BAB 20

2.6K 103 8
                                    

I lied when I said I was ok.

⛅⛅⛅

ADEERA hanya termenung memandang kolam ikan di halaman rumah Dato' Ismail itu, di situ lah tempt dia melepaskan segala kesedihan sejak dari dulu lagi. Ligat akalnya memikirkan segala hal yang menimpa diri, entah apa yang bakal berlaku pada rumah tangganya nanti. Bahunya disentuh seseorang, dia menoleh.

"Laura, awak buat apa kat sini?" soal Adeera, Laura melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Sepatutnya saya yang tanya awak, kenapa awak kat sini?" soal Laura semula, dia tersenyum tipis. Adeera diam, bagaimana dia mahu menghadap wanita yang dicintai oleh suaminya sendiri.

"Dee, saya-" kata-kata Laura terhenti tatkala tangisannya mula pecah, dia sebersalah.

"Eh Laura, a-awak kenapa Laura?" soal Adeera pelik, Laura yang menunduk itu cuba dibangunkan.

"Laura, awak kenapa ni?"

"Dee, I'm deeply sorry Dee. Saya betul-betul mintak maaf, saya tak tahu yang Aril husband awak Dee. If saya tahu ni family awak, I'll avoid myself from this family. I'm so sorry, saya langsung tak ada niat buruk nak hancurkan hubungan awak dengan Aril. Sumpah Dee, s-saya tak tahu" beria-ria Laura memohon maaf, laju airmatanya mengalir.

"Shh, it's ok Laura. Semua ni bukan salah awak, saya pun tak pernah salahkan awak atas apa yang berlaku. Benda dah jadi kan, jangan menangis lagi please. Now, awak kan dengan along. Past is past, saya nak awak teruskan hubungan awak dengan along ye. Pasal hubungan saya dengan Aril, biar saya yang uruskan"

Laura diam, airmatanya diseka oleh Adeera. Dia juga sebersalah dengan Adeera walau dia tak berniat sikit pun untuk merampas Tengku Zafril kembali, namun dia risau jika gadis itu membuat spekulasi sendiri.

"Saya sayang awak Dee, terima kasih sebab keluarga awak sudi terima saya"

"Yes kami semua sayang awak, kehadiran awak dalam hidup along dah ubah segalanya. Along yang dulunya pasif dengan orang luar, sekarang hidup dia dah mula ceria" ujar Adeera, Laura hanya tersenyum.

"Kita doa yang baik-baik je ye" pesan Adeera, Laura mengangguk dengan senyuman.

"Dah lah, saya nak masuk bilik. Awak jangan duduk lama sangat dekat luar tau, tak elok" pamit Adeera, Laura mengangguk lagi.

"Goodnight"

"Night" balas Adeera, dia melangkah ke tangga menaiki bilik. Pintu bilik bilik dikuak, wajah Tengku Zafril mula menyapa. Pandangan suaminya itu diabaikan, hatinya masih sakit.

"Dee, aku mintak maaf"

"Awak tak ada salah pun dekat saya, itu pilihan awak. Perjanjian perkahwinan kita dulu pun, awak buat hal awak saya buat hal saya" jawab Adeera, wajah Tengku Zafril langsung tidak dipandangnya.

"Dee percayalah, aku dah lupakan Laura cuma-" kata-katanya terhenti, tiada alasan untuk gambarnya dan Laura di skrin kunci itu. Adeera tersenyum sinis, tajam matanya menikam anak mata Tengku Zafril.

"Seronok kan jadi awak, mudah je buat pilihan. Awak nak Laura awak kejar Laura, tapi bila dia dah buang awak pandai pula awak cari saya. Eh awak ingat saya tak tahu ke yang awak jumpa dia dekat Pahang? Gambar tu, awak ambil waktu awak outstation hari tu kan. Saya tahu semua benda Tengku Zafril, Laura cerita semua benda dekat saya cuma kitorang tak sangka pulak lelaki tu suami saya"

Tengku Zafril diam, entah kenapa dia tak berani melawan. Dia tahu semua jadi kerana silapnya, jadi biarlah Adeera meluahkan semua benda.

"Makin saya diam, tapi awak makin melampau. Boleh awak letak lockscreen awak dengan dia, eh awak ingat saya ni apa ha tunggul kayu tak ada perasaan? Siapa isteri awak sekarang ni, Laura Batrisya ke atau Mawar Adeera?! Nama siapa yang awak lafaz akad beberapa bulan lepas tu, nama saya ke Laura?!! Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya bila saya rasa saya kena tipu hidup-hidup dengan awak.

Selepas apa yang kita hadap sepanjang rumah tangga kita ni, saya ingatkan masih ada ruang untuk saya dalam hati awak even sikit pun tapi saya silap. Hati awak memang dah penuh dengan Laura Laura Laura! Apa yang saya dapat dalam rumah tangga kita ni kosong! Awak tahu tak saya penat nak kejar cinta awak! Almost haf year kita kahwin, saya je yang beria kejarkan awak.

Mawar Adeera depan mata awak ni sikit pun awak tak hargai pengorbanan dia sebagai seorang isteri! Satu je saya nak pesan dekat awak sekarang ni, awak dengar baik-baik. Once saya tawar hati dengan awak, jangan harap saya akan kembali pada Mawar Adera yang dulu.

Macam ni lah Tengku Zafril, kalau susah sangat awak ceraikan je lah saya sekarang. Tak payah tunggu lafaz akad awak dekat Laura sebab saya rasa benda tu memang takkan jadi pun kan since now dia dah dengan along. So better ceraikan je lah saya, biar saya cari kebahagiaan saya sendiri dari terus jadi bodoh dalam rumah tangga kita ni"

Panjang lebar Adeera meluahkan rasa hati, airmata yang mengalir diseka. Dia melangkah keluar dari bilik, pintu bilik dihempas sekuat hari. Semua yang jadi bagai diluar kawalan, laju sahaja mulutnya bercakap tadi.

Tengku Zafril meraup kasar wajahnya, dinding di situ menjadi tempat dia menyasarkan penumbuk. Tidak dia sangka Adeera bakal mengamuk sehingga seteruk itu, siap minta cerai lagi. Kemarahan gadis itu benar-benar sudah mencapai tahap maksimum, akhirnya dia terduduk bersandarkan dinding itu.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oppp !!! Before you go ,

Im glad if you guys sudi ;

V o t e
~~~•••~~~
C o m m e n t

May God bless your day ! Thankyou

Sincere ,
nurhanaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now