BAB 16

2.2K 97 4
                                    


My eyes met many eyes but only got lost in yours.

⛅⛅⛅

TERBONGKOK-bongkok Adeera keluar dari tandas sebaik saja dia memuntahkan semua isi perutnya, kepalanya yang pening dipicit perlahan. Tekaknya semakin lama semakin kembang, bakul berisi ubat-ubatan dia capai. Sepapan demi sepapan ubat diteliti namun ubat yang dia mahukan tiada satu pun.

Airmatanya meluncur laju ke pipi, dia bersandar di kabinet dapur itu. Nafas ditarik dan hembus perlahan bagi menghilangkah rasa yang semakin mencengkam rahimnya. Perasaan kesal mula bersarang dalam diri.

"Ya Allah macam mana lah aku boleh lupa nak beli ubat tu!" omel Adeera sendirian, terdongak kepalanya menahan sakit.

Tekaknya tiba-tiba terasa loya kembali, dengan pantas dia berlari ke arah sinki dan memuntahkan segala isi perutnya, dia kembali terduduk bersandarkan kabinet tadi. Airmatanya mengalir laju, perlahan-lahan dia memeluk lutut manakala tangan kirinya pula memicit pinggang. Dia kembali merintih, sakit yang sudah melampaui batas.

Langkah Tengku Zafril yang ingin ke dapur itu terhenti apabila mendengar tangisan seseorang, tiba-tiba meremang bulu romanya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke dapur, terkejut dia melihat Adeera yang sedang menangis di situ.

Dengan ubat-ubat yang berterabur di lantai membuatkan dia semakin pelik, namun pada masa yang sama dia lega. Ingatkan siapa yang merintih malam-malam buta ni, rupanya bini sendiri.

"Deera kau kenapa ni?" soal Tengku Zafril, bahu isterinya itu dipegang. Adeera masih menangis, dah tak boleh nak cakap dah.

"Dee!" soal Tengku Zafril, bahu Adeera digoncang. Adeera mengangkat wajah, terus tubuh Tengku Zafril dipeluk tanpa memberi isyarat. Terkedu Tengku Zafril dibuatnya, pelik pun ye.

"Shhh... Stop crying please, kau buat aku takut. Ok chill, kau kenapa ni? Cuba cerita dekat aku" soal Tengku Zafril seraya mengusap lembut belakang badan Adeera, meredakan tangisan gadis itu.

"S-saya" tersekat-sekat Adeera bertutur, malu juga dia hendak menjelaskan perkara sebenar kepada Tengku Zafril.

"Just tell me, kenapa kau nangis?"

"S-saya senggugut, l-lepas tu pain killer s-saya ha-habis" ujar Adeera, dia menyambung tangisannya. Tengku Zafril berkerut dahi, dia juga tidak tahu apa itu senggugut. Apaan itu?

"Apa ke benda senggugut tu?" soal Tengku Zafril semula, Adeera meleraikan pelukan. Tajam matanya yang merah itu menatap mata Tengku Zafril, tak boleh pakai betul laki aku ni!

"Awak ni kan, hesy dah lah tepi" jerit Adeera, tubuh Tengku Zafril ditolak ke tepi. Berkerut dahinya menahan sakit, namun baru saja dia berura-ura hendak bangun, tekaknya bagai mahu mengeluarkan isi perutnya lagi. Laju dia berlari ke sinki dan-

Uwerkkkk!!!! Uwerrkkkk!!! Uwerrkk!!!!

Tengku Zafril sudah terkebil-kebil melihat Adeera yang muntah di sinki itu, bermacam-macam andaian muncul di fikirannya. Adakah senggugut itu alahan bagi wanita mengandung? Adeera mengandung!

"Dee, aku belum buat apa-apa dekat kau tau since kita kahwin. Macam mana kau boleh pregnant? Ke aku tersentuh kau tanpa aku sedar? Weh!" Tengku Zafril semakin cemas, Adeera mengeluh kasar. Aku malas betul lah mamat ni, ceteknya akal!

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now