BAB 52

4.4K 101 29
                                    


Mengapa kau hadir memberi kebahagiaan jika akhirnya kau berlalu pergi meninggalkanku dalam tangisan?

⛅⛅⛅

TENGKU ZAFRIL hanya menatap pusara itu dari jauh, masih tiada hati untuk melawat Maya. Kehadirannya ke situ juga kerana paksaan Adeera, jika tidak tak adanya dia sudi hadir ke tanah perkuburan itu. Dia memandang ahli kelurga Maya yang masih berada di kubur itu, kematiannya sungguh tragis.

"Kenapa kau pilih jalan ni Maya! Kau tak kesian ke dekat family kau bila dapat tahu kau pergi tinggalkan diorang dengan keadaan yang macam ni. Aku cuma mampu doakan semoga Allah ampunkan semua dosa kau, kau bodoh sebab pilih jalan macam tu untuk hidup" ujar Tengku Zafril sendirian, bagai Maya berdiri di hadapannya saat itu.

Tengku Asyraf menoleh.

"Ril dah lah, orang tu dah tak ada dah pun. Tak elok kau simpan dendam lagi, tak guna pun. Kita kat kubur dia lagi ni kan, pergi sekolah belajar tak adab melawat kubur?" perli Tengku Asyraf, geram pula dia dengan Tengku Zafril ni.

"Aku tak tahu lah macam mana nak hadap benda ni, tapi kematian kau mengajar aku untuk sentiasa berbuat baik. Aku tak nak mati macam kau" sambung Tengku Zafril lagi, sepupunya itu menggeleng kepala. Tengku Zafril memang tak makan nasihat. Mereka menoleh ke arah Farid dan Anne yang berjalan ke arah kubur Maya.

"Datang juga member member dia ni, aku ingat tak nak datang tadi" gumam Tengku Zafril lagi, sepupunya menoleh.

"Ya Allah... Sudah lah, kau tak faham bahasa ea? Tak elok kau tahu tak!" marah Tengku Asyraf lagi.

"Halah ye lah ye lah!"

"Tengku" panggil Kak Fina, Tengku Zafril menoleh.

"Ye kak?" jawab Tengku Zafril, wajah pembantu peribadinya itu dipandang.

"Tengku, akak nak mintak maaf sangat atas apa yang jadi. Hanya kerana sikap tamak dia, keluarga tengku berpecah belah. Akak mengaku memang silap besar akak ambil dia gantikan akak, kalau tak semua ni tak kan jadi. Akak betul-betul mintak maaf" ujar Kak Fina, kesal. Tengku Zafril tersenyum tipis.

"Tak apa lah kak... Benda dah jadi dah, saya dah redha dah pun. Saya dengan isteri saya pun dah berbaik, semua dah kembali pada asal" jawabnya, Tengku Asyraf mencebik. Konon dah redha!

"Yang penting sekarang ni, saya tak hilang PA saya yang sangat-sangat membantu. Lepas tu lepas lah kak, kita buka buku baru. Saya pun nak minta maaf sebab selama saya jadi suami dia, saya tak pernah layan dia baik-baik. Saya tak boleh terima dengan apa yang dia buat, benda ni berlaku diluar jangkaan kak. Takziah untuk keluarga akak, saya balik dulu. Assalamualaikum" pamit Tengku Zafril, Kak Fina hanya tersenyum tipis. Tengku Zafril dan sepupunya itu melangkah pergi, kereta dipandu pulang ke rumah.

🐝🐝🐝

TIRAI PEMISAH antara katil dengan meja doktor itu ditarik, perlahan-lahan Adeera turun dari katil dan melabuhkan punggung di sebelah Tengku Zafril. Senyuman di wajahnya melebar sebaik saja melihat anak di dalam perutnya bergerak aktif.

"Ok so far kandungan Puan Adeera ok, baby memang active sangat-sangat. Jantung baby pun ok, everything just fine. Saya dah figure out jantina baby, so Puan Adeera dengan tengku nak tahu tak?" soal Doktor Farah, Tengku Zafril dan isterinya saling berpandangan sebelum menjawab.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now