BAB 43

2.9K 96 12
                                    


The day I stop loving you is the day I'll close my eyes forever, I'd never stop loving you even its hurting me a lot.

⛅⛅⛅

PINTU KERETA dibuka, barang-barang yang dibeli di pasaraya berdekatan tadi dibawa keluar bersama. Langkah diatur masuk ke dalam pagar rumah, pintu diketuk. Tak lama kemudian, Adeera membuka pintu. Firdaus melemparkan senyuman, beg barang-barang itu dihulurkan. Sudah menjadi kebiasaannya membelikan Adeera barang dapur, dia tidak mahu Adeera keluar sesuka hati.

"Uwah thanks weh, kau memang cousin paling berguna ar!" ujar Adeera, bahu Firdaus ditepuk.

"Tahu dah"

"Eleh! Masuk ar, kau nak tunggu luar sampai esok ke" perli Adeera, Firdaus menjeling. Dia melangkah masuk, namun pintu masih dibiarkan terbuka. Walau di negara orang tiada pencegah maksiat, namun tak elok lah dia berdua-duaan dengan Adeera ditempat yang tertutup.

"Weh Dee"

"Ha?"

"Hari tu kau janji dengan aku nak cerita pasal Aril, ni dah dekat sebulan kau kat sini. Senyap je, aku nak tahu jugak apa yang jadi" ujar Firdaus, Adeera berdecit.

"Adu, penting sangat ke untuk kau tahu?"

"Pentinglah gila! Aku abang sedara kau, aku berhak tahu alasan kau buat benda bodoh ni" marah Firdaus, Adeera mengeluh.

"Tak payah lah Daus, tak ada faedah pun ungkit benda ni"

"Alahai kau, kau dah janji tau! Kalau kau tak nak bagitahu, aku bagitahu diorang yang kau dekat sini. Ha, amacam? Diorang tak tahu tau yang kau kat sini" ugut Firdaus, membuntang biji mata Adeera.

"Hesy, ye lah ye lah. Aku bagitahu, tapi kau jangan berani-berani nak bocorkan dekat sesiapa including Rafeeq" ugut Adeera pula.

"Absolutely tak, ha cerita lah" ujar Firdaus, Adeera menghela nafas. Berat mulutnya ingin menceritakan hal sebenar, namun Firdaus ini pula tak habis memaksanya. Dia mula bercerita, termasuklah kejadian Maya berpura-pura baik dengannya dulu.

"...End up, aku yang kena bla. Aku tak nak nyawa orang yang aku sayang terancam, aku sayang dia Daus. Aku tak nak hilang dia, tapi dengan cara ni je untuk aku selamatkan dia" ujar Adeera, dia menunduk.

"Dee kau tak boleh buat macam ni tau" sampuk Firdaus, berpeluh dia mendengar pengakuan Adeera.

"Apa pilihan yang aku ada?"

"Habis tu sampai bila kau nak duduk sini?"

"Sampai aku rasa aku dah ready nak balik" jawab Adeera, senyuman kelat ditayangkan. Cuba menunjukkan yang dirinya baik-baik saja, dia tak mahu minta simpati sesiapa.

"Dee nak tunggu ready kau tu, anak aku boleh jejak tiga orang kau tahu!"

"Ha baguslah tu! Aku duduk sini lama sikit, tunggu kau anak lapan baru aku balik ahah!"

"Dee tak lawak gila! Aku serious ni" ujar Firdaus, boleh pula Adeera gelak-gelak dengan situasi sekarang ni.

"Fine, aku serious. Weh Daus, aku dah kena cerai tau. Bukan tu je, baba aku sendiri pun dah buang aku. Dua orang lelaki yang aku sayang, dua-dua tak percaya aku. Apa lagi pilihan yang aku ada selain keluar dari Malaysia tu"

"Ya of course lah diorang percaya gambar tu lebih daripada kau, dah kau sendiri yang bagi gambar tu kat Aril" ujar Firdaus, sesiapa pun akan percaya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now