BAB 13

2.2K 93 20
                                    


- Aku harap Tuhan tulis kisah kita lebih panjang dan bukan berhenti di tengah jalan , aku belum bersedia untuk kehilangan kau -

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL melabuhkan punggung di sebelah Adeera yang sedang menonton televisyen, bertih jagung di dalam mangkuk yang dipegang Adeera itu dirampas selamba. Tajam mata isterinya itu menjeling, tapi tak apa lah. Dah biasa dah kena rampas ni, dulu alongnya juga begitu.

"Cerita apa kau tengok ni?" soal Tengku Zafril, kening dijongket.

"Ruang Cinta Di Hatimu. Cerita ni best tau awak, dia pasal perempuan dengan lelaki ni kena kahwin paksa lepas tu-"

"Esok aku kena ke Pahang tiga hari, ada kerja sikit" pintas Tengku Zafril, mendengar perkataan kahwin paksa tu je sudah menjelaskan segalanya. Adeera hanya menjeling, nak pergi tu pergi je lah. Cakap dengan aku buat apa, bukannya aku ikut pun!

"Woi dengar tak?" soal Tengku Zafril, bahu Adeera ditolak.

"Yer dengar, cakap dengan saya buat apa? Awak jugak yang cakap kita buat hal masing-masing kan? So you do you, saya tak nak tahu" sedas Adeera beri, ini lah lagi satu syarat bodoh kau tu Tengku Zafril.

"Kemaskan baju aku" ringkas arahan Tengku Zafril sebelum dia bangun menuju ke tangga, Adeera melongo.

"Menyusahkan betul! Dia yang nak pergi, aku yang kena kemas dah kenapa" omel Adeera sendirian, dia berpeluk tubuh dengan dada yang berombak menahan geram.

"Aku dengar" jerit Tengku Zafril dari tangga, Adeera mengetap bibir. Dia dengar pulok!

"Y-ye, nanti saya kemas"

"Sekarang" suara Tengku Zafril menyapa halwa telinga Adeera lagi, gadis itu mendengus kasar. Kacau je orang nak layan drama! Dia melangkah ke tangga, rambut yang dilepaskan tadi disimpul. Bilik Tengku Zafril dituju, suaminya yang sedang berbaring di atas katil sambil menonton televisyen itu dipandang.

"Luggage awak mana?" soal Adeera, Tengku Zafril hanya menuding jari ke arah rak yang paling atas. Adeera menoleh, bapak kau tinggi. Kerusi ditarik, dia mula memanjat.

Tengku Zafril hanya memerhati sebelum mendekati Adeera tanpa disedari, tersenyum lelaki itu dibuatnya. Bagasi tu besar, kalau Adeera tarik semestinya tak selamat. Jadi dia membuat keputusan untuk berjaga di belakang Adeera, sungguhpun gadis itu belum memiliki cintanya. Namun, dia tidak mahu gadis itu tercedera apa-apa. Bagasi di rak itu ditarik keluar oleh Adeera, namun entah bagaimana dia tiba-tiba hilang keseimbangan badan dan-

"Wooo! W-" jeritnya terhenti tatkala Tengku Zafril menyambutnya, secara tidak langsung tangannya melingkari leher suaminya itu.

"Hm, what's up?" ujar Tengku Zafril, apa yang diramalkan benar terjadi. Adeera hanya menjeling, kau yang letak tinggi-tinggi sampai menyusahkan aku!

"Asal jeling-jeling? You should say thanks, kalau tak aku jadi penyelamat tadi dah lama dah bontot kau cium lantai" tubuh Adeera dicempung turun dari kerusi.

"Oh awak nak blame saya? Yang awak letak benda alah ni tinggi-tinggi kenapa?" ujar Adeera, almari baju Tengku Zafril dituju. Pakaian suaminya itu dikemas satu persatu di dalam bagasi, termasuklah pakaian dalam? Urgh, dia sudah biasa. Bukan setakat Tengku Zafril, malah Rafeeq juga kadang membulinya untuk mengemas baju.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now