BAB 14

2.1K 95 14
                                    


-Sometimes Allah destroy your plans before your plans destroy yourself-

⛅⛅⛅

FAIL-FAIL di atas meja itu disusun satu persatu oleh Rafeeq, kepalanya semakin pening memikirkan siapa yang layak untuk menggantikan pembantu peribadinya. Sudah ranai yang datang temu duga, namun semuanya ditepis selamba. Entah bagaimana ciri-ciri seorang pembantu peribadi yang dia nak, dia juga tidak tahu. Puas dia memujuk Adeera untuk menjadi pembantunya, namun adiknya itu tidak pernah setuju. Adeera nak kerja? Hm, lambet lagi!

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" ringkas arahan Rafeeq sebaik saja telinga menangkap bunyi ketukan pintu. Seorang gadis berkain putih, berbaju merah dan dikenakan dengan selendang krim melangkah ke arahnya. Rafeeq bagai terpukau, tidak berkedip matanya.

"Assalamualaikum Encik Rafeeq" tegur gadis itu, namun Rafeeq masih melongo.

"Encik?" tegurnya lagi, berkerut dahinya.

"Encik Rafeeq?" suaranya naik seoktaf, geram pun ye dengan lelaki itu. Rafeeq yang tersedar itu berdehem perlahan, buat malu je.

"Duduk" arah Rafeeq, gadis itu menurut.

"So introduce yourself" arah Rafeeq, gadis itu menayangkan senyumannya sebelum memulakan percakapan.

"Nama saya Laura Batrisya binti Anuar, umur saya 25 tahun. Saya-"

"Enough, awak ada pengalaman bekerja dekat mana-mana syarikat ke before this?" pintas Rafeeq, rasanya macam nak terus ambil gadis itu bekerja di situ tanpa temu duga.

"Ada encik, saya pernah berkhidmat di syarikat Megah Holdings a few years ago selama 2 tahun"

Sebut sahaja Megah Holdings, Rafeeq sudah mengetahui Laura bukan sebarang orang. Sesiapa yang bekerja di syarikat Tengku Imran merupakan pekerja yang baik, syarikat itu tidak akan mengambil pekerja yang sembarangan. Lagi pun, hatinya memang berkenan dengan gadis ini.

"Ok kalau macam tu, esok awak boleh datang kerja"

"Betul ni encik?" soal Laura meminta kepastian, risau jika dia terlalu teruja hingga salah dengar.

"Betul, awak diterima bekerja. Tahniah, selamat berkhidmat di Berjaya Holdings" ujar Rafeeq, senyuman ditayangkan.

"Terima kasih encik, terima kasih banyak. Saya happy sangar, saya janji akan jadi assistant yang terbaik di sini. Saya mintak diri dulu, terima kasih encik. Assalamualaikum" pamit Laura, hatinya juga tidak henti mengucapkan rasa syukur kepada ilahi.

Rafeeq mengangguk dengan senyuman.

"Yes!" jerit Rafeeq sebaik saja Laura keluar dari biliknya, terlalu teruja. Awek cun jadi Personal Assistant, makin semangat lah nak datang kerja lepas ni.

ADEERA melangkah masuk ke dalam pejabat dengan membawa bekal makanan di tangan, dia diberitahu oleh Dato' Ismail bahawa alongnya mengadakan temu duga bagi mencari pembantu peribadi. Sudah semestinya lelaki itu tidak mempunyai masa untuk makan tengahari, jadi kehadirannya membawa lauk itu dapat lah jugak menyelamatkan keadaan.

"Selamat datang Puan Adeera" ujar salah seorang pekerja di situ, Adeera mengangguk dengan senyuman. Dia terkenal dengan sikap ramahnya, wajahnya tidak pernah kurang dengan senyuman. Telefonnya berdering, panggilan dari Aqila dijawab.

"Dee, kau kat mana?"

"Aku kat office ni, nak hantar makanan dekat along aku. Kenapa?"

"Aduh, aku baru nak ajak kau keluar"

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now