BAB 41

2.8K 90 11
                                    

Jangan disoal mengapa ku pergi , kehilanganku jangan dicari . Anggap saja kehadiranku hanyalah sebuah mimpi

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL menjamah roti yang disapu jem strawberi itu, rasa kekok juga dia apabila semua benda dia buat sendiri. Dia masih belum biasa kerana makan, pakai, segalanya diuruskan oleh Adeera sebelum ini. Kehilangan wanita itu bagai runtuh hidupnya. Dia termenung, perbualannya bersama Tengku Asyraf tiba-tiba sahaja menyapa minda.

"Cap aku bukan dayus, dia sendiri yang tunjuk gambar tu. Lepas tu dia yang beria nak keluar rumah, kau rasa apa pilihan yang aku ada?" ujar Tengku Zafril, rambutnya diramas kasar.

"Kau buat keputusan terburu-buru Ril, macam mana kau boleh percayakan gambar daripada isteri kau sendiri. Ril ni dah kali kedua kau buat macam ni tau, berapa kali aku nak kena pesan? Selidik dulu, jangan main hembus je!" marah Tengku Asyraf.

"Kau tak tengok gambar tu Cap sebab tu kau berani cakap! Kalau kau kat tempat aku, kau tengok gambar tu, kau akan tahu macam mana perasaan aku waktu tu. Obviously dia tidur dengan jantan sial tu, kau ingat aku boleh terima ke? Entah-entah anak tu pun bukan anak aku" ujar Tengku Zafril, Tengku Asyraf bagai tergamam.

"Ya Allah Ril! Kau merepek apa ni sial? Weh Dee tu isteri kau tau, kau bodoh ke? Tak kan kau tak kenal bini kau sendiri do! Eh dah lah, cakap dengan kau ni memang tak boleh pakai lah sial! Aku benci bodoh jantan bangang macam kau ni, ey aku! Kau dengan bapak mertua kau sama je! Tak kenal siapa Mawar Adeera yang sebenarnya" marah Tengku Asyraf, segala cacian dihamburkan.

Tengku Zafril hanya mematikan diri, tak boleh berfikir dah. Lama keadaan dalam pejabat itu sunyi, Tengku Asyraf pula tiba-tiba sebersalah sebab termaki lebih-lebih.

"Weh Ril, tak sorry ar aku tak ada niat nak maki-maki kau macam ni Ril. Tapi kau fikir lah, aku yang belum lama kenal Dee tu pun aku percaya dia tak buat benda tu do. Dia tu kena perangkap Ril, aku tak tahu cerita sebenar tapi aku yakin ada sesuatu yang tak kena. Aku, Feeq, Daus, Qila, kitorang semua tengah selidik apa yang berlaku sekarang ni. Kitorang tak mintak banyak Ril, cukuplah kau stop hina dia macam sekarang ni.

Kalau benda yang jadi ni fitnah semata-mata, kau nak tanggung dosa ke? Pahala kau pun belum tentu cukup untuk tebus dosa kau pada dia lah Ril. Berapa kali dah aku pesan, fikir sebelum bertindak. Jangan main emosi je, tapi kau degil. Kau ikut sedap mulut kau je, senang-senang kau lafaz cerai taklik tu. Sekarang tengok apa jadi? Sepatutnya kau selidik dulu, dia nak bla dari rumah tu biar je lah dia bla. Dia ada alasan dia sendiri kenapa dia buat macam tu, kau pulak boleh sedap-sedap ceraikan dia. Cakap pakai kepala otak Ril, bukan pakai kepala lutut"

Ting tong!

Loceng rumahnya berbunyi itu berjaya membawanya pulang ke dunia realiti, jauh dia termenung. Dengan langkah lemah longlai dia membuka pagar rumahnya menggunakan alat kawalan jauh, dia yakin itu ialah Tengku Asyraf. Entah apa lagi yang sepupunya itu ingin membebel, kalah Tengku Fida. Kakinya melangkah ke arah pintu sebelum menguak pintu itu, alangkah terkejutnya dia memandang Maya yang berdiri di hadapan pintu.

"Maya, you buat apa kat sini?" soalnya pelik, Maya hanya tersenyum. Ubat tidur yang boleh menidurkan seseorang dengan satu semburan itu disembur ke wajah Tengku Zafril. Tidak lama, lelaki itu rebah di situ. Faris bersama lagi dua orang lelaki membawa Tengku Zafril menaiki bilik, Maya tersenyum sinis.

Plan on!

Maya merangkak di atas katil.

"I'll do anything to make sure you be mine baby" sinis tutur katanya, pipi Tengku Zafril diusap lembut. Faris hanya diam, sungguh akalnya mati saat itu.

"Dah lah, tunggu apa lagi?" tegur Maya, Faris tersentak.

🐝🐝🐝

FIRDAUS melangkah ke rumahnya yang sudah disewa kepada seorang perempuan, kata-kata Uncle Mac terlayar di minda. Lelaki berusia hampir separuh abad itu mengatakan bahawa penyewa rumahnya itu ialah gadis Malaysia. Senang sikit hatinya mengetahui hal itu, senang lah juga untuk berurusan. Pintu rumah diketuk, pintu dikuak dari dalam. Membuntang biji matanya memandang gadis yang membuka pintu itu.

"Dee?!" jerit Firdaus, teruja.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

Oppp !!! Sabar jap , jangan lupa ;

V o t e
~♥~♥~♥~
C o m m e n t

Jasa anda amat saya hargai ye anak anak

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now