BAB 39

2.6K 91 37
                                    

Kadangkala seseorang menjauhkan dirinya dari kau bukan kerana dia membenci, tapi kerana dia mahu melindungi diri kau. Jangan silap menilai.

⛅⛅⛅

AQILA menemani Adeera pulang ke rumah Dato' Ismail untuk memberitahu hal sebenar tentang hubungannya dan Tengku Zafril, Rafeeq dan Laura juga telah diberitahu untuk berkumpul di rumah banglo itu. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah, semua orang di dalam rumah itu memandang ke arahnya.

Juga tidak dia sangka, kedua mertuanya turut hadir di situ. Dia berkerut dahi, adakah Tengku Zafril sudah terlebih dahulu menceritakan hal sebenar? Adeera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dato' Ismail namun hulurannya dipandang sepi. Dia berkerut dahi, wajah diangkat memandang bapanya dan-

Pang!!!

Satu tamparan yang diberikan Dato' Ismail selamat sampai ke pipi anak perempuannya itu. Semua tergamam dengan tindakan Dato' Ismail, Adeera memegang pipinya yang terasa kebas. Mengalir airmatanya saat itu, menahan sakit dan rasa malu yang berbuku di hati. Sudah terang lagi bersuluh, mereka telah mengetahui hal sebenar beserta gambar itu.

"Abang!" jerit Datin Izzah, tubuh Adeera didakap. Anak perempuannya itu hanya menunduk, mengawal tangisan yang mula menguasai diri.

"Is sabar Is, perkara boleh bincang" Tengku Imran cuba menenangkan Dato' Ismail yang sudah merah muka menahan marah, Adeera menangis dalam dakapan bondanya. Selama 24 tahun dia hidup, itulah kali pertama Dato' Ismail menamparnya.

"Mama, Dee mintak maaf ma" rintih Adeera, Datin Izzah turut mengalir airmata.

"Shhh, tak apa sayang. Mama percaya Dee, Dee tak buat semua tu kan? Anak mama tak buat kan?" ujar Datin Izzah seraya airmatanya mengalir laju.

"Aku jaga kau dengan penuh kasih sayang, aku turut segala permintaan kau. Aku didik kau dengan agama yang cukup, aku tak pernah naik tangan dekat kau tapi hari ni aku tak boleh sabar dengan perangai kau. Dari mana kau belajar jadi perempuan sundal ni Mawar Adeera?!" kata Dato' Ismail tegas, semakin laju airmata Adeera mengalir.

"Baba, sabar! Bawa mengucap, kita tak tahu hal sebenar" pujuk Rafeeq pula, nafas Dato' Ismail sudah tidak teratur menahan marah.

"Kau memang memalukan keluarga, aku tak ada anak perangai macam kau ni kau tahu tak!"

"Astaghfirullahalazim abang! Macam mana abang boleh percayakan sekeping gambar berbanding anak sendiri! Saya kenal anak saya macam mana, saya tahu dia tak buat semua tu!" Datin Izzah cuba melawan, Adeera diam. Jelaslah bahawa gambarnya bersama Faris sudah tersebar, tidak tahu dari mana sumbernya.

"D-Dee mintak maaf, Dee buat semua ni bersebab" Adeera memberanikan diri berbicara.

"Tak sayang, kami semua percaya dengan Dee. Kami tahu Dee bukan perempuan macam tu" ujar Tengku Fida pula, dia percaya pada menantunya itu.

"Gambar tu dah cukup bukti yang kau curang dengan suami kau, apa kurangnya suami kau Mawar Adeera! Apa kurangnya dia?!" tengking Dato' Ismail lagi, Adeera menunduk.

"Mulai hari ni jangan kau berani mengaku aku ayah kandung kau, aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi. Aku malu ada anak macam kau, keluar kau dari sini" tegas Dato' Ismail bersuara, semua terkejut.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now