BAB 42

2.9K 91 23
                                    

You can't go back and change the begining but you can start where you're and change the ending.

⛅⛅⛅

JANTUNGNYA berdegup laju bagai di medan perang, dia berdiri seperti patung. Airmata palsu yang mengalir pura-pura diseka, dia masih teresak-esak menangis di hadapan ibu bapa dan kakaknya saat itu. Tamparan Encik Zaidi di pipinya masih terasa, laju saja tangan lelaki tua itu menampar Maya sebaik saja dia mengetahui Maya mengandungkan anak tidak sah taraf.

"Astaghfirullahalazim Maya, Umi tak sangka kau sanggup buat perkara terkutuk tu! Apa nak jadi dengan kau ni!" jerit Puan Halimah pula, hancur hati tua itu.

"Siapa bapak budak tu? Faris kan?" Kak Fina cuba meneka, dia mengetahui hubungan adiknya dengan lelaki itu agak rapat namun dia tiada bukti. Maya menggeleng laju, Kak Fina mengeluh perlahan. Sungguh adiknya perempuan murahan, bukan satu malah ramai lelaki yang menjadi kenalan tidurnya ketika mabuk.

"Habis tu siapa?!" tengking Encik Zaidi, terhinjut bahu Maya.

"T-Tengku Zafril" ujar Maya perlahan, terkejut Kak Fina mendengar nama itu.

"Tak, akak tak percaya! Tengku Zafril bukan orang macam tu, akak kenal boss akak. Tu anak Faris kan?!" ujar Kak Fina lagi, dia tak kan percaya Tengku Zafril melakukan hal terkutuk itu.

"Betul kak, ni anak tengku"

"Subhanallah, murah sungguh harga diri kau Maya" rintih Puan Halimah, dia menggeleng perlahan.

"Sekarang jugak kita pergi rumah dia, aku nak kau kahwin dengan dia!" arah Encik Zaidi, Maya menyimpan senyum.

"Abah! Tu bukan anak Tengku Zafril" bantah Kak Fina.

"Betul kak, Maya tak tipu. Ni memang anak dia kak, kami dah terlanjur" beria-ria Maya menyatakan hal itu.

"Kalau betul tu anak tengku, apa buktinya!" jerit Kak Fina lagi, Maya mengeluarkan beberapa keping gambar dari dalam beg tangannya. Gambar-gambar itu dihulurkan kepada Kak Fina, terkejut perempuan itu. Puan Halimah dan Encik Zaidi juga sudah mengeluh, hancur hati tua mereka. Anak perempuan yang dia jaga selama ini senang-senang menggadaikan maruah.

"Akak menyesal pilih kau untuk gantikan kerja akak, akak tetap tak percaya! Sungguhpun kau adik aka , tapi akak lebih kenal Tengku Zafril tu macam mana!" balas Kak Fina lalu melangkah ke biliknya.

Walau macam mana pun bukti yang Maya tunjukkan, dia tetap tak percaya yang majikannya itu buat perkara terkutuk itu. Sedangkan pekerja di situ saja semuanya berpakaian sopan, melihat perempuan berpakaian seksi sahaja Tengku Zafril sudah meluat. Lagikan pula hendak tidur dengan adiknya yang berpakaian tak cukup kain itu, sama sekali tidak.

"Bawak aku ke rumah dia, aku nak kau kahwin dengan dia minggu ni jugak!" tegas arahan Encik Zaidi sebelum dia dan isterinya melangkah keluar rumah, Maya tersenyum sendirian.

"I said what I said, tak lama lagi kita bakal disatukan sayang" gumam Maya sendirian.

🐝🐝🐝

TENGKU ZAFRIL hanya mendiamkan diri di halaman rumah, seperti biasa hidupnya jadi seperti mayat hidup setelah masalah yang melanda dirinya. Tengku Asyraf dan kedua ibu bapanya hadir melawatnya di rumah, risau dengan keadaan Tengku Zafril. Silap hari bulan, boleh mati beragan lelaki itu nanti.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now