BAB 7

1.8K 78 12
                                    


- Aku bukan pondok tempat kau berteduh sewaktu hujan dan beredar setelah terbitnya pelangi -

⛅⛅⛅

KAKI DIATUR masuk ke dalam cafe itu, matanya meliar mencari kelibat Tengku Asyraf. Mereka telah pun berjanji untuk berjumpa di situ, seorang lelaki yang melambai ke arahnya mengukir senyuman. Kasut tumit tingginya mula diatur menapak ke arah lelaki itu.

"Hi, awak tunggu lama dah ke? Maaf saya lambat, tak ada siapa jaga kedai tadi" ujar Aqila, risau jika dia terlewat.

"Hi, tak lah saya pun baru je sampai. Have a seat" kerusi ditarik untuk Aqila duduk, gentlemen!

"Thanks" senyuman dilemparkan, beg tangannya diletakkan di kerusi sebelah.

"Ada apa awak nak jumpa saya?"

"Saja, rindu nak tengok senyuman awak" jawab Tengku Asyraf, dia menongkat dagu memandang buah hatinya.

"Merepek lah awak"

"Ok I'll be serious now, the reason why saya ajak awak jumpa is about saya nak mintak pendapat awak sikit" Jawapan Tengku Asyraf ni 50% je betul, sebenanya memang dia cari alasan nak jumpa Aqila pun.

"Pendapat apa?"

"My cousin, his mommy forced him untuk kahwin dengan anak kawan mommy dia. Cousin saya tu hati dia ada dekat perempuan lain, but dia terpaksa terima perempuan tu kalau tak satu sen harta pun papa dia tak bagi kat dia"

"Ok, then? Awak nak saya bagi pendapat apa?"

"If you jadi dia, what would you do? I mean ya my cousin tu hidup dia macam tak serupa orang dah sekarang ni, so saya perlukan pendapat awak untuk nasihat dia"

"Oh, kisah ni sama dengan kawan saya. Her mama paksa dia kahwin dengan anak kawan mama dia. I suggested her suruh buat istikharah, so why don't you tell your friends to do so" Aqila memberi pendapat yang sama dengan Adeera.

"Hm, ok jugak idea awak. I'll tell him later" jawab Tengku Asyraf, dalam hatinya sudah mengomel. Tengku Zafril nak solat sunat? Fardhu pun tak buat apatah lagi solat sunat, mahu saja dia beritahu Aqila hal itu namun adalah lebih jika dia menjaga aib sepupunya itu.

"Cousin awak ni yang dingin hari tu ke?"

"Haah, your friend? Dee tu ke"

"Haah"

"Oh, did she just agree without argue?"

"Hesy, mestilah dia berdebat dengan parents dia dulu. Bukan Mawar Adeera lah kalau tak mengamuk, but the end of the story dia agree jugak. Saya kenal sangat kawan saya tu" ujar Aqila, Tengku Asyraf berkerut dahi.

"Mawar Adeera?" soal Tengku Asyraf, entah mengapa macam familiar je nama tu. Fikirannya teringat kata-kata Tengku Zafril tempoh hari, flashback!

"Parents aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia, Mawar Adeera Dato' Ismail"

"Kenapa?" soal Aqila, pelik dengan kerutan di dahi Tengku Asyraf itu.

"Mawar Adeera Dato' Ismail, is it?"

"Haah, mana awak tahu fullname dia?" soal Aqila teruja. Tengku Asyraf tertawa besar sebaik saja mendengar jawapan Aqila, gadis itu pula masih terpinga-pinga. Apa yang jadi?

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now