BAB 47

3.2K 102 12
                                    

Setiap tangisan pasti akan berakhir dengan senyuman cuma kau sahaja yang perlu kuat menghadapi segalanya dengan hati yang terbuka.

⛅⛅⛅

ADEERA membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia, gundah hatinya setiap kali mengingati kata-kata Aqila dua hari lepas. Makan masa juga dia hendak memujuk diri untuk pulang, keputusan yang dibuat ini agak mencabar untuknya. Dia bakal menghadapi cacian Dato' Ismail buat kali kedua, namun dia tetap kuatkan diri untuk pulang.

"Ready?" soal Firdaus, Adeera hanya tersenyum tipis.

"Rileks lah Dee, ni kan tempat kau. Kita balik, jumpa mama kau. Lepas tu, kalau kau nak balik Maldives balik pun aku tak kan halang. Ok?" pujuk Firdaus, Adeera mengangguk perlahan.

"Dee, mama kau sakit Dee. Kau still dengan ego kau ke? Balik lah Dee, pulang ke pangkuan keluarga kau. Aku yakin baba kau dah boleh terima kau. Kalau kau tak kesian dekat dia, kau kesian lah dekat mama kau. Dia rindu sangat dengan kau Dee, balik lah"

Kata-kata Firdaus sebelum mereka pulang ke Malaysia masih terbayang di ingatan, dia melangkah dengan bagasi yang ditarik bersama. Langkah demi langkah, laju jantungnya berdegup. Dari jauh lagi, matanya sudah menangkap lambaian Aqila. Tersenyum dia dibuatnya, laju kakinya menapak.

"Dee!!! Gosh, rindunya akuuuu!!!!" tubuhnya dipeluk oleh Aqila bagai tidak mahu lepas, sungguh bahagia rakannya itu menerima kepulangannya. Berbulan dia di negara orang, sungguh meruntun jiwa. Berjauhan dengan keluarga tercinta bagai mimpi buruk baginya, tidak pernah dia menghilangkan diri selama itu.

"Dah dah, aku balik dah ni. Tak mau rindu-rindu dah ea"

"Hesy kau!!! Weh perutnya ya Allah, bolat dah! Hey there, I'm Aqila. What's up?" telinganya didekatkan ke perut Adeera sebaik saja dia mengetuk permukaan perut rakannya itu.

Adeera tergelak.

"Kau ingat dia boleh jawab ke soalan kau tu, dia tendang-tendang aku lagi ada lah ni"

"Comelnya perut kau Dee, cepat je baby ni membesar dalam perut" puji Aqila, Adeera hanya tersenyum.

"Ehem!" Firdaus berdehem, macam tak wujud pulak kat situ.

"Eh, Daus! Tak perasan ahah! Weh Daus, aku nak cakap thankyou banyak sebab tolong jagakan Dee aku ni. Kalau tak ada kau, dah sah-sah terkontang-kanting Dee dekat sana" ujar Aqila, Firdaus tersenyum.

"Tak ada hal lah, memang tanggungjawab aku alang-alang aku je yang dia kenal dekat sana" balas Firdaus, semua tersenyum.

"Dah jom, aku tak bagitahu mama kau tau yang kau nak balik. Aku nak bagi suprise!" ujar Aqila, bagasi Adeera ditarik. Firdaus pula seperti faham dengan sepupunya itu, Adeera masih gusar untuk pulang. Dia masih takut jika kehadirannya dihalau buat kali kedua.

🐝🐝🐝

KERETA yang dipandu berhenti tepat di sebelah kereta Rafeeq yang terparkir di halaman rumah Dato' Ismail itu, tali pinggang keledar dibuka. Aqila memandang rakannya di sebelah, pucat sungguh muka rakannya itu akibat terlalu takut. Tangan Adeera digenggam erat, berharap dia dapat menyalurkan kekuatan buat rakannya itu.

"Dee, kau kuat ok?" pujuknya, Adeera mengangguk perlahan.

"Dee, kau rileks ok? Kitorang semua ada dengan kau, don't worry" pujuk Firdaus pula.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now