BAB 53

3.4K 94 9
                                    

Kadangkala segala persoalan kau sudah dijawab Tuhan, hanya kau sahaja yang tak mampu dan enggan menerima itu sebagai jawapan.

⛅⛅⛅

AQILA menarik nafas dan menghembus perlahan, berdebar jantungnya saat itu. Nak jumpa bakal mertua, siapa yang takut. Adeera memandangnya yang tidak senang duduk, sekejap berdiri sekejap duduk. Makan pun tak mahu, takut punya pasal.

"Kau rilek boleh tak, gigil noh pehal?" tegur Adeera, pelik dia tengok Aqila yang berpeluh.

"Aku takut lah! Macam mana kalau mama dia reject aku?"

"Tak adanya lah! Kau buat salah apa sampai tiba-tiba mak dia nak reject" pujuk Adeera, cuba meredakan keadaan.

"Alahai aku takutlah! Aku ni dah lah freehair, macam mana kalau mama dia nak yang berhijab? Berpurdah? Berniqab? Burqa? Confirm aku kena reject do!" adu Aqila, Adeera tergelak.

"Tak adalah, kau freehair pun pakaian kau elok-elok lagi ni. Tak pernah-pernah pulak aku tengok kau pakai seksi, paling-paling pun kau tak lari dengan palazo kau dengan blouse kau. Ni sekarang kau pakai baju kurung, rambut pun hitam persis gadis melayu sejati. Ok lah tu, apa lagi yang tak kena?" pujuk Adeera lagi, Aqila menggeleng.

"No, no! It's not that easy as you think Dee, family dia family kau orang ada-ada. Aku ni? Sebatang kara, harapkan butik aku tu je lah harta yang aku ada. Adu aku takut lah Dee, jomlah balik"

"Ya Allahuarabbi, gila ke apa kau?" marah Adeera, tak agak-agak betul.

"Tak tak sekarang ni, aku kena fikir baik-baik. Sekejap lagi Acap sampai dengan parents dia, aku kena bla sebelum diorang sampai. Dee tolong aku Dee, rumah bapak mertua kau ni kan besar. Kau sorokkan aku dekat mana-mana yang kau rasa selamat Dee, please" ujar Aqila, Adeera hanya tersenyum sebaik saja matanya memandang Tengku Asyraf yang berdiri di belakang Aqila.

"Tak sempat dah nak lari, saya dah sampai" tegur Tengku Asyraf, Aqila tersentak.

"Eh! Awak, b-bila awak sampai?"

"Baru je ni"

"M-mama ada?" tergagap-gagap Aqila melontarkan soalan.

"Tu sana, tengah borak dengan abang dia. Awak kenapa ni sayang?"

"Arhhh, jangan panggil saya sayang!" arah Aqila, Tengku Asyraf berkerut dahi.

"Eh, kenapa?"

"Ala tak nak, kita baru je couple tau belum ada apa-apa ikatan lagi. Saya tak nak nanti mama dengan papa awak macam hm hm, baru bercinta dah bersayang-sayang. Aaaa nanti mama awak buat bad speculation pasal saya" ujar Aqila, mahu menangis saja dia di situ.

"Ya Allah, eh sayang! Mama saya bukan macam tu lah" tergelak Tengku Asyraf dibuatnya, Aqila menggeleng.

"Ala tak apa, ikut je lah cakap saya"

"Macam-macam do kau!" sampuk Adeera, dia berlalu meninggalkan Adeera namun rakannya itu lebih pantas menarik tangannya.

"Weh weh!"

"Ya Allah, dah kenapa kau ni?"

"Ala jangan tinggal aku, sini je diri sebelah aku" arah Aqila, lengan rakannya itu dipeluk erat. Adeera memandang Tengku Asyraf memohon penjelasan, namun hampa. Lelaki itu juga tengah pening dengan gelagat Aqila.

"Dah lah, Qila awak tunggu sini. Jangan lari pula, Dee awak tengok kan Qila ni tau. Saya pergi panggil parents saya sekejap" ujar Tengku Asyraf lalu beredar, Aqila melongo.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now