BAB 54

3.4K 101 23
                                    

If one day, you're not mine anymore. I really wish you find the happiness you've been searching for.

⛅⛅⛅

ADEERA menongkat dagu memandang pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin itu, sepadan bagai pinang dibelah dua. Akhirnya rakan karibnya yang satu itu selamat diijabkabulkan setelah sebulan bertunang.

Semuanya berjalan lancar tapi tak berapa lancarlah, Tengku Asyraf punya takut sampai bergetar suara lafaz akad ke atas Aqila tadi. Entah di mana silapnya, perutnya yang tidak meragam tiba-tiba mengerang. Sakit yang dirasakan sangat lain dari yang lain, Laura di sebelahnya berkerut dahi.

"Dee, are you ok?"

"L-Laura-" panggil Adeera tersekat-sekat, tangannya juga tak henti mengusap perutnya. Laura memandang ke meja sebelah, Tengku Zafril yang sedang berbual dengan dengan yang lain itu dipanggil.

"Aril!" panggil Laura, semua ahli keluarga di meja itu sikit pun tidak menoleh malah meja lain pula yang memandangnya. Mungkin kerana muzik yang dimainkan dalam dewan itu mengatasi segala suara, Laura menebalkan wajah.

"Aril!!!" panggilnya lagi, namun adik iparnya itu masih leka bergelak tawa dengan Rafeeq.

"Hubby!!!!" Laura mencuba nasibnya, Rafeeq dipanggil.

"Laura, saya- ... sakit" adu Adeera, berkerut dahinya menahan sakit.

"Dee, I think you dah nak beranak lah. Sekejap"

"Hubby!!!!!" jerit Laura, masih tiada respon.

"RAFEEQ ADRYAN!!!!" jeritan Laura yang terakhir itu sungguh menggegarkan, kini bukan setakat Rafeeq yang pandang, satu meja menoleh.

"Oh ada telinga rupanya!!! Kalau dah borak tak ingat dunia, sini!!!" marah Laura, geram dia dibuatnya. Adeera yang sedang mengerang kesakitkan itu juga terkejut, tak pernah nampak Laura mengamuk sebegitu. Biasanya cakap pun suara lemah lembut je, ha kau kali ni dia punya geram dengan laki dia tahap master!

"Dear, kenapa jerit?"

"Awak dah tak ada telinga ke Rafeeq?!" jerit Laura lagi, naik berang dengan suaminya ini. Rafeeq tersengeh, Tengku Zafril mendekatinya.

"Aril!! You pun satu! You tengok Dee ni, dia nak beranak dah ni!" ujar Laura, membuntang biji mata mereka semua.

"Ya Allah Dee, air ketuban kamu ni Dee!" ujar Datin Izzah, keadaan di dalam dewan besar tertutup itu sungguh cemas. Tengku Zafril terus mencempung tubuh isterinya itu, Tengku Asyraf dan Aqila yang sedang bersanding juga terus pergi ke arah keluarga mereka.

"Feeq, asal ni?!" soal Tengku Asyraf, berkerut dahinya.

"Dee nak bersalin!"

"Ha?!!!" jerit Aqila, gelabah dia mendengar rakan karibnya itu mahu melahirkan.

"Dah dah, jom pergi hospital sekarang" tangan suaminya itu ditarik.

"Eyyyyy!!!! Ya Allah Qila, ni majlis kamu. Takkan nak tinggal macam tu je sayang oiii!!!" jerit Datin Izzah seraya menahan Aqila.

"Tapi ma, Dee-"

"Tak apa, biar kami yang pergi tengok. Kamu habiskan majlis dulu, nanti kita jumpa dekat sana" ujar Datin Izzah, Aqila mengangguk terpaksa.

🐝🐝🐝

JERITAN terakhir Adeera di dalam bilik bersalin itu diatasi dengan tangisan bayi, Adeera menghembus nafas lega. Wajah Tengku Zafril yang tergamam di situ dia pandang lemah, tercungap-cungap dia mencari nafas. Masih lagi senyuman tipis terukir di wajahnya, tambah pula menerima kelahiran anak sulung mereka.

"Sayang!! Anak kita sayang!! Thankyou sayang!!! I love you sayang, I love you so much!!! Alhamdulillah, thanks Allah!!! Thanks for this gift, alhamdulillah!!!!" jerit Tengku Zafril, dahi isterinya yang dipenuhi peluh itu dikucup lama.

"Congratulations both of you, it's a boy" ujar Doktor Farah dengan senyuman.

"Thankyou doktor, thankyou so much. Sayang, anak kita hero sayang!!!! Alhamdulillah" ujar Tengku Zafril teruja, Adeera hanya tersenyum kelat.

"Don't cry" ujar Adeera, airmatanya suaminya itu diseka.

"I'm too happy sayang, thankyou so much for giving me the best present ever. I promised I'll always love you till my last breath, I promised. I love you sayang!" ujar Tengku Zafril, tak henti-henti mengucup dahi Adeera.

"Me too" balas Adeera pendek, tak berdaya nak cakap banyak. Seluruh tenaga sudah dikerahkan semasa melahirkan anak mereka, Tengku Zafril mengucup tangannya.

"Biy, baby kita mana?"

"Ada sayang, nurse bersihkan baby dulu lepas tu dia nak ukur baby dengan timbang berat" jawab Tengku Zafril, Adeera mengangguk lemah.

"Tengku, dah boleh azankan baby ye" ujar sorang jururawat di situ, bayi itu diserahkan kepada Tengku Zafril. Adeera tersenyum tipis, sayu kedengaran suara suaminya itu mengazankan putera mereka.

"Our child" anaknya itu diserahkan kepada Adeera setelah dia selesai azan, Adeera menyambut huluran suaminya.

"Sayang, how cute you are!" ujar Adeera, pipi puteranya itu diusap.

"Tengku Yusuf Al-Haq" ujar Tengku Zafril, sebaris nama itu pernah disebut oleh isterinya dulu. Adeera tersenyum, nama kegemarannya kini telah sah menjadi nama anaknya.

"Powerful name with a powerful boy" sambungnya, Adeera tersenyum.

"Tengku Yusuf Al-Haq Tengku Zafril Adzrim, panjangnya nama you sayang" ujar Adeera, mereka tersenyum bahagia.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

.

.

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

Jasa anda teramat lah seketul hana hargai and plus thanks yang sudi baca cerita aku yang berada di carta paling bawah nih heheh 😁

Thankyou , i love you !

Sincere,
nurhanaaaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now