BAB 28

1.9K 73 4
                                    


Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi penerimaan tanpa persoalan.

⛅⛅⛅

FIRDAUS berpeluk tubuh sambil termenung memandang kolam di hadapannya itu, sungguh nyaman angin malam itu. Tidak senyaman hatinya yang sedang sedih, meratapi pemergian ibu bapa tercinta. Luarannya sahaja tampak kuat, hakikatnya dia juga jatuh dengan kehilangan dua insan penting dalam hidupnya itu.

"Woi!" tegur Adeera dari belakangnya, dia menoleh.

"Hesy kau! Terkejut aku" terhinjut bahunya saat disergah Adeera tadi, sepupunya itu tergelak besar.

"Chill lah, weh Daus kau ok tak ni? Ada rasa nak bunuh diri terjun kolam ikan ke?" soal Adeera selamba, Firdaus memberi pandangan malas.

"Hehe, ok ok. Lah kau ni, janganlah macam ni. Kau kena redha dengan ketentuan Allah, jangan terus-terusan sedih macam ni. Tak elok weh, kita yang hidup kena teruskan hidup" pujuk Adeera, Firdaus menghembus nafas berat.

"Anak mana yang mampu ok bila kehilangan parents Dee, hilang dua-dua dalam satu masa pulak tu" sayu nada suara Firdaus menyapa halwa telinga Adeera.

"Kau sabar ea, Allah tahu kau kuat. Kita sama-sama doa supaya roh mereka tenteram di sana, In Sya Allah Syurga buat mereka" pujuk Adeera lagi, Firdaus tersenyum tipis.

"Thanks Dee. Sekarang aku dah takde sesape dah, sebatang kara"

"Hesy apa kau ni! Kau ada kitorang tau, kita kan satu family" ujar Adeera, Firdaus hanya mencebik.

"Weh Dee, by the way congrats tau" kata Fitdaus, Adeera berkerut dahi.

"For what?"

"Ye lah, kau yang dulunya budak hingusan dah jadi bini orang" ujar Firdaus, tangan diseluk ke dalam poket.

"Hmph! Aku dah half year kahwin baru sekarang kau nak wish" Adeera menjeling, dia berpeluk tubuh.

"Sorry lah, aku tak dapat datang wedding kau. Waktu tu memang kitorang sekeluarga tak boleh balik, sorry"

"Hm, it's ok. Aku faham tugas pengurus syarikat ni tak mudah" balas Adeera, suaminya juga pengurus syarikat, mustahil dia tak faham betapa sibuknya lelaki itu.

"Dee, Aril tu kerja apa? Orang mana?"

"Dia pengurus company Megah Holdings, alahai tak kan lah kau tak kenal syarikat yang famous dekat Amsterdam dulu tu"

"Oh lah ye ke? Anak tunggal Tengku Imran lah ni ea?" soal Firdaus, Adeera mengangguk laju.

"Pergh kau punya taste tinggi bhai, tak nak CEO biasa-biasa, CEO company atasan jugak kau nak" usik Firdaus, patutlah tak pandang aku, taste dia tinggi menggunung.

"Apa bendanya, bukan aku yang pilih. Dulu pun kitorang kena kahwin paksa tapi alhamdulillah sekarang kami yang rela" kata Adeera, Firdaus menjongket kening.

"Kahwin paksa? Korang kena tangkap basah ke apa Dee?!" soal Firdaus terkejut, terhenti gelak Adeera sebaik saja mendengar soalan Firdaus.

" Hesy, choi! Agak-agak lah, kalau kitorang kena tangkap basah memang sah-sah saham syarikat kita semua jatuh tau! Mama dengan baba yang paksa aku kahwin, tapi aku bersyukur lah diorang paksa aku kahwin dengan Aril tu. Dia lelaki yang baik, mama baba tak silap pilihkan lelaki untuk aku" ujar Adeera, dia tersenyum bahagia. Kalau nak ingatkan hubungan mereka dulu, memang teruk.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now