BAB 12

2.1K 95 5
                                    

-Sebuah kehadiran akan berakhir dengan sebuah pemergian . Jadi , kau perlu bersiap sedia untuk mengharungi kesedihan-

⛅⛅⛅

ADEERA menaiki tangga ke bilik, pintu bilik Tengku Zafril dibuka. Dia membuat kira-kira, agaknya Tengku Zafril marah ke kalau dia basuh baju tu? Tapi memang dah tanggungjawab dia pun kan. Bakul baju kotor di hujung bilik itu diambil, sedar tak sedar dia sudah melanggar syarat Tengku Zafril sewaktu dia menjejakkan kaki di rumah itu.

"Jangan masuk bilik aku, jangan sentuh apa pun barang dalam bilik tu. Kau hal kau, aku hal aku"

"Masalahnya kalau bukan aku yang basuh baju dia, siapa lagi? Ada saka dia tolong basuhkan?" omel Adeera sendirian sebaik saja kata-kata Tengku Zafril terlayar di minda.

Langkah diatur ke arah bakul baju kotor di hujung bilik, namun meja Tengku Zafril yang berselerak itu pula menarik perhatian. Pantang Mawar Adeera kalau berselerak macam ni tau, bakul baju kotor itu diletak semula sebelum barang-barang Tengku Zafril di atas meja itu dikemas.

"Kenapa kau kat sini Mawar Adeera?"

"Allahuakbar" suara Tengku Zafril menyentak perbuatannya, dia tergamam.

"Adeera, kau buat apa kat bilik aku?" soal Tengku Zafril, wajahnya tegang.

"T-tak, saya- s-saya"

"Kau cakap dengan siapa? Lantai?" perli Tengku Zafril, dia mendekati Adeera.

"Sekali lagi aku tanya, kau buat apa kat bilik aku?"

" Sa-saya nak ambik ba-baju kotor "

"Baju kotor kat meja aku ke?"

"S-saya, s-saya-"

"Aku tak kahwin dengan perempuan gagap" perli Tengku Zafril, matanya yang tajam memandang semakin menggerunkan Adeera. Gadis itu mengatur nafas, fuh!

"Saya mintak maaf"

"Kau dah langgar syarat aku, kau tahu yang aku tak suka orang langgar syarat aku kan?" Tengku Zafril mendekati Adeera, jantung isterinya itu semakin laju berdegup. Tiba-tiba, airmata Adeera meluncur ke pipi. Dia menunduk, sungguh dia gerun dengan pandangan Tengku Zafril saat itu

"Dee"

"S-saya mintak maaf, sumph saya tak ada niat nak langgar syarat awak. Saya tengah laundry jadi saya nak basuh baju awak sekali, saya tak sengaja ingkar syarat awak" teresak-esak Adeera menangis, Tengku Zafril mengeluh.

"Sekarang ambil baju kotor tu, keluar"

Dengan pantas Adeera mengambil bakul baju kotor tadi dan berlari keluar, Tengku Zafril pula hanya menggeleng. Tears is women's weapon.

🐝🐝🐝

SEBAIK SAJA dia mengemas dapur, langkah diatur menaiki tangga ke bilik. Matanya sudah semakin mengantuk, namun entah mengapa suara yang mula menyapa halwa telinga menarik perhatiannya. Pintu bilik Tengku Zafril yang terbuka sedikit itu memudahkan kerjanya untuk mengintai, kepala dijengahkan. Nyanyian Tengku Zafril yang seiring dengan gitar yang dipetik itu membuatnya tersenyum, pandai nyanyi rupanya mamat ni!

"Tell them all I know now, shout it from the rooftops, write it on the skyline, all we had is gone now... Tell them I was happy, and my heart is broken, all my scars are open... Tell them all i hoped would be impossible"

"Impossible, James Authur" gumam Adeera sendirian, suara Tengku Zafril menawan sekeping hati Adeera. Haih lah encik suami, belum lama pun aku jadi bini kau dah jatuh cinta! Tengku Zafril menangkap suara itu, pantas dia menoleh.

"MAWAR ADEERA!" jerkah Tengku Zafril, Adeera terkejut. Tangan yang tadinya memaut tombol pintu itu akhirnya terlepas, akibatnya dia terjolopok ke lantai. Segera dia bangun kembali, tangan yang sakit akibat terhempap badan sendiri itu digosok. Ya Allah, macam mana boleh kantoi ni?

"Come here" panggil Tengku Zafril, Adeera diam menekur lantai.

"Adeera, aku tak suka ulang arahan dua kali" Tengku Zafril memberi amaran, perlahan-lahan dia melangkah ke arah Tengku Zafril. Selamatkan aku Ya Allah.

"Kau buat apa kat sini Adeera?"

"S-saya mintak maaf" baru sahaja Adeera ingin melarikan diri, Tengku Zafril terlebih dahulu menolak Adeera ke atas katil. Tubuh Adeera dihempap dan kedua tangannya dikunci, jantungnya semakin laju.

"Awakk! Lepaslah, saya dah mintak maaf kan! Saya cuma nak panggil awak turun makan je, bukan saya nak intai awak"

"Kau yang berani masuk, so kau kena berani terima akibatnya"

"S-saya mintak maaf, saya janji tak buat lagi"

"Pagi tadi pun kau janji jugak but you did the same thing" sinis Tengku Zafril berkata, wajah Adeera diteliti setiap inci.

"Zafril lepaslah, a-awak nak apa ni?" tersekat-sekat Adeera menuturkan kata.

"Dah lama jugak kita kahwin, kau tak teringin nak tuntut nafkah batin kau kat aku ke? Aku boleh bagi sekarang" bisik Tengku Zafril, membuntang biji mata Adeera mendengarnya. Laju dia menggeleng, rip!

"Geleng-geleng apa?"

"Tak nak! S-saya tak nak, lepaslah" rayu Adeera namun suaminya itu hanya tersenyum sinis. Sengaja Tengku Zafril mengusiknya, sebelah tangannya naik mengusap wajah Adeera.

Telefonnya berdering.

"Kau selamat malam ni, pergi masuk bilik kau sebelum aku tukar fikiran" ujar Tengku Zafril, dia bangun dan menyapai telefonnya. Laju Adeera berlari keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya, pintu bilik ditutup. Dia menghembus nafas lega, nasib baik ada panggilan masuk. Kalau tak, tak payah cerita lah apa yang akan jadi.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hii ,

Oppp !!! Before you leave ,

Im glad if you guys sudi ;

V o t e
~~~•••~~~
C o m m e n t

May God bless your day ! Thankyou

Sincere,
nurhanaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now