BAB 8

2.1K 95 11
                                    


- Sometimes , crying is the only way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is -

⛅⛅⛅

"AKU TERIMA NIKAHNYA Mawar Adeera binti Dato' Ismail dengan mas kahwinnya tersebut tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Sekali lafaz sahaja, Adeera sah bergelar seorang isteri. Tambah parah lagi, wajah suaminya itu masih belum dilihat. Sewaktu dia turun dari tangga dan melangkah ke arah pelamin juga langsung tidak dia pandang siapa suaminya malah hanya memandang lantai demi menutup tangisannya dari dipandang orang.

Pernikahan mereka berlangsung di rumah banglo milik Dato' Ismail. Tambahan pula, Dato' Ismail sendiri yang menikahkan anak perempuannya itu. Adeera masuk ke dalam dakapan Datin Izzah. Selesai pembacaan doa, majlis pembatalan air sembahyang dijalankan. Tengku Zafril menapak ke arah isterinya itu dengan penuh tanda tanya, dia juga tidak mengetahui siapa isterinya memandangkan sewaktu Adeera duduk di pelamin juga tidak dipandangnya.

Dengan penuh debaran, perlahan-lahan Adeera mengangkat wajahnya sebaik saja suaminya itu duduk bersimpuh di hadapannya, alangkah terkejut mereka berdua. Masing-masing tergamam, jantung bagai hendak tercabut dari tangkai. Perkara yang memang berlaku di luar jangkaan, mereka saling mengenali.

"Engkau?!!"

"Tengku?" soal Adeera semula, sekelip mata dia rebah ke pangkuan Datin Izzah di belakangnya.

"Ehhh Ya Allah Dee! Dee kenapa ni?" soal Datin Izzah, wajah Adeera ditampar lembut.

Suasana di dalam rumah itu berubah riuh serta-merta, Tengku Zafril menggulingkan bebola mata, dia pengsan pulak dahhh! Tubuh Adeera dicempung menaiki tangga ke bilik setelah menerima arahan Tengku Fida, dia mengeluh berat.

Sampai saja di tingkat atas, dia berkerut dahi. Lah mana pulak bilik perempuan ni? Matanya meliar, nama yang tergantung di pintu bilik itu menjadi sasaran. Nasib baik ada signboard, kalau tak dia campak je Adeera tu kat mana-mana. Tubuh Adeera dibaringkan di atas katil, dia mengeluh berat.

"Woi! Woi perempuan bangun!" pipi Adeera ditampar lembut, namun masih tiada tindak balas dari gadis itu. Dia mengeluh, menyusahkan aku betul. Langkah diatur menuruni tangga, semua tetamu memandang ke arahnya.

"Dee macam mana?" soal Tengku Fida, masing-masing menunggu jawapan.

"She's fine, Aril bagi dia rest dulu" jawab Tengku Zafril, isyarat mata diberi buat Tengku Asyraf. Untung-untung sepupunya itu faham, langkah Tengku Zafril dikejar.

"Woi! Kau cakap apa kat Dee tu sampai pengsan orang tu?" soal Tengku Asyraf, pelik.

"Tu tak penting, kau ada nampak Laura? Aku call dia tak angkat apa semua, dia janji dengan aku nak datang sia!" ujar Tengku Zafril, nombor Laura didail berkali-kali.

"Baguslah dia tak datang, biar dia tinggalkan kau"

"Otak kau!"

"Ril kau dah ada bini tau sekarang tapi masih fikir pasal perempuan lain, sepatutnya sekarang kau kisah pasal bini kau yang tiba-tiba pengsan tu"

"Lantak dia lah"

"TENGKU ZAFRIL!" celah Tengku Imran, kata-kata Tengku Zafril yang menyapa telinganya tadi membakar hatinya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now