BAB 46

3.1K 93 16
                                    

Have you ever wanted to cry but no tears came out so you just look around while feeling your heart break into millions of pieces.

⛅⛅⛅

MAYA pulang ke rumah, pintu rumah itu dibuka. Tengku Zafril yang duduk di ruang tamu itu dia pandang dengan senyuman tipis, namun hanya pandangan benci yang dibalas oleh Tengku Zafril. Dia mengatur langkah ke biliknya di dapur, langkahnya terhenti.

"Kau pergi mana?" soal Tengku Zafril, bukan kerana risau tapi geram. Suka-suka hati buat rumahnya serupa hotel, keluar masuk sesuka hati. Maya pula sudah menyimpan senyum, sungguh dia menyangkakan bahawa Tengku Zafril mempercayakan dia.

"I tak sangka pulak you care pasal I" balas Maya, Tengku Zafril mengetap gigi. Jangan nak perasan sangat lah.

"Aku tanya kau pergi mana?!" suaranya meninggi, Maya sudah mula gerun.

"I-I pergi jumpa kawan"

"Buat apa? Menyundal lagi?" sinis soalannya.

"Apa you ni?" berubah riak wajah Maya apabila dilontarkan soalan sebegitu.

"Eh perempuan!" jerit Tengku Zafril, rambut Maya direntap kasar.

"Arghh! Za-Zafril s-sakit"

"Kau ingat rumah aku ni hotel ke? Suka-suka hati kau nak keluar balik lewat malam? Kau fikir ni rumah bapak kau?" ujar Tengku Zafril. Airmata Maya mula mengalir, bagai hendak tercabut kulit kepalanya apabila rambutnya direntap sebegitu.

"S-sakit Zafril, I-I mintak maaf"

"Kau cintakan aku tak?" soal Tengku Zafril, Maya mengangguk laju.

"Z-Zafril, I memang cintakan you. I sayang you"

"Kau mesti nak tengok aku bahagia kan?" soal Tengku Zafril, Maya mengangguk.

"Aku bahagia tengok kau menangis"

"Zafril, kenapa you kejam sangat dengan I Zafril. Apa lagi salah I pada you, I dah mintak maaf kan" rintih Maya, Tengku Zafril tersenyum sinis.

"You get what you gave, kau kejam dengan orang yang aku sayang. Kau fikir aku boleh lepaskan kau macam tu je ke? Kau yang beria nak kahwin dengan aku, kau sendiri yang buka peluang untuk aku seksa kau. Kau memang bodoh Maya"

"Z-Zafril, bagi I peluang untuk buktikan cinta I. For sure you akan jatuh cinta dengan I Zafril, I yakin"

"Aku tak perlukan cinta murah kau" ujar Tengku Zafril, rentapan rambut Maya dilepaskan. Dia melangkah ke tangga untuk pergi ke bilik.

"I akan gugurkan baby ni!" ugut Maya, Tengku Zafril menoleh.

"Kau ni memang yahudi erk? Dah berzina nak membunuh pulak" sindir Tengku Zafril, dia menggeleng perlahan. Tak takut dosa betul!

"Buat apa I nak simpan kalau you pun tak sayangkan I" ujar Maya, dengan harapan Tengku Zafril memujuknya.

"Huh! Nak gugur? Gugur lah, bagitahu aku for what? Bukannya aku bapak budak tu pun, binatang pun sayangkan anak. Oh ye, aku dah halang eah! Jangan libatkan aku, dosa kau kau punya pasal lah" Tengku Zafril tersenyum sinis, terus dia bangun menaiki tangga ke bilik. Maya terdiam di situ, baru lah dia sedar bahawa pernikahan itu merupakan kesilapan besar dalam hidupnya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now