BAB 2

2.3K 106 16
                                    

- Dengan perkataan sahaja tak cukup untuk kau membuktikan cinta kau padanya. Jika kau tak mampu bahagiakan dia, lepaskan lah -

⛅⛅⛅

KELUARGA Dato' Ismail tiba di rumah agam milik Tengku Imran malam itu, terpegun Adeera memandang rumah yang tersergam indah di hadapannya. Ini kalau main sorok-sorok ni, lusa pun belum tentu boleh jumpa. Pengawal di situ diperhati satu persatu, uish jadi guard pun handsome!

"Alhamdulillah sampai pun!!! " jeritan Tengku Fida mematikan lamunannya, wajah Datin Izzah dipandang.

"Ya Allah rindunya Fida, lama dah tak jumpa!" ujaf Datin Izzah pula, tubuh Tengku Fida didakap erat. Setelah masing-masing bersalaman, giliran Adeera pula menyalam Tengku Fida.

"Assalamualaikum tengku"

"Dee ke ni Izzah?" soal Tengku Fida, memohon kepastian. Bagai tidak percaya Mawar Adeera yang dulunya comot sudah berubah cantik sebegitu.

"Haah ni lahh Dee, yang main pasir dengan Aril waktu kecik-kecik dulu"

"YA ALLAHHH DEE!!!" tubuh Adeera ditarik masuk ke dalam dakapan, Adeera hanya tersenyum kekok.

"Rindunya auntie dengan kamu Dee, dah besar dahh ye. Banyak sangat perubahan sampai auntie tak kenal"

"Hehe, Dee pun rindu dengan tengku"

"Eh jangan lah tengku bagai, dulu kan Dee panggil auntie je" tegur Tengku Fida, pangkat itu tak penting. Adeera hanya mengangguk dengan senyuman.

"Haihh, kalau Aril tengok ni dia pun tak percaya ni kawan dia waktu zaman kanak-kanak dulu tau. Cantik dah dia sekarang" puji Tengku Fida lagi, lembut matanya memandang Adeera.

"Eh, along kamu tak ikut sekali ke?" soal Tengku Fida tatkala mendapati salah seorang anak rakannya itu tiada.

"Tak auntie, along ada kerja sikit. Dia kirim salam dekat auntie dengan uncle"

"Oh, walaikumsalam. Dah-dah jom masuk" ajak Tengku Fida, Tengku Imran yang seronok berborak dengan Dato' Ismail juga mengikuti langkah mereka. Makan malam itu dihiasi dengan gelak tawa mereka, banyak perkara yang dibualkan.

🐝🐝🐝

LANGKAH diatur ke meja solek, rambut yang masih basah dilap dengan tuala. Namun perbuatannya terhenti sebaik saja matanya tertarik pada sekeping kad di atas mejanya itu. Tangannya mula menyapai, lama kad itu ditenung. Dia berfikir seketika, kata-kata Tengku Fida kembali terlayar.

"Ni number Aril, nanti Dee chat lah dia ye. Boleh kenal-kenal semula, mana tahu boleh rapat macam dulu"

Dia membuat kira-kira, boleh ke kalau dia yang mulakan perbualan? Nanti tak pasal-pasal dicop gatal pulak. Hatinya saling berbisik, akhirnya telefon pintar dicapai. Nombor telefon Tengku Zafril yang tertera di kad itu disimpan ke dalam kenalan telefonnya.

"Urm nak chat Whatsapp ke imessage ek? Kalau Whatsapp, takut dia tak on pulak. Lagi pun, does Whatsapp allowed there? Kalau aku guna imessage, macam mana kalau dia bukan iphone user? Bazir bil aku" gumam Adeera sendirian, namun akhirnya dia membuat keputusan untuk menggunakan imessage.

Tengku Zafril >

Hi, assalamualaikum

Mesej dihantar, namun serta-merta jantungnya berdegup laju. Entah apa yang Tengku Zafril balas, adakah gembira? Atau—. Entah, dia juga tidak dapat membuat jangkaan. Seketika, notifikasi yang masuk itu menarik perhatiannya. Aplikasi imessage dibuka semula.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now