BAB 25

2.4K 91 3
                                    


Bila kau sudah merasai kehilangan, baru kau sedar betapa mahalnya sebuah kehadiran. Hargai seseorang yang berada di samping kau sekarang ni kerana kau tidak tahu sampai bila mereka akan bertahan.

⛅⛅⛅

"AKU TERIMA NIKAHNYA Laura Batrisya binti Anuar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" tangan Rafeeq yang bersalam dengan Tok Kadi.

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah" seluruh tetamu di situ memanjatkan rasa syukur. Menitis airmata Laura saat Rafeeq melafazkan akad ke atas dirinya saat itu. Tidak dia sangka, lelaki yang bergelar majikan kini sudah bergelar suami kepadanya.

"Mama bahagia Laura sudi jadi sebahagian keluarga kami" ujar Datin Izzah, Laura ke dalam dakapannya. Laura tersenyum bahagia.

"Congrates Laura!" ujar Aqila, tubuh Laura juga dipeluk.

"Be the good wife for along" ujar Adeera pula.

"Thankyou guys! I'll try my best" balas Laura. Majlis pernikahan itu berlangsung di rumah Dato' Ismail seperti majlis Adeera dulu, Dato' Ismail mahukan kedua anaknya itu bernikah di rumahnya sendiri.

🐝🐝🐝

MAJLIS persandingan di Hotel Calerina pada tengahari itu juga berjalan lancar. Ini atas permintaan Rafeeq sendiri, dia mahukan majlis pernikahan dan majlis persandingan berlangsung dalam satu hari.

"Saya tak sangka Laura dah berubah " ujar Tengku Fida setelah mendapati siapakah isteri Rafeeq, terkejut juga dia tadi.

"Tu lah awak, pandang buruk je dekat si Laura tu. Eh tapi saya pun terkejut jugak tau, tak sangka dia jadi isteri Rafeeq sekarang" balas Tengku Imran.

"Saya risau kan Aril lah, macam mana kalau-"

"Awak ni apa ke situ pulak. Kalau Aril masih nak dekat Laura, dia takkan layan Dee macam sekarang ni lah. Saya yakin Aril dah lupakan Laura, dia cintakan isteri dia. Awak tengok dia dengan Dee sekarang, bahagia kan?" pintas Tengku Imran, Tengku Fida mengangguk perlahan.

"Kita sebagai parents dia patut doa yang baik-baik je, faham?" lembut tutur kata Tengku Imran tetapi tetap tegas didengari, dia tidak mahu isterinya itu bersangka buruk.

Tengku Fida mengangguk faham, Tengku Zafril yang memeluk bahu Adeera di hadapannya itu dipandang dengan senyuman melebar. Kedua mempelai itu bergerak ke arah ahli keluarganya di meja VIP, Rafeeq berbual di meja Tengku Imran dan Dato' Ismail.

"Laura" panggil Tengku Fida, gadis itu didekati.

"Y-ye tengku?" jawab Laura teragak-agak, dia terkejut.

"Laura, auntie nak cakap sikit" ujar Tengku Fida, bahu Laura disentuh.

"A-apa dia auntie?" wajah Laura yang bersolek itu tiba-tiba kelihatan pucat, takut sangat.

"Laura, auntie nak minta maaf atas segala salah silap auntie pada Laura dulu. Auntie tahu auntie tak patut buat Laura macam tu, auntie kesal dengan perbuatan auntie. Maafkan auntie ye" ikhlas Tengku Fida menuturkan kata, dia tak sepatutnya menggagalkan majlis perkahwinan Laura dan anak lelakinya dulu. Jika tidak, gadis itu pasti sudah bergelar menantunya.

"Tak apa tengku, Laura dah redha dah pun. Bukan salah auntie, dah takdir yang Aril memang bukan jodoh Laura. Lagi pun, kalau semua tu tak jadi, tak ada lah Laura cuba berhijrah dan tak ada lah Aril berubah jadi suami yang baik macam sekarang. Now Laura dah ada Rafeeq, Aril pula dah ada Dee . Masing-masing dah ada kebahagiaan masing-masing, kita semua happy dengan aturan Tuhan" balas Laura dengan senyuman, tangan Tengku Fida digenggam erat.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now