BAB 51

4.6K 113 53
                                    

Jangan terlalu mendongak. Satu hari kau tersungkur, tanah juga tempat kau bersujud.

⛅⛅⛅

KEADAAN di dalam rumah agam itu masih lagi tegang, masing-masing menahan amarah yang semakin membara tatkala mendengar pengakuan Faris. Adeera pula hanya mampu mendiamkan diri dan menangis, tidak tahu apa pula yang bakal terjadi selepas ini. Maya? Beria dia memohon agar keluarga itu mempercayakannya, sungguh kehadiran Faris malam itu menghancurkan segala impiannya.

"... Tak! Semua ni tipu, Faris fitnah Maya! Mommy tolonglah percaya Maya mommy, Maya tak salah. Dee yang salah! Dia yang upah Faris untuk fitnah Maya, M-Maya tak tahu apa-apa pun mommy!" rintih Maya, kaki Tengku Fida pula dipeluk. Tengku Zafril semakin berang, pegangan Rafeeq dan Tengku Asyraf juga terlepas sebaik saja Tengku Zafril bertindak mendekati Maya.

"Eh perempuan! Kau memang nak mampus dengan aku kau tahu tak! Dah tak payah nak terangkan apa-apa dekat keluarga ni, semua dah buang kau even terima kehadiran kau pun tak! Kau rasa perempuan kotor macam kau ni layak ke berada dalam keluarga ni ha?!" rambut Maya direntap kasar sebelum menarik Maya menjauhi Tengku Fida, barannya memang tidak dapat dikawal lagi.

"Z-Zafril, please jangan buat I macam ni. I-I sayang you Zafril, tolong maafkan I. I yakin I mampu bahagiakan you lebih dari perempuan tak guna tu bahagiakan you Zafril" rintih Maya, semakin bertambahlah marah Tengku Zafril apabila mendengar perkataan perempuan tak guna tu.

"Perempuan tak guna?" sinis soalannya.

"Yes she is! Dia memang tak guna, dia nak rampas you dari I sedangkan you sendiri dah buang dia"

Pangg!!!

"Perempuan tak guna?"

Pangg!!!

"Eh sial! Kau boleh cermin diri kau sikit tak? Yang tak guna tu kau, bukan dia! Yang perampas tu kau bukan dia, kau faham tak?!"

Panggg!!!!!

Maya sudah menangis, kebas pipinya ditampar oleh Tengku Zafril. Mereka semua tergamam, Tengku Zafril kalau dah mengamuk jangan cerita nak rilek lah.

"Ril dan Ril!" Tengku Asyraf menarik tubuh Tengku Zafril, risau kadang-kadang.

"Faris you memang tak guna you tahu tak!!! You hancurkan segala impian I! You memang jantan tak guna!!!" maki Maya, Faris hanya memandangnya.

"Kau yang tak guna Maya, kau bunuh anak aku. Kau memang perempuan keji, kau fitnah orang yang tak pernah buat dosa dengan kau, runtuhkan rumah tangga orang, pecah-belahkan keluarga orang. Kau ingat kau boleh selamat ke?" balas Faris, Maya memandangnya dengan penuh dendam.

"Tengku, Dato', sekali lagi saya mohon maaf. Saya balik dulu, assalamualaikum" Faris melangkah pergi, datang tak diundang balik tak dihalau.

"Sayang... Biy dah tebus segala silap biy... Biy dah betulkan keadaan, maafkan biy" Tengku Zafril terduduk di situ, dia menunduk. Airmata yang ditahan akhirnya jatuh jua, hal yang berkaitan dengan Adeera mudah saja airmatanya gugur.

Adeera mendekati Tengku Zafril, tangannya menyeka lembut airmata Tengku Zafril yang mengalir. Senyuman kelat diberikan sebelum mendakap erat tubuh sasa suaminya itu. Sungguh dia rindu, sangat rindu dengan pelukan hangat Tengku Zafril.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now