BAB 29

1.8K 78 26
                                    


Fall in love when you're ready, not when you're lonely.

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL melangkah ke masuk ke arah lift, butang bukan ditekan. Tak lama kemudian, pintu lift terbuka. Langkah diatur masuk ke dalam lift itu, namun baru sahaja dia hendak melangkah, seorang perempuan keluar dari lift dengan tergesa-gesa dan-

Bukk!!

"Oh God! I mintak maaf encik, I betul-betul tak sengaja. Sorry again" ujar gadis itu, kertasnya yang berterabur itu dikutip. Setelah mengutip kertasnya, perempuan itu melangkah keluar dari lift itu.

Tengku Zafril hanya diam, langsung tidak memandang perempuan itu. Macam biasa lah dia, dah kahwin ke belum kahwin ke mana layan perempuan sangat. Adeera seorang je lah yang mampu tundukkan hatinya setelah Laura. Butang lift ditekan untuk ke aras 8. Seketika akalnya terfikirkan kejadian tadi, sebiji macam dia dan Adeera dulu.

Itulah kali pertama mereka bertemu semula setelah terpisah di zaman kecilnya. Dia juga tidak menyangka orang yang dia langgar sudah jadi isterinya yang kini. Tiba-tiba dia tergelak sendirian di dalam lift itu. Wajah Adeera apabila marah akan dirinya tika itu sungguh buat dia rindu. Tengku Zafril dah macam orang gila saat itu, tergelak sorang-sorang.

Entah bagaimana matanya terpandang beg duit di penjuru lift itu, terjongket keningnya.

Beg duit itu dikutip, bahagian kad diselak sebelum tangannya mengeluarkan kad pengenalan. Wajah yang terpampang di kad itu dia pandang, serupa gadis tadi! Kad itu dimasukkan semula, masalahnya dia juga tidak tahu ke mana gadis itu pergi. Pintu lift terbuka, kelihatan Pak Man yang merupakan pengawal di aras syarikatnya itu sedang bertugas. Dia melangkah keluar dari lift, pengawal itu didekati.

"Selamat pagi tengku" ujar Pak Man itu, lelaki berusia hampir separuh abad itu menunduk hormat.

"Pagi, pakman dah makan belum?"

"Dah tengku, isteri saya masak nasi goreng pagi tadi. Tengku dah makan?"

"Alhamdulillah dah, isteri saya pun masak nasi goreng pagi tadi" ujar Tengku Zafril dengan senyuman, Pak Man tergelak kecil.

"Oh ye Pak Man, tadi ada satu perempuan ni langgar saya dalam lift. Then saya nampak purse ni, dia turun dari aras ni tadi. Kalau Pak Man nampak dia, Pak Man bagi ye. Dalam tu ada IC dia" arah Tengku Zafril, beg duit itu dihulur.

"Baik tuan"

Tengku Zafril melangkah ke pejabatnya, namun langkahnya terhenti apabila mendengar seseorang menjerit memanggilnya dari belakang. Dia menoleh, kening dijongket. Gadis itu lagi.

"Encik!" jerit perempuan itu lagi, tangannya melambai dan berlari ke arah Tengku Zafril.

"Encik maaf encik, I cuma nak tanya. Tadi waktu kita berlanggar dalam lift, encik ada nampak purse I?" soal perempuan itu termengah-mengah.

"Oh ada, you boleh tanya guard tu. I ada bagi dia" ujar Tengku Zafril, terbit rasa syukur dalam hati perempuan itu apabila ada orang jujur yang menemui beg duitnya.

"Thanks. You memang lelaki jujur, by the way I Maya. Maya Qisyara" gadis itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tengku Zafril. Hulurannya Tengku Zafril pandang sepi, mereka tiada pertalian darah langsung, rasanya tak perlu kot nak bersalaman bagai. Lagi pula, dia tidak berkenan dengan gaya pemakaian gadis itu. Tak sopan langsung kalau masuk pejabat.

"Urm sorry, may I know your name?" soal Maya, namun Tengku Zafril tidak menjawab. Dia melangkah pergi, Maya terdiam. Malu? Semestinya. Sudah lah hulurannya tidak disambut, soalannya tidak dijawab. Kerek sungguh! Akan tetapi perlahan-lahan wajahnya mengukir senyuman, tiba-tiba. Sungguhpun layanan lelaki itu buruk terhadapnya, namun entah mengapa dia tertarik.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now