BAB 49

3.7K 118 28
                                    

Kecewa itu satu lesson dalam hidup. Orang yang tak pernah rasa kecewa, dia takkan belajar menghargai sepenuh hati.

⛅⛅⛅

ADEERA mengusap perutnya yang semakin lama semakin membesar itu, angin yang menampar lembut wajahnya saat itu sungguh buat dia nyaman. Kolam ikan di hadapannya itu dipandang dengan senyuman, lepaskan rindu pada ikan-ikan yang selalu melihat tangisannya sebelum ini. Datin Izzah mendekatinya, kerusi di situ menjadi tempat wanita separuh abad itu melabuhkan punggung.

"Ma... Ma buat apa kat sini? Mama kan tak sihat, duduk je lah dalam bilik tu" ujar Adeera lembut, Datin Izzah menyimpulkan senyum.

"Mama ok sayang, sejak Dee balik mama terus sihat"

"Mama sakit rindu Dee ni" ujar Adeera, tubuh Datin Izzah dipeluk dari tepi.

"Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anaknya Dee" ujar Datin Izzah, wajah anaknya itu diusap perlahan. Adeera tersenyum tipis, tangan mamanya itu digenggam erat.

"Ma, Dee janji dengan mama. Walau apa pun jadi, Dee takkan tinggalkan mama lagi ok?"

"Janji?"

"Yup, Dee janji. Dee akan bersalin dekat sini, mama tolong Dee jaga cucu mama ni sama-sama ea?" ujar Adeera, Datin Izzah mengangguk dengan senyuman.

"Dee..."

"Ye ma?"

"Tadi mommy call, dia ajak mama dengan baba makan malam dekat rumah dia. Dee ikut sekali ye?" pujuk Datin Izzah, Adeera meleraikan pelukan. Nafas berat dihela, wajah mamanya itu dipandang sayu.

"Ma... Dee bukan tak nak balik sana ma, tapi Dee takut" Adeera meluahkan resahnya, dia tak mahu bertembung dengan kisah silamnya.

"Ma, dia dah bahagia dengan orang lain ma. Dee tak nak kehadiran Dee rosakkan semua benda, jujur ma Dee nak sangat jumpa mommy. Dee rindu dia, tapi-..." kata-katanya terhenti, Datin Izzah tersenyum tipis.

"Tak apa lah, mama faham. Kalau Dee tak nak ikut pun tak apa lah, mama tak nak paksa Dee. Tapi mama nak pesan satu je, anak dalam perut ni anak dia tau. Lambat laun pun, Dee akan jumpa dia juga. Anak ni anak dia, Dee tak boleh halang dia untuk jumpa anak dia sendiri. Faham maksud mama?"

Adeera mengangguk perlahan.

"Ma, salah ke apa yang Dee buat selama ni? Dee keluar rumah even masih dalam iddah, Dee berniat untuk pisahkan anak Dee dengan dia. Salah ke ma? Dee cuma nak yang terbaik untuk kehidupan Dee dengan anak Dee" luah Adeera lagi, Datin Izzah tersenyum tipis.

"Dee, dalam hidup ni kita tak boleh lari dari buat silap. Mama tak kata keputusan Dee selama ni tak betul, cuma mama tak nak Dee rasa terbeban dengan keputusan yang Dee buat. Mama tak percaya kalau Dee cakap Dee bahagia hidup sendirian tanpa keluarga. Dee, buat keputusan fikir dulu. Jangan kaitkan emosi dengan situasi, nanti buruk padahnya" pujuk Datin Izzah, Adeera hanya diam.

"Dah lah, mama masuk dulu. Dee jangan lama-lama sangat dekat luar ni, tak elok" pamit Datin Izzah sebelum melangkah pergi, Adeera hanya tersenyum tipis.

🐝🐝🐝

TENGKU ZAFRIL keluar daripada pejabatnya, keretanya dituju. Jam tangan dikerling, masih kagi ada masa sebelum dia pulang ke rumah Tengku Imran. Baru sahaja dia hendak meloloskan diri ke dalam kereta, lelaki yang berdiri di hadapannya kini menaikkan semula amarah.

