BAB 15

2.3K 97 15
                                    


There will be always have a reason why you meet people, it's either they change your life or you're the one will change their life

⛅⛅⛅

LAJU LANGKAHNYA menuju ke arah pintu tatkala telinganya menangkap bunyi kereta Tengku Zafril. Senyuman di wajahnya melebar, tempoh tiga hari Tengku Zafril meninggalkannya rasa bagai tiga tahun. Dia rindu akan wajah dingin suaminya itu, Tengku Zafril melangkah ke arahnya.

"Hai awak!" tegurnya, briefcase di tangan Tengku Zafril bertukar tangan.

"Awak nak makan? Saya dah masak"

"Hm" balas Tengku Zafril, tubuhnya sangat penat saat itu. Sebaik saja mereka di meja makan, Adeera menyenduk nasi ke pinggan Tengku Zafril bersama lauk-lauk yang telah dihidangkan di situ.

"Makan lah" arah Adeera, dia hanya menongkat dagu memandang suaminya.

"Kau tak makan?" soal Tengku Zafril, Adeera menggeleng.

"Tengok suami saya makan pun dah kenyang"

Tengku Zafril hanya menjuuhkan bibir, entah apa yang berlaku kepada isterinya itu sehingga tiba-tiba sahaja berubah. Adeera pula masih tersengeh, ni semua cadangan budak sengal dua orang itu lah.

"Plan pertama, awak kena ikat perut dia dulu. Memanglah awak hari-hari masak, tapi awak kena layan dia macam raja. Tengok dia makan, bagi ayat-ayat manis sikit. Confirm lama-lama dia cari, ha gitu!"

Kata-kata Tengku Asyraf bermain di minda.

"Kau apa hal sengeh sorang-sorang? Gila?" tegur Tengku Zafril, Adeera tersentak.

"Eh mana ada!"

"Ye, aku tak buta lagi"

"Satu hari awak akan dibutakan" ujar Adeera, terkejut Tengku Zafril mendengarnya.

"Dibutakan?" soal Tengku Zafril, Qdeera mengangguk laju dengan senyuman.

"Dengan?" ternaik kening belah kiri Zafril apabila menanyakan soalan itu, Adeera masih mengoyak senyuman.

"Dengan cinta Mawar Adeera" jawab Adeera berani, Tengku Zafril hanya menayangkan riak wajah menjengkelkan. Senyuman Adeera yang tadinya mekar tiba-tiba pudar.

"Hakla! Orang bagi pickup line tu layan lah, awak ni memang tak ada perasaan langsung" Adeera menunjukkan riah wajah tak puas hati, dasar dinding!

Tengku Zafril yang semakin pelik itu terus memandang tepat ke anak mata Adeera sehingga membuatkan isterinya itu terdiam. Adeera terkebil-kebil, bagi pickupline kat suami sendiri pun salah ke?

"Adeera" lembut panggilan Tengku Zafril, dia lebih selesa memanggil nama penuh gadis itu berbanding panggil Dee seperti orang lain.

"Hmm?"

"Aku baru tiga hari tinggalkan kau sorang-sorang dalam rumah ni, tak kan dah gila kot?" perli Tengku Zafril, Adeera menguntum senyumannya semula.

"Haah saya gila" ujar Adeera, dahi Tengku Zafril berkerut seribu.

"Gila dengan cinta Tengku Zafril Adzrim" sambung Adeera, Tengku Zafril menggeleng kepala. Isterinya itu dah kena sampuk gamaknya!

🐝🐝🐝

JAM TANGANNYA ditenung buat sekian kalinya, hatinya semakin lama semakin gusar. Sudah hampir waktu Maghrib, namun bas ataupun teksi juga tak muncul-muncul. Hari juga mendung seperti hendak turunnya hujan, semakin takut Laura dibuatnya. Mahu tak mahu dia terpaksa membuat keputusan untuk berjalan kaki ke rumahnya, itu pun kerana terpaksa. Rumahnya ke office juga jaraknya agak jauh, namun dia tiada pilihan.

Hadirnya Cintaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن