BAB 27

2.3K 96 11
                                    


Dah berpunya tapi melayan, nanti dah tersuka dikatanya takdir Tuhan. Lumrah manusia.

⛅⛅⛅

ADEERA menyarung selipar di kakinya, dia melangkah keluar sambil mulutnya mengunyah biskut. Seperti biasa, dia akan melawat ikan-ikan di kolam kecil yang terdapat di halaman rumah Dato' Ismail itu. Senyuman di wajahnya terukir serta-merta sebaik saja dia memandang Datin Izzah yang sedang berbual melalui telefon. Namun wajahnya berubah pelik tatkala Datin Izzah tiba-tiba terduduk di situ, mamanya itu didekati.

"Ma? Mama kenapa ni?" soal Adeera, Datin Izzah menoleh.

"Dee!!!" tubuh anak perempuannya itu didakap seerat mungkin, segala tangisan dihamburkan.

"Ya Allah ma, ma kenapa ni? Ada something yang tak kena ke?" soal Adeera lagi, semakin cemas dia dibuatnya.

"Dee, paklong Dee" tersekat-sekat Datin Izah menuturkan kata. Muncul kerisauan di hati Adeera, apa yang jadi?

"Ma bawa bertenang ma, tell me kenapa dengan paklong?" pujuk Adeera, belakang badan mamanya itu diusap.

"Paklong dengan maklong kemalangan pagi tadi, mereka dah tak ada Dee" Datin Izzah menghamburkan tangisan, bagai hendak luruh jantung Adeera mendengarnya.

"Innalillahiwainnailaihirajiun, ma sabar ma bawak mengucap" pujuk Adeera, matanya memandang Tengku Zafril yang baru sahaja keluar.

"Bbiy!!!" panggilnya, airmata yang cuba jatuh ke pipi tetap cuba ditahan. Sebak dadanya mendengar berita itu, apatah lagi dengan tangisan Datin Izzah. Tengku Zafril menoleh, isteri dan ibu mertuanya itu didekati.

"Sayang, mama kenapa ni? Ma?" soal Tengku Zafril, berkerut dahinya.

"Biy, paklong dengan maklong meninggal pagi tadi" jawab Adeera, Tengku Zafril tersentak.

"Innalillahiwainnailaihirajiun" ujar Tengku Zafril perlahan. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan ahli keluarga Adeera yang jauh di luar negara itu, dia juga turut bersedih.

"Biy, awak panggilkan baba dengan along" arah Adeera, Tengku Zafril mengangguk.

"Ma, sabar ma. Kita doakan semoga roh ditempatkan di kalangan orang yang beriman" pujuk Adeera, Datin Izzah masih lagi menangis. Tidak dapat menerima yang abang dan kakak iparnya sudah tiada. Kali terakhir mereka berjumpa kira-kira 2 tahun lepas. Sebelum keluarga Tan Sri Azizan dan Puan Sri Zila pindah ke luar negara atas urusan kerja.

Tengku Zafril kembali bersama-sama Dato' Ismail dan Rafeeq serta Laura. Mereka juga terkejut mendengar berita yang disampaikan Tengku Zafril tadi. Dato' Ismail yang melihat isterinya di dalam pelukan Adeera itu juga sudah sebak.

"Zah, bawa mengucap Zah" bahu isterinya itu dipegang, namun Datin Izzah yang lemah itu masuk ke dalam dakapannya.

"Abang Aziz dah tak ada bang, dia dah tinggalkan saya" rintih Datin Izzah kepada Dato' Ismail, belakang badannya diusap lembut.

"Sabar Zah, semua yang hidup pasti akan pergi. Ada baiknya sekarang kita doakan semoga roh arwah Abang Aziz dengan Kak Zila tenang di sana" pujuk Dato' Ismail.

"Ma bawak bertenang ma, tak elok merintih macam ni. Feeq akan contact Firdaus, uruskan hal pengebumian" ujar Rafeeq pula, nombor Firdaus didail.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now