BAB 55

3.3K 91 8
                                    

Tuhan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Sesungguhnya, Dia lebih mengetahui segalanya. Maka, ikhlaskanlah hati menerima ketentuan-Nya

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL memeluk bahu isterinya, selamba dia duduk atas katil hospital tu. Mereka tersenyum memandang seluruh ahli keluarga yang meneliti setiap inci wajah Tengku Yusuf. Syukur mereka dibuatnya, Adeeera selamat melahirkan. Setelah puas meneliti, mereka mendekati Adeera dan Tengku Zafril.

"Aril dengan Dee dah bagi nama?" soal Datin Izzah, anak dan menantunya itu tersenyum.

"Alhamdulillah dah"

"Ha apa dia?" celah Tengku Fida pula, tak sabar-sabar.

"Tengku Yusuf Al-Haq-..."

"... bin Tengku Zafril Adzrim" Tengku Zafril menyambung kata isterinya.

"Wooo pandai pilih nama! Nice name" puji Tengku Asyraf, dia dan Aqila terus ke hospital sebaik saja majlisnya selesai.

"Ok, so nak panggil apa? Yusuf? Haq?" soal Rafeeq pula.

"Yusuf" jawab Tengku Zafril, mereka semua tersenyum.

"Oh ye tadi Daus call mama, dia kirim salam dekat Dee dengan Aril. Dia mintak maaf sangat sebab tak dapat tengok Dee, dia ada kerja dekat sana. Dia kata nanti dah settle dia balik" ujar Datin Izzah.

"Walaikumsalam" serentak Tengku Zafril dan isterinya menjawab.

"Haih dia tu! Dah lah dia pergi sana pun senyap-senyap je, tahu-tahu hilang" ujar Tengku Zafril, Firdaus sudah pulang ke Maldives tanpa pengetahuan mereka semua kecuali Rafeeq.

"Entahlah, mama ada jugak suruh dia balik sini tapi senyap je... segan agaknya. Ye lah, waktu arwah hidup dulu pun Daus jarang balik sini. Seganlah dia kalau nak menetap kat sini terus" balas Datin Izzah, dia faham keadaan anak saudaranya itu.

"Haloh dia tu! Segan ke atau tak boleh berjauhan dengan Doktor Hanna dia dekat sana tu?" sampuk Adeera, mereka semua menjongket kening.

"Lah, Doktor Hanna tu siapa pulak?"

"Doktor Hanna tu doktor Dee baba, lepas tu si Daus ni Dee tengok macam syok dekat doktor tu. Doktor tu pun macam mesra dengan dia, tak lama kahwin lah tu!" ujar Adeera, tu kalau Fidaus tahu dia bongkar rahsia habislah dia.

"Wah! Member senyap-senyap simpan bunga dekat sana! Tak main awek Malaysia, nak Maldives jugak tu! Tak boleh jadi ni" ujar Rafeeq, mereka semua tergelak.

"Qila" panggil Adeera, rakannya itu mendekatinya. Tengku Zafril pula pergi ke arah ahli keluarganya yang sedang berbual.

"Yes?"

"Weh Qila, aku nak cakap sorry do. Aku mintak maaf sangat-sangat" ujar Adeera, tangan rakannya itu digenggam erat. Berkerut dahi Aqila mendengar permohonan maaf dari Adeera.

"TIBERRRRR!!!!" balas Aqila, dia tergelak.

"Hesy kau! Aku cakap betul-betul ni!"

"Tak, kau ni dah kenapa tiba-tiba nak mintak maaf? Berapa banyak urat kau putus waktu beranak tu sampai jadi macam ni? Cer cerita" ujar Aqila lagi, Adeera hanya tersenyum tipis.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now