"Kau berani lagi munculkan diri? Ha?!" pintu kereta dihempas kasar, lelaki itu didekati.

"Bro, aku datang bukan nak gaduh bro"

"Eh kau lah punca semua benda sial! Apa lagi kau nak ha?" ujar Tengku Zafril, nafasnya semakin tak teratur.

"Bro sabar bro, aku datang nak settle baik-baik. Kalau aku berniat jahat, aku takkan berani cari kau kat sini bro. Tolong, bagi peuang untuk aku explain semua benda" rayu Faris, dengan harapan Tengku Zafril sudi mendengar penjelasannya.

"Eh bangsat, kau ingat aku ada masa ke nak layan orang bodoh macam kau ni? Sebelum aku tumbuk muka kau baik kau bla, ciao!"

"Bro, dengar dulu bro! O-ok ok, aku tahu aku salah. Gambar tu pun gambar aku, M-Maya yang ambil" terus saja dia jujur, Tengku Zafril takkan sudi berborak panjang dengannya.

"Ahah! Aku dah agak sial, memang ni kerja korang berdua. Aku tak ada bukti nak tuduh, since kau pun dah ngaku so kita proceed next step je lah. Kau dengan betina sundal tu, kita jumpa dekat court"

"Bro- Bro! Tolong bro, aku merayu sangat tolong jangan report. Benda boleh settle bro" rayu Faris, tidak mahu dia masuk lokap hanya kerana hal itu.

"Kau dah hancurkan hubungan aku dengan isteri aku, bukan tu je tau! Kau jugak dah pecah belahkan family aku, kau cemarkan nama baik Megah Holdings! Apa lagi kau nak?"

"Bro tolong bro, aku janji aku akan bersihkan semula nama kau. Aku boleh buat apa je, tapi tolong jangan libatkan kes polis bro" rayu Faris, Tengku Zafril hanya tersenyum sinis.

🐝🐝🐝

KEHADIRAN ahli keluarga Dato' Ismail disambut dengan hati yang terbuka, sasaran Tengku Fida yang utama tidak lain tidak bukan ialah menantunya itu. Puas juga Datin Izzah dan yang lain memujuk Adeera untuk turut serta makan malam itu, akhirnya makan pujuk jugalah. Namun di dalam hati Adeera, tiada siapa yang tahu betapa gundahnya hati sepanjang dia berada di dalam rumah itu. Setelah bersalaman, mereka masuk.

Maya yang baru sahaja turun dari tangga itu hanya memandang tajam ke arah Adeera, geram sungguh hatinya dengan kepulangan Adeera saat itu. Sudahlah keluarga itu melayannya seperti musuh, tapi Adeera dilayan seperti permaisuri. Bukankah dia juga isteri Tengku Zafril dan menantu kepada tuan punya rumah ini!

"Berani kau datang sini balik" omel Maya dalam hati, dia hanya menjeling tajam , kehadirannya langsung tidak diraikan oleh kedua buah keluarga itu. Dia mengambil tempat di sebelah kanan Tengku Fida dan kerusi kosong di sebelah kirinya.

Adeera menunduk sebaik saja memandang kerusi yang dikosongkan di sebelah Maya itu, adakah tempat duduk Tengku Zafril? Perasaannya mula bercampur aduk, mahu saja dia lari keluar dari rumah itu. Perutnya diusap lembut bagi menenangkan diri sendiri. Biarpun rumah itu sejuk dengan penghawa dingin, tubuhnya tetap mandi peluh. Takut punya pasal!

"Assalamualaikum, mommy sorry Aril-" langkah Tengku Zafril yang baru sahaja melangkah ke meja makan itu terhenti, wajah yang sangat dirindui itu menyapa mata.

"Sayang!!"

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Marilah baca bab seterusnya 💙

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

Thankyou !

Sincere ,
nurhanaaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now