BAB 21

2.5K 99 6
                                    


Jika kau mencintai dua orang dalam waktu yang sama, maka pilihlah orang kedua. Hal ini kerana jika kau benar-benar mencintai orang yang pertama, kau tidak mungkin jatuh cinta pada orang kedua.

⛅⛅⛅

KOLAM IKAN itu ditenung, entah mengapa dia pula yang tertarik untuk duduk di situ sedangkan hari sudah larut malam. Dia berpeluk tubuh, risau jika kehadirannya dalam keluarga di rumah itu membawa masalah. Jika dia tahu Tengku Zafril merupakan suami Adeera, awal-awal lagi dia bakal menjauhi dua orang adik-beradik itu. Namun semuanya dah terlambat, mujur hubungannya dan Adeera tidak terjejas.

"Laura"

"Allahuakbar" terhinjut bahu Laura tatkala ditegur seseorang, dia menoleh.

"Maaf maaf, saya tak ada niat nak kejutkan awak" ujar Rafeeq lalu melabuhkan punggung di sebelah Laura, gadis itu hanya tersenyum.

"Encik tak tidur lagi ke?" soal Laura, kening dijongket.

"Sepatutnya saya yang tanya, awak buat apa kat luar malam-malam ni?" soal Rafeeq, wajah bersih gadis itu ditatap.

"Saya tak boleh tidur, jadi saya relax kan minda dekat sini" jawab Laura, Rafeeq tersenyum.

"Awak ni sama macam Dee, suka sangat hadap kolam ikan ni"

"Kalau encik nak tahu, saya baru habis borak dengan dia tadi. Lepas dia masuk, saya pula yang terjebak stay kat sini" ujar Laura, mereka berdua tergelak.

"Haha haih macam-macam lah awak ni, Laura saya nak tanya awak something boleh?" soal Rafeeq, dia dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.

"Tanyalah"

"Apa hubungan awak dengan Aril sebelum ni?"

"Encik, kan saya ex-PA dia"

"Saya tak percaya kalau hubungan awak setakat tu je, jujur dengan saya Laura. Tak ada apa pun yang akan berubah kalau awak jujur, malah mungkin saya boleh perbetulkan keadaan" pujuk Rafeeq, Laura mengetap bibir.

Nak bagitahu ke?

"Laura, saya ikhlas cintakan awak. Saya tak nak ada apa pun rahsia antara kita, kan bagus kalau awak jujur. Sekurang-kurangnya, saya tahu apa yang saya perlu buat" pujuk Rafeeq lagi, Laura menatapnya.

"Aril bekas kekasih saya waktu dekat oversea dulu" ujar Laura, takut juga dia. Rafeeq tersenyum tipis, dah agak dah.

"Encik mesti fikir saya ada niat buruk dalam rumah tangga Dee ni kan?" soal Laura, matanya sayu menatap wajah Rafeeq.

"Tak, saya tak fikir macam tu pun. Semua yang jadi ni dah diatur, pertemuan kita semua ni dah disusun. Tentang hubungan awak dengan Aril, dah lepas tu biarlah lepas. Saya tak kan anggap hubungan awak dengan dia dulu jadi penghalang untuk saya memiliki awak. Saya hormat keputusan awak Laura, kalau awak jodoh saya pergi mana pun awak tetap untuk saya. Tapi kalau awak memang bukan untuk saya, macam mana kuat saya genggam awak pun awak akan terlepas juga.

Kalau benda lain saya mampu pertahankan untuk kepentingan diri saya, tapi tak untuk soal hati. Bukan cara saya paksa orang untuk terima saya, sama ada cinta saya akan dibalas atau tak itu hak awak. Keputusan di tangan awak, apa pun jawapan awak saya terima" lembut tutur kata Rafeeq menyapa halwa telinga Laura, dia benar-benar cintakan gadis itu.

Laura tersenyum tipis, dia juga suka akan perwatakkan Rafeeq. Tambah pula dengan layanan kelurga itu yang terlalu baik dengannya, sungguh dia tak sangka yang dia akan bertemu dengan keluarga sebaik keluarga Dato' Ismail dan Datin Izzah.

"Tapi kita tak setaraf encik, saya tak rasa keluarga encik boleh terima saya. Saya tak berharta, bukan saya yang encik cari" jawab Laura, Rafeeq hanya tersenyum tipis.

"Pangkat, darjat, harta benda semua ni tak boleh bawa bahagia Laura. Keluarga saya tak pernah mengambil kira nama, apa yang penting keikhlasan hati. Selagi awak mampu terima segala kekurangan saya, selagi tu saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bahagiakan awak" ujar Rafeeq, Laura tersenyum tipis seraya airmatanya menitis.

"Encik dah fikir sehabisnya ke?"

"Hidup saya lebih bermakna sejak kehadiran awak, saya tak pernah sayangkan seorang gadis macam mana sayangnya saya dekat awak. Saya janji akan jaga awak Laura, saya tak kan biarkan siapa pun hancurkan hidup awak. Saya ikhlas melamar awak jadi isteri saya, kita kahwin ye?" soal Rafeeq, berderau jantung Laura saat itu.

"Tapi saya tak boleh terima kalau encik berhajat untuk memperisterikan saya atas dasar simpati semata-mata"

"Hasrat saya menikahi awak bukan kerana simpati Laura, saya memang betul-betul cintakan awak sejak hari pertama kita berjumpa. Hidup saya tak keruan kalau awak tak ada, sumpah saya sayangkan awak" ujar Rafeeq, entah dari mana dia kutip rasa confident tu sampai berani sangat malam tu.

"Jujur dengan saya Laura, cinta saya bertepuk sebelah tangan ke?" soal Rafeeq penuh pengharapan, Laura tersenyum tipis.

"Tak, sebenarnya saya pun cintakan encik" jawab Laura, dia menunduk malu. Rafeeq menghembus nafas lega, bagai terhenti jantungnya sewaktu menunggu jawapan Laura tadi.

"Alhamdulillah, yes!" wajah Rafeeq yang sangat teruja itu sudah menjelaskan segalanya, dia benar-benar cintakan Laura.

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

.

Oppp !!! Before you go ,

Im glad if you guys sudi ;

V o t e
~~~ ••• ~~~
C o m m e n t

May God bless your day ! Thankyou

Sincere ,
nurhanaaaaaa

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now