11

92 6 2
                                    

Tiada sebarang bicara antara mereka sehinggakan dia dapat dengar dengan jelas bunyi setiap kereta yang memecut. Khalid menjeling sedikit ke arah gadis disebelahnya itu yang sudah lena dibuai mimpi. Tenang hidupnya apabila gadis itu tidur. Tiadalah bingit telinganya mendengarkan bicara gadis itu.

Tidak letihkah gadis itu bercakap tidak henti-henti. Dalam tak sedar, dia mengukir senyuman kecil. " Buat aku risau je budak kecil nilah. Khalid, Khalid, apalah nak jadi dengan kau ni. " Dia menggeleng kecil mengingat kembali apa yang berlaku sebelum pertemuan dia dan Damia malam itu.

" Assalamualaikum, bang. Ada apa ni ?"

Khalid melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu menyandarkan kepalanya sambil telinganya masih mendengarkan bicara rakan baiknya itu. " Mia ada dengan kau ke Lid ? Kau ada bawa dia pergi mana-mana ke ? " Celik terus matanya selepas mendengar soalan lelaki itu.

" Takda, kenapa bang ? Dia tak balik lagi ? " Dari menyandar terus badannya ditegakkan. Takkanlah wanita itu hilang pula. Sudah dia suruh wanita itu pulang petang tadi, takkan tak sampai rumah lagi. " Tak balik lagi, abang ingat dia dengan kau. Hah takpalah, mungkin dia pergi lepaskan stress. Abang letak telefon dulu, Lid. Assalamualaikum. "

" Waalaikumusalam. " Jiwanya menjadi kacau semula. Baru sahaja dia menenangkan dirinya tadi dan sekarang dia menjadi stres. Telefon yang masih berada ditangannya itu dilihat dan dicari nama wanita itu lalu ditelefon.

Tiada jawapan.

Walaupun dia telefon beribu kali, masih tiada jawapan. Bukan dia ada nombor telefon rakan-rakan wanita itu dan untuk apa dia ada pun ? Otaknya tiba-tiba teringatkan seseorang pada saat itu. " Yes, security guard. "

Segera dicari nombor telefon guard pejabatnya. Memang sudah tersedia satu telefon dipondok guard pejabatnya untuk hal-hal kecemasan. " Assalamualaikum, Pak Syahir. Ada sesiapa tak yang bagitahu Pak Syahir yang diaorang balik lambat ? "

" Waalaikumusalam, Tuan Khalid. Ada sorang ni, Cik Damia. Dia kata dia balik pukul 8.30 malam. Kenapa Tuan Khalid ? "

Dan itulah sebab dia berada dipejabatnya sendiri pada malam itu. Waktu dia tiba dimeja kerja Damia, wanita itu betul-betul kelihatan penat sehingga niatnya untuk memarahi wanita itu pun hilang. Dalam tempoh yang pendek, bermacam-macam dugaan yang telah wanita itu lalui tetapi masih teguh wanita itu berdiri.

Dia tidak pernah mahu memilih kasih antara pekerja mereka tapi entah kenapa hatinya tak dapat menahan untuk mengasihi wanita itu lebih dari yang lain. Apalah yang wanita itu sudah berikan kepadanya sehingga dia jadi sebegitu rupa.

" This is just the beginning, kiddo. "

MS: Isteri Tuan Khalid Where stories live. Discover now