ikmal yang melihatnya berdiri itu cuba untuk berdiri juga tetapi ditahan. " Nak ke tandas, korang duduk je sini. " Lama-lama dia duduk disitu semakin terbakar hatinya. Lebih baik dia pergi mencuci mukanya, bagi sejuk sikit.

Laju dia berjalan ke arah tandas supaya dia tak perlu lihat kemesraan lelaki itu dengan isterinya. Dia mengabaikan senyuman yang dihadiahkan oleh gadis itu dan terus berjalan. Damia melihat suaminya yang berjalan begitu laju ke arah tandas seperti tiada hari esok. Entah. Mungkin tak tahan sangat.

 Mungkin tak tahan sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damia mulai gelisah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damia mulai gelisah. Benarkah pak cik itu marahkan dia ? Dia tak sedar pun. Dia hanya berbual-bual kosong dengan rakan-rakannya sedari tadi. Lelaki itu yang sengaja menyentuh tangannya sesekali walaupun sudah dia mengelak. " Mia kenapa ni ? " Adrian atau lebih mesra dipanggil Ad itu membuat muka risau melihat dia yang sedang kusut itu.

" Uhm Ad... "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now