BAB 36

1.8K 74 16
                                    

Kepercayaan kunci kebahagiaan dalam sesebuah hubungan. Hancur kepercayaaan, hancurlah segalanya.

⛅⛅⛅

Sebulan kemudian....

ADEERA membuka pintu pagar rumahnya menggunakan alat kawalan jauh sebaik saja dia mendengar bunyi loceng. Tudung sarung hitam diambil dan dipakai, kakinya diatur ke arah pintu. Tudungnya dibetulkan sekali lagi sebelum pintu dibuka, laju jantungnya berdegup memandang tetamu yang hadir.

"Assalamualaikum" ujar Maya, senyuman tipisnya menghiasi wajah. Adeera terdiam, tidak dia sangka tetamunya tak diundangnya hari ni sungguh mencabar kesabaran.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Adeera kasar, rasa macam nak halau je.

"Urm, you tak nak jawab salam I ke? Jawab salam tu wajib tau" ujar Maya, masih lagi tersenyum tipis bagai perempuan tanpa dosa.

"Eh kau tak payah nak ajar aku lah!" balas Adeera, aku jawab dalam hati, kau apa tahu.

"Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau tahu rumah aku dengan dia dekat sini?" soal Adeera lagi, merah padam mukanya menahan marah.

"Ok, I datang ni sebab I nak jumpa you. Mustahil I tak tahu address rumah you dengan Zafril, I kan secretary dia" ujar Maya, Adeera memandangnya dengan pandangan menjengkelkan.

"Kau nak apa jumpa aku?" soal Adeera, macam nak ajak gaduh.

"You, I wanna say I'm sorry"

"Kau bla, aku tak terima maaf kau" ujar Adeera, baru sahaja pintu hendak ditutup, Maya sudah menahan terlebih dahulu.

"Please, dengar dulu apa I nak cakap"

"Eh kau siapa aku nak kena tunggu? Kau ingat aku ada masa ke nak layan orang macam kau ni"

"You please, dengar dulu apa I nak cakap"

"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Adeera, nadanya semakin meninggi.

"Please listen to me, I datang ni sebab I betul-betul ikhlas nak mintak maaf dari you. I sanggup ambil cuti even gaji I bakal kena potong semata-mata nak jumpa you, please lah bagi I chance" rayu Maya, wajah Adeera dipandang memohon simpati.

"Kenapa tak jumpa Zafril je?" soal Adeera, nadanya semakin perlahan. Terbuka pula hatinya mendengar rayuan Maya.

"I tak kan ganggu dia lagi, I promise you. Maybe minggu depan I berhenti kerja, I akan disappear dari hidup you. I akan balik kampung, jaga umi I dekat kampung. I tak kan kacau life you lagi, I promise" ujar Maya, Adeera diam. Wajah Maya ditatap, cuba mencari kepercayaan.

"Y-you tak nak jemput I masuk ke?" soal Maya teragak-agak, Adeera memandangnya atas bawah.

"Urm, masuklah" ajak Adeera senada. Dia juga berbelah bagi, sama ada nak bagi masuk ke tak.

"Thanks" ujar Maya, Adeera hanya membalas dengan senyuman kelat.

"You duduk dulu, I buatkan air" ujar Adeera, panggilannya juga sudah berubah.

"Eh tak apa lah, I sekejap je ni"

"No it's ok, you're my guest. I kena buatkan air, you tunggu sekejap" balas Adeera, dia melangkah ke dapur. Maya memerhati sekeliling ruang tamu banglo itu, cantik.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now