PROLOG

7.8K 127 20
                                    

- Jarak bukan penghalang untuk kita bersatu -

🌾🌾🌾

"Dee aku pergi dulu tau, kau jaga diri baik-baik" pesan Tengku Zafril, kanak
-kanak yang baru berusia 10 tahun itu.

"Awak pun jaga diri tau kat sana, dengar cakap mommy daddy awak. Lagi satu, kurangkan lah perangai dingin awak tu. Belajar ramah dengan orang ok?"

Urusan kerja, keluarga mereka terpaksa berpindah ke luar negara. Jarak yang memisahkan mereka sehingga belasan tahun lamanya itu mula melupuskan memori antara mereka.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Dee ingat Tengku Fida tak?" soal Datin Izzah, Adeera masih blur.

" Tengku mana pulak ni ma? Kita mana lah ada contact dengan kerabat diraja ma, adu mama ni pagi-pagi dah merepek" kepala digaru dengan dahi yang berkerut.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Ni number Aril, nanti Dee chat lah dia ye. Boleh kenal-kenal semula, mana tahu boleh rapat macam dulu" ujar Tengku Fida seraya menghulurkan sekeping kad kepada Adeera.

¤¤¤¤¤¤¤

"Weh harey betul selamba dia maki aku, sumpah kau sampah. Dasar anak raja tak guna, sumpah menyesal aku chat!" gumam Adeera sendirian, telefon pintarnya dicampak.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Eh encik ni jalan guna hidung ke hah?!" jerkah Adeera, tudung yang habis tertumpah air coklat itu dilap.

Lelaki itu hanya menjeling.

Tak rasa bersalah langsung!

"Eh encik pekak ke apa!!!"

"Tch. Kau nak apa? Kau yang langgar aku kan? Untung aku tak mintak ganti rugi baju"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Adeera diarah untuk berkahwin dengan Tengku Zafril, dia saja lah satu-satunya gadis yang sepadan dengan anak tunggal Tengku Imran itu. Berbeza pula Adeera, terima kerana lebih sayangkan keluarga berbanding diri sendiri.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Kahwin dengan Dee atau satu sen harta pun papa takkan bagi kamu!" tegas suara Tengku Imran berbicara.

"Fine! I will marry her"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Sekali lafaz, Tengku Zafril bergelar suami kepada Mawar Adeera, tibalah upacara pembatalan air sembahyang. Pada masa itu, baru lah mereka melihat wajah antara satu sama lain.

"Engkau ?!"

"Tengku?" sekelip mata Adeera rebah ke pangkuan Datin Izzah di belakangnya.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Mommy nak mintak tolong Dee ubah Aril suruh dia lupakan Laura"

"Dee akan cuba yang terbaik"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"You know what? Kau kahwin dengan aku macam kau melangkah masuk pintu neraka ciptaan aku, Adeera"

"Oh really? We'll see Tengku Zafril"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Adeera memulakan langkahnya sebagai seorang isteri. Walau apa pun jadi, dia berjanji akan mendapatkan cinta suaminya itu tak kira apa jua rintangan. Hampir berpisah, namun berjaya diselamatkan. Tengku Zafril kalah dengan permainan sendiri. Dia akui bahawa dia telah jatuh hati kepada Adeera, isterinya yang sah.

"Terima kasih kerana sabar dengan perangai aku since the first day we get married. Thankyou for everything you've done, kau amanah Allah untuk aku jaga. Aku janji akan jadi suami yang baik untuk kau, aku sayang kau" ujar Tengku Zafril, ikhlas.

"You know what Tengku Zafril, I really don't need a Prince Charming to rescue me. I don't even need an Edward or Jacob to fall in love with me. I just need our own love story, I don't care how adventurous it might be. With you in it, I'm pretty sure it will be a Heaven of a happy ending" balas Adeera, tubuh suaminya itu didakap erat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Baru sahaja istana bahagia dibina, badai datang melanda. Maya Qisyaraa, kehadirannya menghancurkan segalanya.

"Mawar Adeera binti Dato' Ismail, aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku lepaskan kau, terima kasih untuk segalanya" lafaz Tengku Zafril, menitis airmata lelakinya.

Adeera hanya mematikan diri. Sesungguhnya, itu yang dia mahukan. Diceraikan ketika ada jasad kecil di dalam rahimya? Itukah yang dia mahukan?

Apakah pengakhiran bagi kisah cinta Tengku Zafril dan Mawar Adeera?

.

.

.

Selamat membaca

This story banyak kekurangan like tersasul watak ke , plot cerita ke or else , i really hope you guys can forgive me , biasalah manusia kan mana lari dari kesilapan ey cehh wahhh 😂💙

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~~~•••~~~
C O M M E N T

May God bless you guys ! Thankyou

- hanaakhairul -

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now