BAB 1

3.5K 121 4
                                    


- Takdir yang menemukan kita -

⛅⛅⛅

"MAWAR ADEERA !!!" jerit Datin Izzah memanggil anak bongsunya, bergema satu rumah banglo 3 tingkat milik Dato' Ismail itu. Dari pagi tadi, selesai Adeera membantu Datin Izzah menyediakan sarapan kelibatnya terus hilang.

Adeera yang mendengar jeritan halilintar Datin Izzah itu terus lincah menuruni tangga, kelihatan Dato' Ismail sedang membaca senaskah surat khabar. Kenapa-mama-jerit? Adeera menanyakan soalan halimunan kepada  Dato' Ismail.

Namun bapanya itu hanya lah tersenyum mengangkat bahu tanda tidak tahu, Adeera mengeluh perlahan. Haih lah mama, pagi-pagi buta dah jadi Tarzan.

"Ya Allah ma, jerit apa tho?" soal Adeera, dahinya berkerut.

"Kenapa jerit-jerit? Mama panggil Dee dari tadi tau" ujar Datin Izzah sambil bercekak pinggang memandang anak gadisnya ini.

"Ahah! Sorry ma, Dee memerut dalam jamban tadi, I can't hear you" bohong Adeera, anak derhaka! Memerut dalam jamban? Alasan!

"Kenapa mama panggil Dee?" soal Adeera, biskut Lexus dicapai sebelum plastik dikoyak.

"Mama nak cakap sikit ni"

"Apa dia?" soal Adeera gugup. Selama ni kalau mama nak cakap apa-apa mama cakap je, tak pernah tanya-tanya dulu.

"Jom lah duduk depan" tangan anak gadisnya itu ditarik ke ruang tamu. Adeera masih terpinga-pinga. Dato' Ismail dikerling sekilas oleh Datin Izzah lalu mengambil tempat di sebelah suaminya itu. Adeera pula mengambil tempat di hadapannya.

"Hah apa yang mama nak cakap?"

"Dee ingat Tengku Fida tak?" soal Datin Izzah, Adeera masih blur.

" Tengku mana pulak ni ma? Kita mana lah ada contact dengan kerabat diraja ma, adu mama ni pagi-pagi dah merepek" kepala digaru dengan dahi yang berkerut.

"Ishhh, merepek apa nya! Tengku Fida tu lah, jiran lama kita tu. Dee ingat tak waktu Dee kecik-kecik, Tengku Fida tu ada anak. Dee rapat dengan anak dia tu, mama tak ingat lah nama nya siapa"

Adeera masih diam membeku, blur. Otaknya ligat mengingati siapa Tengku Fida yang dikatakan oleh Datin Izzah.

"Tengku Zafril Adzrim bin Tengku Imran" celah Dato' Ismail dengan mata yang masih membaca surat khabar, fuh nama penuh dia kasi.

"Yes he is! Zafril, Tengku Zafril"

"Ouhhhh!!!!! Ingat-ingat" jerit Adeera pula, teruja bila dapat ingat gerangan yang dikatakan Datin Izzah.

"Ha kenapa dengan dia ma?"

"Mama dapat khabar dari Tengku Fida, mereka dah balik Malaysia"

"Lah ye ke, baguslah"

"Dia jemput kita gi rumah dia, lama dah mama tak jumpa dengan diorang tu. Banyak benda mama nak gosip"

"Ahah! Iyolah, bila?"

"This weekend"

"Alright ma, Dee masuk bilik laa. Bye!" Adeera mengatur langkah menaiki tangga ke bilik. Pintu bilik dikuak, kaki diatur ke meja solek. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi itu. Tangannya menongkat dagu seraya matanya memandang ke arah wajahnya di dalam cermin.

"Tengku Zafril Adzrim" sebaris nama yang disebutkan itu mengukir senyuman.

"Umur aku sekarang ni 23, dia pindah waktu umur aku 8 tahun and umur dia 10 tahun. Bapak lama sia! Dah belasan tahun tak jumpa, macam mana lah muka dia sekarang" gumam Adeera sendirian, dah macam kemaruk.

Tengku Zafril.

Membawanya pulang ke zaman kanak-kanak. Budak lelaki yang tak suka bercakap, berpewatakkan dingin. Adeera saja satu-satunya rakan yang dia ada. Keluarganya dan keluarga mereka sangat lah rapat. Tambah lagi

Dato' Ismail dan Tengku Imran merupakan rakan dalam dunia perniagaan dulu. Namun mereka terpaksa berpisah apabila keluarga Tengku Imran terpaksa berpindah ke Amsterdam untuk menguruskan syarikat mereka di sana. Sejak itulah, mereka terputus hubungan.

"Macam mana lah muka awak sekarang ni kan" gumam Adeera lagi, bibir bawah digigit. Pretty sure, mesti handsome!

🐝🐝🐝

"ABANG, jemput minum" pelawaan Tengku Fida mematikan lamunan suaminya itu, dulang air diletakkan di atas meja.

"Terima kasih" balas Tengku Imran, senyuman dikoyak. Namun Tengku Fida hanya membalas dengan wajah monyok, ada sesuatu yang merunsingkan fikiran wanita tua itu.

"Awak ni kenapa Fida? Monyok je muka tu" lembut soalan Tengku Imran menyapa halwa telinga isterinya itu.

"Saya bukan apa, saya cuma risau pasal anak kita. Rindunya saya dekat dia, sejak kita balik Malaysia, dia dekat sana telefon kita sekali je. Lepas tu senyap, risau juga saya dibuatnya" Tengku Fida meluahkan isi hati.

"Alahai awak ni, anak kita tu lelaki lah bukan perempuan. Pandai lah dia jaga diri dia sendiri, dia pun"

"Memanglah pandai jaga diri tapi awak sedar tak anak kita tu umur dah semakin meningkat tau, tapi calon isteri pun tak ada lagi. Bila dia nak bagi menantu dekat kita, cucu? Hm, entah bila"

"Awak ni, jangan lah risau nanti ada lah tu perempuan yang dia bawak balik nak jadikan isteri. Kahwin lambat tak apa Fida, yang penting dia buat pilihan yang betul" pujuk Tengku Imran, kopi dihirup cermat.

"Tak boleh jadi ni, saya kena carikan calon isteri untuk dia. Kalau dia yang bawak balik, entah macam mana perempuan dia bawak"

"Suka hati awaklah" ujar Tengku Imran, surat khabar dibaca kembali. Sejujurnya dia juga takut jika kejadian dulu berlaku lagi, Tengku Zafril tersilap pilih perempuan untuk dijadikan isteri.

"Abang"

"Hm"

"Awak rasa anak kita tu betul-betul dah lupakan Laura ke?" soal Tengku Fida, entah tiba-tiba perkara itu berlegar di fikirannya. Mungkin itu juga boleh menjadi sebab Tengku Zafril tidak mampu untuk membuka hati buat gadis lain.

"Saya rasa masa yang dah berlalu ni cukup untuk dia lupakan segalanya"

"Saya masih sebersalah dengan Aril"

"Dah lepas biarlah lepas Fida, kita doa yang baik-baik sahaja untuk yang akan datang" Tengku Imran masih cuba menenangkan isterinya.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

Haii 💗

Done publish the first chapter of Hadirnya Cinta Hope korang enjoy baca cerita yang agak karut ni 😭

Opppp !!!! Before you go to the next chapter ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~ • ~ • ~ • ~ •
C O M M E N T

May God bless your day ! Thankyou

- nurhanaaaaa -

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now