BAB 19

2.3K 94 10
                                    

Aku tidak tahu siapa yang lebih kuat , kau yang melepaskan aku pergi atau aku yang masih cuba bertahan

⛅⛅⛅

ADEERA meloloskan diri ke dalam kereta semula setelah memanaskan enjin, tali pinggang keledar dipakai. Baru sahaja keretanya hendak dipandu keluar dari garaj rumah, kereta Tengku Zafril yang baru pulang terlebih dahulu menghalang. Adeera mendengus kasar, tali pinggang keledar dibuka semula.

"Ado mamat ni memang nak cari gaduh je ke!" jerit Adeera, dia keluar dari kereta.

"Eh apa masalah awak pergi block kereta saya ni?!" tengking Adeera, dadanya berombak menahan marah.

"Ambil beg baju kau, ikut aku" arah Tengku Zafril, Adeera mendengus kasar.

"Saya nak pergi rumah baba lah!" balas Adeera, Tengku Zafril yang hendak meloloskan dirinya ke dalam kereta terhenti.

"Fine! Aku tak suka ulang 2 kali" ujar Adeera, kata-kata Tengku Zafril sebelum ni diajuk semula. Beg pakaiannya diambil, Tengu Zafril sembunyi senyum lalu masuk ke dalam kereta.

"Hesy, awak nak bawa saya ke mana ni?" soal Adeera, kereta Tengku Zafril laju meluncur meninggalkan perkarangan rumahnya. Soalan Adeera tidak dijawab, Tengku Zafril hanya diam memandu.

🐝🐝🐝

PINTU KERETA ditutup, lambaian kecil dihadiahkan buat Rafeeq sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia menutup pintu, sebuah beg melekap ke wajahnya. Laura terdiam, beg yang sudah terjatuh di lantai itu dipandang. Wajah dua orang sepupunya itu dipandang memohon penjelasan.

"Kitorang nak kau keluar dari sini!" ujar Nina, gadis itu berpeluk tubuh.

"Kak Nina apa salah saya?" soal Laura, bergetar suaranya menahan sebak bersama airmata yang mula bertakung.

"Eh kau mana ada salah, kau kan perempuan sejati yang tak pernah buat dosa. Aku dengan Fisha just tak suka kau kat rumah ni, semak!"

"Tapi saya nak tinggal mana kak?" rintih Laura, entah apa silapnya.

"Bukan masalah kitorang, pandai-pandai kau lah nak hidup" ujar Fisha, dia berpeluk tubuh.

"Tolong jangan buat saya macam ni, ke mana saya nak tinggal lepas ni Kak Fisha? Tak boleh ke kalau bagi saya sikit masa untuk saya cari rumah sewa, tolong kak" rayu Laura lagi.

" Kau ingat kitorang kisah ke kau nak pergi mana lepas ni? Lagi pun, apa yang kau nak takut sangat? Bos kesayangan kau tu kan ada untuk bela perempuan murahan macam kau ni, tak ada masalah rasanya"

"Kak tolong kak, jangan buat saya macam ni. Saya merayu sangat, tolong kak" rintih Laura, kaki Fisha dipeluk.

"Eh berambus lah!" jerit Fisha, kakinya menendang Laura.

"Kak saya merayu sangat tolong kak, jangan buat saya macam ni. Saya tak ada tempat tinggal lain dah kak, tolong bagi saya sikit masa" tangisan demi tangisan dihamburkan, namun dua orang gadis di hadapannya itu sangat kejam.

"Keluar aku cakap!" tubuh Laura diheret ke pintu bersama beg baju, pintu rumah dibuka. Alangkah terkejutnya mereka bertiga tatkala memandang Rafeeq di hadapan pintu, Fisha dan Nina tersenyum sinis.

"Oh, Prince Charming dia dah datang lah. So Encik Rafeeq, saya dengan Fisha dah halau perempuan sial ni dari rumah. Saya rasa encik boleh lah kutip dia ye, lagi pun boleh lah kerja lebih masa dengan encik kan?" sinis kata-kata Nina, mereka berdua bergelak tawa. Laura memejam mata, teruk betul dia di mata sepupunya itu.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now