BAB 32

1.7K 78 23
                                    


Semakin setia kau dengan seseorang, semakin banyak ujian dalam hubungan kau. Hati-hati.

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL masih ralit menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan tandatangannya. Hari itu merupakan hari yang sibuk buatnya, pagi-pagi lagi dah bertimbun fail di atas meja. Tak lama kemudian, salah seorang pekerjanya datang mengetuk pintu.

"Masuk" arah Tengku Zafril, Maya diluar sudah menyimpulkan senyuman manis. Pintu bilik pejabat dikuak, wajah Tengku Zafril yang serabut menyiapkan kerja dia pandang.

"Zafril I-" kata-katanya terhenti sebaik saja dia menangkap pandangan tajam Tengku Zafril.

"Oh, s-sorry. I tersasul"

"You nak apa? I rasa I tak ada panggil you" ujar Tengku Zafril, laju tangannya menyiapkan kerja.

"I ada masakkan nasi lemak untuk you, you makan ye" ujar Maya, Tengku Zafril memandangnya lama.

"Kenapa you tengok I macam tu? I cantik kan pakai baju ni?" soal Maya, semakin teruja hatinya. Dia rasa dia berpenampilan cantik pada hari itu dengan skirt hitam serta blouse putih yang terdedah di bahagian bahu.

Tengku Zafril mengetap gigi menahan geram, Maya kembali memakai pakaiannya yang tidak cukup kain seperti mula-mula gadis itu menjejakkan kaki di situ. Bagai mahu termuntah pun ada, cantik? Jauh sama sekali.

"You nak I bagitahu you berapa kali? Pakaian ikut protokol office" ujarTengku Zafril, kedengaran tegas. Maya terdiam, akalnya ligat mencari alasan.

"Er, sorry tengku. Actually I dah terbiasa pakai baju macam ni, wardrobe I pun banyak skirt pendek macam ni" jawab Mayra, Tengku Zafril diam. Beg dompet di atas meja itu dia capai, wang kertas bernilai 300 ringgit dikeluarkan sebelum dicampak ke atas meja.

"Ambil duit ni" arahnya, Maya tercengang.

"W-why?"

"No I bukan apa, I just kesian" ujar Tengku Zafril sinis, terdiam Maya di situ.

"Tak ada duit nak beli baju yang lebih cukup kain. Thats why i bagi duit ni kat you, boleh lah you beli baju yang elok sikit" sinis Tengku Zafril berkata lagi, Maya masih terdiam bagai dipaku.

"Hello? Did you hear me?"

"Yaa er, sorry tengku"

"Get out" arah Tengku Zafril, Maya semakin malu.

"But nasi lemak ni?"

"Put it on there and get out, masuk bila aku panggil dan jangan jejakkan kaki tanpa arahan" ringkas arahan Tengku Zafril, panggilannya juga sudah berubah. Maya mendengus perlahan, nasi lemak yang dibawa tadi diletakkan di atas meja. Dia melangkah keluar, pintu bilik ditutup semula.

"Hesy kereknya, kau tunggu nasib kau nanti. Aku akan buat kau melutut dekat aku, merana isteri kau tengok kita bahagia nanti. Fuh rileks Maya, ni baru permulaan" gumamnya sendirian, skirt pendeknya dibetulkan. Langkah diatur ke mejanya, kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi diselesaikan. Nasi lemak tu pun bukannya dia masak, dia beli je. Lepas tu mengaku masak, acah je!

Tengku Zafril pula hanya merenung sepi nasi lemak yang dibawa Maya, takut pula dia hendak menjamah nasi lemak itu. Entah-entah ada sihir ke? Eh, kunonya pemikiran. Seketika akalnya teringatkan Tengku Asyraf, jarang dah sepupunya itu menyemak di pejabatnya.

Cousin Luknut >

Woi Cap!
Manoi?

Typing....

Tengku Zafril tersenyum sendiri, sepupunya yang satu ini jarang balas lambat.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now