BAB 37

2K 88 10
                                    

Andai Tuhan tentukan pertemuan kita hanya sementara, saya nak awak tahu yang hati saya tak pernah lelah mencintai awak.

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL mengucup lembut dahi isterinya itu setelah mereka bersalaman selepas menunaikan solat Subuh, Adeera masih diam. Kejadian dua hari lepas hanya senyap begitu saja, tidak dia tahu apa yang berlaku. Dia sedar-sedar saja, Tengku Zafril sudah pulang. Maya pula sudah hilang, hatinya berasa tidak enak sejak kejadian itu.

"Sayang, are you ok? Dari semalam biy tengok sayang senyap je, ada masalah apa-apa ke?" soal Tengku Zafril, tangan Adeera digenggam erat.

"Biy, can I ask you something?"

"Sure, apa dia?"

"If there's something happened between us, biy masih percayakan saya kan?"

"Ya Allah, soalan apa ni yang? Mestilah biy percayakan awak sayang, awak kan isteri biy"

"Betul?"

"Betul sayang"

"Kalau satu hari saya terpaksa pergi tinggalkan biy, saya nak biy tahu yang cinta saya tak pernah padam untuk biy tau. Saya sentiasa sayang biy, ingat tu" ujar Adeera, dia melentokkan kepala ke dada Tengku Zafril.

"Sayang, kenapa cakap macam tu? Awak memang dah plan nak tinggalkan biy ke macam mana ni?"

"Tak, bukan macam tu"

"Habis tu?" soal Tengku Zafril.

"Biy, kita tak tahu takdir kita. Jodoh kita semua tu kita tak tahu, saya mintak maaf kalau buat biy marah. Saya tak ada niat pun cuma saya nak biy tahu yang walau apa pun jadi, saya takkan berhenti cintakan biy" ujar Adeera, garis-garis halimunan dilukis di dada bidang Tenku Zafril.

"Don't say it sayang, biy tetap cintakan awak no matter what" pujuk Tengku Zafril. Adeera hanya tersenyum tipis, hatinya diserang kerisauan seperti ada yang buruk akan jadi dalam rumah tangga mereka.

🐝🐝🐝

LAJU LANGKAHNYA diatur menuruni tangga sebaik saja telinganya menangkap bunyi loceng rumah, pintu rumahnya dibuka. Terkejut dia memandang Maya di hadapannya saat itu, sudah lah kejadian hari tu tak selesai lagi. Jantungnya berdegup laju, tambah pula memandang senyuman sinis di wajah Maya.

"Hai"

"Hai, Maya kenapa you datang sini?" soal Adeera, Maya tersenyum sinis.

"Saja, tak boleh ke datang rumah bakal madu I?" soal Maya, bahu Adeera ditolak agar memberikannya ruang untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu.

Adeera berkerut dahi.

"Eh you merepek apa ha?"

"Hey perempuan! Kau jangan nak acah sangat lah, apa ni?" soal Maya, beberapa keping dihalakan ke wajah Adeera. Bagai hendak runtuh dunia Adeera setelah melihat gambar itu, tangannya naik menutup mulut. Airmatanya juga sudah bertakung di tubir mata, dia tak buat semua tu.

"Maya apa kau dah buat?!"

"Entah, kau rasa?" sinis Maya bertanya, Adeera diam. Bergetar bibirnya menahan sebak, bagaimana kalau fitnah ini tersebar kepada Tengku Zafril?

"Sumpah, aku tak pernah buat macam tu! Ni semua kerja kau kan?!"

"Haah, so what? Kau rasa kan, apa agaknya reaksi laki kau after dia tengok gambar ni kan?" ujar Maya, Adeera masih menangis. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan saat itu, entah apa lagi dugaan dalam rumah tangganya.

"Tak payah nak menangis sangat lah, aku benci" ujar Maya, Adeera terduduk di situ.

"Maya tolong jangan buat aku macam ni, aku merayu sangat! Apa dosa aku dekat kau? Tolonglah Maya, kesiankan aku. Aku mengandung anak dia, tolonglah jangan buat kitorang macam ni" rintih Adeera, airmatanya semakin laju mengalir.

"Eh kau ingat aku kesah ke?! Aku nak Zafril dan aku nak kau bla dari hidup dia, aku tak ada cara lain"

"Maya please, tolong jangan ambil dia dari aku. Aku sayangkan dia Maya, kesianlah dekat anak kami yang akan lahir nanti. Tolonglah Maya. Kalau kau nak duit, kau ambil lah tapi bukan suami aku. Aku merayu sangat, tolong" rintih Adeera, Maya mencangkung di hadapannya. Tudungnya ditarik kasar, Maya tersenyum sinis.

"Kau dengar sini baik-baik! Kalau aku tak dapat Zafril, tak ada siapa boleh dapat Zafril. Kalau sampai aku kena bunuh dia pun aku buat! Daripada aku tengok kau bahagia dengan dia, baik aku bunuh je dia kan? Dua-dua tak dapat, fair tak? Hahaha" ugut Maya, Adeera terdiam. Semakin laju airmatanya mengalir, nyawa suaminya sebagai taruhan.

"So macam mana? Kau nak tinggalkan dia or kau nak hidup dengan mayat dia?" soal Maya lagi, Adeera masih menangis.

"Maya, tolonglah aku merayu dengan kau. Jangan apa-apa kan dia. Aku merayu sangat Maya, please"

"Alalalala kesiannya dia, pengorbanan sang isteri ye? Hm, aku takkan apa-apa kan dia tapi-" Maya menghentikan kata-katanya, Adeera menanti penuh pengharapan.

"Aku nak kau ikut apa yang aku suruh, sanggup?"

"A-aku sanggup Maya, aku sanggup. Tolong jangan apa-apakan Zafril, aku merayu. Kau cakap je apa-apa, aku buat tapi tolong jangan libatkan Zafril. Aku merayu sangat" rintih Adeera lagi, Maya tersenyum sinis.

"Tugas kau, senang je"

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

Opp !!! Sebelum tu ,

Sudilah ;

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

For who was read and voted my story , may Allah ease everything yours , bless your day and also have a good fortune ! Thankyou

Sincere,
nurhanaaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now