BAB 17

2.3K 96 11
                                    


Jika kau tak mampu membahagiakan dia , cukup jangan melukakan hatinya

⛅⛅⛅

ADEERA melangkah masuk ke dalam pejabat Berjaya Holdings untuk berjumpa dengan Rafeeq, awal pagi lagi dia sudah menerima pesanan dari alongnya itu supaya membawa sotong sambal tempoh hari. Bukan itu sahaja, Rafeeq siap berpesan agar memasak sotong sambal lebih. Pelik juga dia dibuatnya, sedangkan mereka makan berdua sahaja. Nak makan ke nak melantak?

"Whats up boss!" jerit Adeera sebaik saja pintu dikuak, dia melabuhkan punggung di sofa.

"Tunggu kau sampai, aku boleh khatam Al-Quran Dee" perli Rafeeq seraya melangkah ke arah adiknya itu.

"Eleh! Untung orang nak masakkan, banyak bunyi pulak! Tak sekarang ni, asal suruh Dee bawak lebih? Kita makan berdua je kan? Kau nak makan ke nak melantak long?" soal Adeera hairan, lauk-lauk di dalam mangkuk itu dikeluarkan.

"Siapa kata berdua?" soal Rafeeq, Adeera menjongket kening.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" arah Rafeeq, pintu dikuak dari luar.

"Eh, Laura!" ujar Adeera, dia bangun bersalaman dengan gadis itu.

"Hi Dee" senyuman manis Laura hadiahkan kepada mereka berdua, pandangannya beralih kepada Rafeeq.

"Encik Rafeeq, ada apa encik panggil saya?"

"Duduk" arah Rafeeq, Adeera menahan gelak melihat muka tegang Rafeeq. Depan Laura bukan main lagi control macho!

"Ha Laura! Sini duduk sebelah Dee" ajak Adeera, Laura menurut dengan senyuman.

"Long, dia ke yang join kita?" soal Adeera, Rafeeq mengangguk manakala Laura masih terpinga-pinga.

"Join apa?"

"Oh, along tak bagitahu awak ea?" soal Adeera, Laura menggeleng.

"Dia ajak awak join lunch sekali, ni saya ada masak sotong sambal kegemaran si tenuk ni" ujar Adeera, mangkuk sotong samba dihala ke arah Laura.

"Eh boleh ke saya join?"

"Eh kenapa pulak tak boleh, awak kan girlfriend along sekarang" balas Adeera selamba, membuntang biji mata Laura.

"Weh Dee!" jerit Rafeeq, bantal kecil yang terdapat di sofa itu dibaling ke arah Adeera namun adiknya itu lebih cekap menangkapnya.

"Ahah, tak payah nak malu sangatlah" Adeera tergelak besar, Laura hanya tersenyum tipis.

"Er, makan makan" celah Rafeeq, mereka menghabiskan waktu makan tengahari di dalam pejabat itu. Dari situ juga lah hubungan mereka semakin rapat, Adeera pula senang dengan perangai Laura.

🐝🐝🐝

TENGKU ZAFRIL memandang Adeera yang duduk di meja dapur, tersengeh-sengeh sendirian dengan telefon pintarnya. Pelik juga Tengku Zafril, adakah Adeera berlaku curang padanya? Tak mungkin lah kan, Adeera bukan gadis seperti itu.

"Kau dah kenapa sengeh sorang-sorang?"

"Saya chat dengan along lah, awak tahu tak dia dah ada girlfriend tau! Lately ni kalau saya mintak izin dengan awak nak keluar tu, saya keluar dengan dia lah"

"Oh, siapa?" soal Tengku Zafril, melayan.

"Saya cakap bukan awak kenal pun, tapi nama dia Laura. Dia PA along, dia cantik tau awak, sopan, baik memang pakej lengkaplah! Awak nak tengok tak orangnya? Saya ada gambar dia, sekejap" Adeera turun dari kerusi, dia berlari ke arah Tengku Zafril.

"Jangan berlari Adeera, habis semua bergoyang tahu tak?" perli Tengku Zafril, sudah lah Adeera memakai t-shirt berlengan pendek yang agak ketat dan berwarna putih.

"Hesy! Teruklah mata awak" marah Adeera, dia menjeling.

"Dah tak payah nak jeling sangat, mana gambarnya? Tadi kata nak tunjuk"

"Oh jap, ni ha!" ujar Adeera, skrin telefonnya dihala kepada suaminya. Tengku Zafril hilang kata, Laura? Tak mungkin dia tidak mengenal bekas kekasihnya sendiri. Dia terus bangun dan menuju ke bilik, Adeera yang melihat wajah Tengku Zafril yang tiba-tiba berubah itu pelik.

"Kau dah kenapa?" soal Adeera sendirian, hairan dia dengan perubahan muka Tengku Zafril tadi.

"Nah! Whatever" gumamnya, dia menyambung perbualannya dengan Rafeeq semula. Satu jam kemudian, dia menaiki tangga untuk masuk ke biliknya apabila matanya mula mengantuk. Sempat dia menjengahkan kepala ke bilik Tengku Zafril memandangkan pintu bilik itu tidak bertutup, kelihatan Tengku Zafril yang sudah tertidur.

"Dah membuta rupanya, patut aku tunggu dari tadi tak turun-turun" omel Adeera sendirian, perlahan-lahan dia melangkah ke arah suaminya yang tidur membelakangkannya itu. Adeera cangkung di hadapan Tengku Zafril itu.

"Saya tak tahu apa yang bermain di fikiran awak sekarang, saya pelik dengan muka awak yang tiba-tiba berubah. Saya pun tak tahu yang tadi saya tunjuk gambar Laura ke gambar hantu dekat awak, hihik!" ujarnya perlahan seraya tersenyum kecil. Iphone di tangan Tengku Zafril diambil perlahan, nak tidur pun pegang phone.

Alangkah terkejutnya dia memandang gambar di skrin kunci Tengku Zafril, skrin telefon itu ditatap lama. Tangannya kirinya naik menutup mulut, menggigil seluruh tubuhnya setelah dapat mengenal pasti siapakah perempuan yang berada di sebelah Tengku Zafril dalam gambar itu.

"Laura" nama itu terpacul di bibirnya, kata-kata Tengku Zafril tiba-tiba terlayar di minda.

"Aku akan cari Laura dan kitorang akan bernikah, aku sayangkan dia. Lafaz je akad aku ke atas Laura jatuh talak ke atas kau"

"Kenapa aku tak pernah terfikir nama dia yang sama?" gumam Adeera sendirian, gambar Laura masih ditatap.

"Kalau Dee nak tahu, sekarang ni saya dah move on dari that guy. Saya tak nak ganggu rumah tangga orang, saya rasa dia pun dah bahagia dengan wife dia"

Kata-kata Laura pula menampar minda, Laura ada bercerita kepadanya tentang seorang lelaki. Tidak sangka pula dia lelaki tu ialah Tengku Zafril, suaminya sendiri.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

Hii ,

Opppp !!!! Before you scroll ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~•~•~•~•~•~
C O M M E N T

May God bless your day , thankyou

Sincere ,
nurhanaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now