53

60 2 0
                                    

" Ek ? "

Langkah Khalid terhenti apabila dia melihat Ikmal yang duduk disebelahnya tadi sudah hilang dan yang sedang duduk ditempat itu sekarang ialah Damia. " You buat apa duduk sini ? " Matanya melilau mencari kelibat Ikmal dan ternyata Ikmal hanya bertukar tempat dengan gadis itu. Jujur dia gembira tapi dia perlu pura-pura yang dia tidak peduli.

" Duduklah. Ke you nak Ad tu duduk sebelah I balik ? " Sengaja gadis itu mengangkat-angkat keningnya menandakan gadis kecil itu sedang mencabar kesabarannya. Dia menggigit bibir bawahnya sebelum segera melabuhkan punggung di tempat duduknya.Sungguh egonya tercalar tapi dia terlalu sayangkan wanita itu.

" I tahu you jealous. " Lengannya dirangkul lembut oleh gadis itu membuatkan cemburunya tiba-tiba reda. Dia yang tadi berapi-api kini mulai sedikit demi sedikit menyejuk dek kerana dirawat dengan kemanjaan gadis itu. " Dah tahu kenapa buat lagi ? " Laju tangan gadis itu mencubit-cubit lengannya membuatkan dia tertawa kecil.

" Bukan I sengaja buat you jealous, Ad tu yang rapat-rapat dengan I. "

Khalid menjeling sedikit ke arah lelaki yang bernama Ad itu dan ternyata lelaki itu sedang melihat ke arah mereka. Dia tahu ada yang tak kena dengan lelaki itu, pasti lelaki itu menyukai isterinya. Fakta tentang lelaki. Lelaki akan hanya rapat dengan wanita yang dia suka, lelaki takkan rapat dengan wanita yang dia tidak suka.

" You sayang I tak ? " 

Soalan yang tiba-tiba dari keluar dari mulutnya itu membuatkan gadis itu mengerutkan dahinya. " Sayanglah, dah macam-macam kita buat together takkanlah tak sayang. " Perlahan dia mengusap kepala gadis itu sambil tersenyum kecil. Tidak pernah dia jumpa wanita yang mampu membuatkan dia membuang egonya sejauhnya. Selama ini memang dia akan lebihkan egonya daripada cinta.

Orang yang baru kenal isterinya itu pun boleh jatuh cinta dek kerana kecomelannya. Disebalik kecomelan itu, dia boleh katakan yang gadis itu mempunyai pemikiran yang sangat matang dan paling dia suka, gadis itu pandai menggodanya. " Janji dengan I, you takkan tinggalkan I okay ? "

Tidak mendengar jawapan dari gadis itu, Khalid menolehkan kepalanya ke arah gadis itu.

" Ya Allah, dah tidur rupanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Ya Allah, dah tidur rupanya. " Dia mengangkat lembut kepala gadis itu lalu disandarkan ke bahunya. Penat sangat isterinya itu sehingga tertidur semasa perbualan mereka.

" You.. " Lembut dia usap tangan kecil gadis itu.

" ..jangan tinggalkan I tau, I tak mampu nak hilang you. You duduk elok-elok dekat sebelah I walaupun I dah setua manapun, I akan sayang you sampai bila-bila. " Dibawa bibirnya ke arah dahi gadis itu untuk dikucup lembut.

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now